Skip to main content

MUDAH JATUH CINTA

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua..
dah sarapan ke???
pagi ni aku nak cerita pasal mudah jatuh cinta.

Ada seorang adik yang mengadu kata
dia ada kekasih dah..
tapi bila dia jumpa sorang lelaki lain
tiba2 dia jatuh cinta kat lelaki tu..

Aku tak terkejut pun dengan pengakuan adik tu..
sebab belambak la orang gini..
mudah sangt jatuh cinta..
pantang nampak yang kacak terus jatuh cinta.
bila peluang untuk dekat dengan
lelaki tu terbuka luas dengan mudah je
dia tinggalkan cinta yang lama..

bukan perempuan je yang macam ni..
lelaki pun ramai..
selagi namanya manusia akan ada la sikap tamak yang
kadang2 kita tak reti nak kawal.

belajar la tetapkan pendirian ..
belajar kuatkan iman..
belajar menghargai apa yang sedia ada..
belajar mengawal perasaan ..

bila korang tak belajar itu yang buat
dengan mudah korang bercinta
macam tukar baju..

Sikap macam ni menunjuk kan
korang belum cukup matang..
belum cukup bersedia untuk ada
komitmen dalam perhubungan..

sebaiknya berkawan saja la..
jangan jalinkan hubungan bila belum bersedia..

sekian...

Comments

  1. bg saia plak, lelaki atau perempuan yg cantik tu ibarat hiasan dunia.memang tipikal kalau kita suka.

    saia pernah nyaris nk kapel dgn laki kacak, tp bila da kenal2 tetiba saia rasa saia cuma suka tgk rupa dia saja,xlebih dr itu.

    ReplyDelete
  2. itu bukan cinta tapi nafsu semata..

    seperti katanyerrrr......aku bukan hantu http://ch000tz.blogspot.com/2011/11/nyawa-yang-tersisa.html

    ReplyDelete
  3. tu kira bukan cinta rasanya. Belum tetap pendirian, belum tahu apa yang mereka hendak dalam perhubungan. Tahu nak seronok, pantang tengok orang hensem/lawa sikit...ekekek.

    Betul tu, kena belajar kawal perasaan, tahu sebenarnya apa yang kita mahu dari persahabatan tu. Kalau tak tau, baik berkawan saja kan diana....

    ReplyDelete
  4. bui masa belum kawen dulu,senang jatuh cinta..(ngaku..)

    tapi dh kawen,cinta tetap satu pada hubby..

    ReplyDelete
  5. huhu..org camtuh xtau menilai permata atau kaca..

    ReplyDelete
  6. yang dah kawin, ada laki ada anak.. sanggup mintak cerai sebab ada boifren lain. bila dah becerai tak jadi pulak dengan boifren yang itu..tukar pulak boifren lain..

    naik menyampah tengok...sbb org tu dekat sgt dengan sy.

    mintak simpang hal2 camtu dlm rumahtangga sy :)

    ReplyDelete
  7. boleh pulak macam tu eh. org macam tu kalau putus cinta mesti dia cpt sembuh.

    ReplyDelete
  8. rasaya dia cuma suka je kot.. n dia tak reti nk beza cinta dan suka..

    sy mudah suka kt seseorg tp tak mudah jatuh cinta.. cinta dan suka adalah berbeza.. hehe.. ;-p

    ReplyDelete
  9. org x matang je yg mudah jatuh cinta ni...

    ReplyDelete
  10. cinta itu bute...sbb itu bile bercinta org suke meraba2 kan? :P

    ReplyDelete
  11. betul3! selagi belum ready, jgnlah buka ht tu untuk tme cinta.. sekali dah berani luah I LOVE YOU, saat tulah tanggungjawab ke atas CINTA itu bermula. Renung2kanlah..
    Lagi2 pada adik2 ku tersayang di luar sana yang still menelaah.

    ReplyDelete
  12. Myra pun ada gak kawan yang macam ini..

    Yg penting hati, keikhlasan dan kejujuran dan pastinya perkara ini takkan berlaku kan..

    ReplyDelete
  13. nnti bila dia pulak yg ditinggalkan baru dia tahu langit ni tinggi rendah..

    setia,senang nak sebut tp blum tentu senang nak buat

    ReplyDelete
  14. saya secara logik dia tak dapat membezakan antara perasaan cinta dan suka..cuba akak tanya ape definasi cinta dan suka kat dia??hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  15. kesian kat pihak yg mengharapkan cinta la....macam dipermainkan aje..tp akan smpai masa dia suka seseorg dan org lak xsuka dia baru taw....

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …