Skip to main content

MAISARA::sawan tangis

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..
petang ni aku nak cerita sikit pasal sawan tangis..
tadi ada baca pasal sawan tangis ni kat blog mak dara.
tertarik dengan entry ni sebab
maisara ada sawan tangis..
bukan nangis kejap2 tu tau..
sehari ada 24 jam..20 jam dia guna untuk menangis.
selebihnya untuk tidur.



sebab tangisan maisara ni la
berat aku turun mendadak selepas bersalin..
seminggu lepas besalin berat dari 75
terus jadi 47.bukan aku je..
opah dia pun sampai demam2 sebab berjaga siang malam.
rehat tak cukup.

selepas besalin seminggu duduk kat hospital
sampai nurse pun pening kepala..
hari2 tanya aku "doktor ada cakap suruh balik tak??"
nampak tak??semua orang rimas dengan
bunyi tangisan maisara ni..
sampai nurse pun berharap cepat sikit balik..ekekek..

kat wad aku bergilir2 la dengan nurse jaga maisara bila waktu malam..
bila aku tidur nurse ambik dia..
masa kat wad nurse lebih banyak jaga dia
sebab keadaan aku yang tak berapa baik.

bila dah keluar wad pun gitu jugak..
kat rumah menangis je..
sampai ibu pun ikut menangis.huhu...

tapi sekarang bila dah besar.
mudah tersentap tu ada la cuma tak mengis terjerit2 dah..
dia menangis perlahan je sebab tau kalau
menangis kuat2 nanti dapat hadiah rotan.

sekarang menangis dah kurang tapi tak berenti2 bercakap pulak..
tambah2 time ibu dengan ayah ralit tengok bola
masa tu la dia nak ajak bersembang..
masa tu la dia sibuk tanya ...

"dalam hati ada apa..hati tu untuk apa.."
"kucing ada hati ke tidak.."
"kalau burung lari.dia bawak beg ke?"
"ayah ni ada hati ke..?"

nak pokes pada game malaysia vs indonesia semalam pun
susah..aih!!!!

sekian...

Comments

  1. tak penah lagi tgk budak sawan tangis ni...tapi penah dgr..

    ReplyDelete
  2. org kata kalau budak yg kuat nangis ni bijak.. :D

    tp tak shiok kalau dpt jiran yg tak paham bahasa..boleh plak dia marah2 bila bb nangis tengah2 malam..ayoyo

    ReplyDelete
  3. my kids dua2 mmg kuat nangis..sbb tu my mom klu anak nangis dia terus suruh angkat sbb takut kena sawan tangis nie...

    my son penah nangis tak bhenti smpai biru gak muka dia sbb ngis jek..mcm2 bnda dilakukan dan mcm2 ayat dibacakan last2 jmpa ngan sorang ustaz tu tuk ubat dia..maisarah nie kena gak dulu masa baby..tapi bila sorang imam tu azankan dia pun dia still nangis..smpai imam tu pun give up hahahaah tapi yelah org kata budak2 yg kuat nangis nie bijak sebenarnya..mgkin dia merangsang otak ke (agaknya le) hehehhehe..yg pnting dah beso mmg tak bape myusahkan :)

    ReplyDelete
  4. dulu sy kecik2 pun kena mcmatu.bapak sy ketuk2 pintu pon tak menjadi.las2 pegi bawak jmpa ustaz,dia tukar nama sy kepada Mohd Khairul.diam plak saya..ustaz tu kata nama sy tak rasi

    ReplyDelete
  5. ohhhh
    swan tangis cm tu ye..
    emm
    alhamdulillah ye dah mkin cerdik skrg
    hehehe
    dah xmcm dulu2..heheh
    teringat mase mak jaga mimi dulu, mak kata mang kuat nangis, tapi bukn sebab sawan tangis tapi sebab angin kat perut, gi ngurut, baru okeh, tu pon lepas jumpe 9 tukang urut..wuwu..sedih plak kenang kisah mak dan opah jage mimi..huuuu..

    ReplyDelete
  6. nak kata sawan ke tak tak tahu la.. lala masa lahir sampai umur dkt sebulan ok.. tp lepas balik kg raya puasa lepas.. dia asyik menangis. pernah smpai 1 malam menangis. mcm nk gila jugak la semua org kt rumah. dady ke.. tok ke.. mummy ke.. semua x blh tidur. bawak gi darul syifa.. balik tu ok kejab. lepas tu menangis jugak. iktiar terakhir beli electric rocker.. buai je sepanjang dia tidur. alhamdulillah.. penyakit nangis dia kurang. skang ni masih tidur dlm buai siang malam. kalau dia tidur, buai tu akan sentiasa buai. kdg2 angkat jugak tidur kat sebelah tp x lama tidurnya. 1 jam dia akan bgn balik. Tp sekarang dh nak masuk 3 bulan.. ok la. meragam tu ada tp xde teruk sgt. cuma dia krg tidur skrg ni sebab nak org layan dia main je. tak tau lala ni kategori sawan tangis ke tidak

    ReplyDelete
  7. masa kecik mak saya kata saya ada sawan tangis..macam2 tempat dia bawak saya pegi berubat..sampai kena goreng masuk dalam kuali.. ritual je lah..hehe..

    lepas tu dia bagi nama kedua kat saya..dan ada sorg pakcik tu berubatkan macam mana tah..lepas tu ok pulak..

    tapi in the end..macam mana pakcik tu ubat saya pun tak tau..hehe..

    dah besar ni sawan bergambar pulak.. haha..

    ReplyDelete
  8. comelnya baca soalan2 dia. manis tak pernah dgr pun pasal ni. hehhe bagus2 buat info sblm ada anak kihkihkih

    ReplyDelete
  9. cik lekit...
    ada jugak budak yang start sawan tangis ni bila umur lepas sebulan..kadang2 jadi lepas pantang.
    sebenarnya dia jangan kita bagi termula je menangis lama2..
    kalau awal2 dia nangis kita pujuk2 dia diam tu maknanya tak kena la sawan tangis ni.selalu yang jadi sawan tangis ni sebab dia rasa sedap selesa bila menangis lama2..macam lala tak la kot sebab masuk buai dia ok..

    ReplyDelete
  10. Alhamdilillah ketiga2 anak sy x pernah kena sawan tangis ni

    ReplyDelete
  11. hahahaha, bnyk tanya lak klu org ad sawan nanges ni ye...xpe kak, org bnyak mlut ni org ckp bijak

    ReplyDelete
  12. salam kak

    ada ya sawan tangis ni, huhu, memang kena by sabar ni karenah budak2 kecik...susah tak dak pengalaman lagi.hu

    ReplyDelete
  13. kalo dia nangis kuat2, betul ke Diana rotan dia?..oloo cian nye si cumell..maybe maisara ada talent jadi penyanyi kut bila besar nti.. :)

    ReplyDelete
  14. 20 jam nangis kak...wah betul2 lamo tuh...

    ReplyDelete
  15. baru tau pasal sawan nangis nie

    ReplyDelete
  16. hehe akak saya penah kena, mak saya cerita.

    ReplyDelete
  17. mesti libang libu ek.
    anak saya yang kuat merengek masa baby pun dah cukup merisaukan...

    ReplyDelete

  18. Sawan tangis memang mudah berlaku pada bayi antara usia 2 minggu ke 4 bulan. Ia kerap berlaku pada sebelah malam. Ada yang mengaitkan kejadian ini dengan gangguan makhluk halus. Namun dari segi perubatan, sawan tangis sebenarnya berlaku disebabkan oleh si kecil mengalami masalah penghadaman menyebabkan perut kembung, colic dan reflux asid. Tidak semua masalah ini memerlukan perhatian daripada doktor. Sebelum berjumpa dengan doktor, kita boleh cuba tips-tips rawatan sawan tangis ini dahulu seperti mengkhayalkan bayi dengan lagu atau bacaan Al-Quran, melakukan teknik pemanasan perut dan sebagainya.

    ReplyDelete
  19. ai diana...eda gugel pasal sawan tangis...jumpa plak blog diana..xtau plak maisara pn ade sawan tangis...anak eda skrang umur 2bln..asenya mmg lna sawan tangis sbb bila menagis mmg xboleh pjuk..xmakn saman sampaila sejam n die ltih tertido..buntu cari penyelesaian....die nagis..kita pn nagis sama....

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …