Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

MAISARA::dah senyum...

Assalamualaikum...

Maisara ni kan...
suka pecah rahsia tau...

kadang2 nak merajuk2 manja
dengan laki aku pun susah..

aku kekonon merajuk la hari ni.
suami balik makan jap tadi aku diam je..
dok hadap blog la konon..

bila suami dah habis makan
dan nak pi kerja...

Ayah:Bye ibu...bye..!!bye...bye bye...

Tapi aku buat tak tahu je..
tak pusing ke belakang pun..
kemudian maisara datang depan aku..

Ayah:bye ibu..bye...

aku pun tersenyum la sendiri..
tapi ayah dia tak nampak..
sebab ayah dia dok belakang..

Maisara:ayah..ibu dah senyum..jangan risau..bye!


huh!!!

sekian..

ALIEN NYANYI..

Assalamualaikum...

Selamat malam semua..
korang pernah dengar alien nyanyi tak???
sekarang ni dah
boleh dengar alien nyanyi tau..
walaupun suaranya ok2 saja
tapi kalau tengah sedih2 boleh buat
korang senyum je...
hahhaha...

Lagi2 bila dengar liriknya yang
buat geli ketiak..heheheh..

Jom layan alien nyanyi
sambil gelak guling2....



ok..pada yang tak tahu sebenarnya
lagu ni di cipta dan dinyanyi kan oleh
tuan blog ini..
lagu ni sangat comel tau...:P

sekian..

JATUH TERGOLEK-GOLEK MINGGU NI..

Assalamualaikum...

(post luahan perasaan.
.hehhehe)

Selamat malam..
geramnya hari ni..
internet slow sangat..
nak bw pun susah..
minggu ni memang slow sangat internet nye..
mempengaruhi la jugak traffic aku..



















nampak??makin menurun kan??

tambah geram bila aku cuba ping entry kat busuk
post aku tak keluar pulak kat busuk tu..
aih!dah la sebahagian uv aku
datangnya daribusuk.org...
Sejak semalam lagi masalah ni jadi.
hantar email kat depa ,senyap je pulak..

mintak2 esok
bangun pagi masalah ni selesai..
dah la orang sakit leher nih!

sekian..

PEMENANG ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2011

Berikut adalah senarai pemenang
dalam anugerah bolasepak kebangsaan 2o11




Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2011.

1.Kelab Terbaik: Selangor PKNS FC
2.FA Terbaik: Selangor FA
3.Pemain Harapan: Wan Zack Haikal (Vion FC)
4.Jurulatih Terbaik: Irfan Bakti Mohd Salim
5.Penyerang Terbaik: Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan FA)
6.Midfield Terbaik: Safiq Rahim (Selangor FC)
7.Defender Terbaik: NorHafiz Zamani Misbah (Negeri Sembilan FA)
8.Best Keeper: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan FA)
9.Pemain Paling Bernilai Supermokh: Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan FA)

tahniah buat semua pemenang

CIKGU:TAKUT MAK AYAH SHOPPING DENGAN DUIT TU.

Assalamualaikum...

Ramai yang dah dapat
duit bantuan seratus untuk anak2 sekolah tu kan??
ada yang tak dapat lagi ka??
rasanya semua dah dapat..kan??

tapi keluhan -keluhan yang aku dengar
dari ibu bapa ni..
eh!bukan dengar,tapi baca..
baca kat facebook,..

bukan soal dapat atau tak yang aku nak cerita ni..
tapi pasal ada kata2 cikgu2 ni
yang kadang2 buat mak ayah kecik hati dan tak seronok..

biasa la kan?cikgu2 pun orang biasa..
bukan semua mulut baik..ada yang jenis cakap tak de perasaan.

ibu bapa :kenapa tangguh2 je nak bagi..

cikgu :takut nanti emak bapak gi makan nasi kandar..

aih!tak patut la cikgu cakap macam tu..
lagipun duit tu bukan cikgu yang kena bawak keluar dari gaji dia.
jadi soal mak bapak nak bawak anak pi makan nasik kandaq ka,,
nak pi makan kfc ka..tu hak depa ..cikgu2 diam sudah..
jalankan tanggungjawab dan amanah sudah la..


sekian...

LEPAK DI KEDAI MAMAK JADI RUTIN

Assalamualaikum..

selamat petang
ada isteri2 yang tak berapa suka
bila suami jadikan rutin lepak dengan kawan2
setiap malam di kedai mamak sampai 2,3 jam..
kebanyakan isteri rasa macam tu..

kalau sekali sekala itu kita pun tak kisah..kan??
tapi bila setiap malam
agak tak seronok la kita
sebagai isteri..

zaman bujang dulu kalau buat gitu
tak pe la..
tapi bila dah kawen kan baik
masa yang ada tu diisi untuk anak isteri ye dak??

Ada suami yang anggap
"ala..bukan buat benda tak senonoh pun..minum
dan berbual dengan kawan2 je.."

cer pikir pulak kalau setiap petang dari jam 5-7
petang isteri jadikan rutin untuk berbual
dengan jiran tetangga.suami balik kerja
tengok kain baju kat ampaian
tak berangkat,air minum pun tak de..
hangin kan???

ha..macam tu la yang isteri rasa..
kalau seminggu sekali dua nak lepak kat kedai mamak,
rasanya isteri tak kisah pun..



sekian..

"TAK BOLEH BERGURAU PI DOK JAUH2.."

Assalamualaikum...

selamat petang semua...
ada lagi 4 email pertanyaan
yang aku belum balas..jap2 lagi la ye..
esok ke..heheheh..

nak cerita pasal bergurau..

"kalau tak boleh bergurau
pi dok jauh2.."

amboi...bila kena kat batang hidung orang kita cakap macam tu..
kena kat batang hidung sendiri
baru nak melompat melatah..boleh ka macam tu???

Bila dah namanya kawan kita
kena la saling menjaga hati dan perasaan orang lain..
bila kawan tu jenis tak boleh bergurau kasar
kita minta je la maaf..
jangan pulak kita kata "tak boleh bergurau pi dok surau.."
tak patut betul..

tak kan orang yang tak boleh bergurau ni tak layak ada kawan..
kan??setiap manusia ni ada kelemahan nya..
tak semua sempurna..
ada kelemahan2 orang lain yang memerlukan
pemahaman jugak dari pihak lain..
itu namanya timbang rasa..

kita nak jadi kawan yang timbang rasa kan??
tapi cemana bila kawan tu tak boleh bergurau
terus kita singkirkan dia jauh2??
timbang rasa kah itu???


sekian...

AYAHKU KAWEN LAGI...

Assalamualaiakum...

Selamat pagi...
makin hari makin slow pulak tenet kat umah aku.
kenapa entah..ada kena mengena ke
dengan pencawang yang dirobohkan tu???
aih...sedih!

nak cerita pasal orang tua ni..
korang ada pengalaman tak??..
ada ahli keluarga atau kenalan korang
yang dah tua tapi masih angau2
mabuk cinta kat lelaki/perempuan lain..

ada kawan kita bagitau ayah dia
tengah angau2 mabuk cinta kat
sorang janda anak 3 di kampung dia..
ayah dia ni dah lama membujang..:p
sejak janda tu pindah kat kawasan
rumah dia terus ayah dia berubah sikap..

keluar rumah tak pernah2 pakai minyak
rambut dan minyak wangi..
tapi nak pi beli nasik lemak dan kuih donut
pun bersiap macam nak pi menikah..punye la wangi...
(Janda tu berniaga nasik lemak dan kuih muih.)

kalau tanya pendapat aku...
biarkan aje la..selagi dia tak buat benda2 tak elok..kan??
kalau dia tak bertepuk sebelah tangan
usahakan la untuk ayah dan perempuan tu berkahwin..
paham2 je la bila lelaki dah
lama kesunyian..

walaupun dah ada anak cucu
tak sama macam ada bi…

CARA TUKAR SHOUTMIX KEPADA OLD VERSION

Assalamualaikum...

Aku pernah buat entry tak puas hatipasal shoutmix yang pelik sekarang ni..
ramai yang guna shoutmix pelik tu..menyusahkan tau..
walaupun ada yang kata shoutmix tu banyak kelebihan
tapi kalau awal2 dah menyusahkantak guna jugak kan..
lagipun shoutmix yang selama ni kita pakai pun dah cukup baik dah..

jadi pada adik2 yang tak tahu macammana nak tukar dia..
memula pi kat shoutmix korang.


kemudian klik kat perkataan "old version"


dan masuk kan pasword korang
yang korang guna untuk login tu..

ha!!lepas tu buat la shoutmix korang..
letak warna dia..
tukar font ke..
apa je la..
lepas tu macam biasa ambik code
dan letak page elements ..

dah siap...

sekian...

SENARAI PEMAIN BOLASEPAK TERENGGANU MUSIM 2012

Pemain Terengganu musim 2012





Penjaga Gol
1. Sharbinee Alawee
2. Sharmiza Yusof
3. Mohd Shahril Saari

Pertahanan
4. Faizal Muhammad (Harimau Muda A)
5. Muhaimin Omar
6. Muslim Ahmad (Harimau Muda A)
7. Nik Zul Aziz Nawawi
8. Hasmizan Kamaruddin
9. Mazlizam Mohammad
10. Zubir Azmi
11. Marzuki Yusof
12. Hariri Mohd Safii (Sabah)
13. Affize Faisal Mamat (Harimau Muda A)

Midfield
14. Reeshafiq Alwi
15. Ismail Faruqi
16. Shamsul Kamal Mohamad
17. Joseph Kalang Tie
18. Ahmad Nordin Alias
19. Shukur Jusuh (Harimau Muda A)
20. Ashaari Shamsuddin
21. Munir Amran (Pahang)
22. Fakhrurazi Musa

Penyerang
23. Abdul Hadi Yahya
24. Mohd Aalim Fahmi
25. Abdul Manaf Mamat


pemain import terengganu 2012:
muhammadou suamarez(gambia)
tercio nunes(Brazil)

SUMBER:BOLASEPAK MALAYSIA

BAKTERIA DIPUSAT MEMBELI BELAH

Assalamualiakum..

Pakar mikrobiologi membuat senarai
tempat-tempat yang paling banyak bakteri di pusat membeli belah. nak tahu tempat apa??

1-tempat cuci tangan
Bakteri, termasuk E-coli, terdapat di tempat ini. kawasan ini sangat lembab sehingga bakteri boleh bertahan lama di sini.

2-Meja food court
walaupun tidak menjamin kebersihannya, selalu lah pilih meja yang bersih. jangan memungut kembali makanan yang sudah jatuh di meja.

3.-Pegangan eskalator
Dalam penelitian yang pernah dilakukan di sebuah pasaraya di Amerika, terdapat bakteri E-coli, cairan urine, lendir,malah percikan darah di pegangan eskalator. Jika kita tidak mencuci tangan setelah menyentuhnya, maka kita jadi mudah kena selsema dan batuk.

4-Permukaan ATM
Setelah menguji 38 ATM di salah satu kota di China, para peneliti menemui setiap tombol di permukaan ATM mengandung sedikitnya 1.200 bakteri, termasuk bakteri penyebab selsema.

5-kedai mainan
kedai mainan juga mengandung banyak bakteri kerana anak-anak memang kerap memegang, menj…

SEKARANG LEBIH INDAH

Assalamualaikum...

Bila membaca coretan sedih pilu seorang
adik blogger yang baru putus cinta tu
aku teringat pada kisah lama zaman aku baru kenal cinta.

itu cinta pertama..
bila penghujungnya dia
kata aku tak sempurna untuknya
aku jadi sedih kecewa..
tambah parah bila teman sekerja aku yang jadi
pilihan ganti.

betul2 rasa seperti tak berguna
waktu kecewa, aku cuma terbayang
saat2 indah.itu buat aku lebih sakit.

tapi sekarang bila aku teringat
kenangan lama itu,aku baru sedar
yang kenangan yang kuanggap indah dulu
rupanya tak beri makna langsung untuk aku...
kenapa ye???
ooo..rupanya kerana hidupku
yang sekarang lebih indah dari
setiap kenangan dulu..

sekian...

ANAK DIA YANG AJAR ANAK AKU JADI JAHAT

Assalamualaikum...

bila cerita pasal anak sampai kita dah tua pun tak habis2
kita kesahkan anak kita..kan??
lagi2 kalau anak kita buat salah..
panjang la cerita nya..
tapi kalau anak orang buat salah dengan
anak kira lagiiiiiii panjang cerita hehheh..

siapa yang tak sayang anak..
siapa sanggup anak kita diperlakukan
sewenang-wenangnya oleh orang lain..

tapi bila kita pandang kesalahan anak orang lain
selak2 sama apa salah anak kita..
kalau salah anak orang ni kita nampak saja..
tapi sebab kasih sayang yang tinggi
kita jadi buta pada kesilapan anak2 kita..

"anak aku merokok sebab anak si yah tu la
yang dok ajaq.."

"si nita ni sejak kawan dengan anak Cik Mat tu
asyik keluar malam je.."

nampak?tak habis2 nak
jugak jadikan
anak orang lain sebagi punca..

bila kita salahkan anak orang lain
pernah tak kita fikir...

"adakah aku sudah cukup
mendidik anak aku dengan baik?"

sekian..

SUKA FIKIR MACAM TU..

Assalamualaikum...

BILA TENGOK SITUASI MACAM NI..

seorang wanita umur lebih 90 tahun
masih berupaya pergi menoreh getah
setiap pagi sampai ke tengahari..
waktu petang masih boleh bergerak ke pekan..
walaupun bongkok 3 tapi
langkah nya masih pantas..

PANDANGAN ORANG RAMAI:

"mesti bela hantu raya tu.."


sekian..

ADMIN GROUP DI FACEBOOK GILER MEROYAN

Assalamualaikum...

Selamat tengahri semua..
tadi jenguk facebook ada nampak satu
luahan perasaan seorang ibu ni yang
menegur sikap sorang admin 1 group resepi...
katanya admin tu selalu menghina orang2 yang dia tak suka
menggunakan resepi2..

contohnya..
hari ni kita nak belajar resepi kuih talam 2 muka..
1 muka setan 1 muka manusia..

bila ditegur terus kawan kita ni di blok.
korang pun mesti pernah jumpa group2 kat facebook
yang macam ni..kan??

awal2 di tubuhkan group tu adalah untuk
berkongsi resepi..
tapi lama2 jadi tempat luahan perasaan si admin.
hina orang tu,perli2 orang ni..

objektif sebenar tu dah lari dah..
sepatutnya bila buat group untuk resepi2
tak payah la melibatkan hal2 peribadi ye tak??

memalukan betul sebab
kebanyakan yang join group tu adalah
mak2 orang..
bila berbahasa macam budak2 sekolah
tak cukup umur agak menjengkelkan untuk
ibu2 lain yang ikut group tu..

bukan sorang dua yang dah di block
kerana menegur sikap si admin..
rupanya ramai..
jadi sekarang ni semakin ramai yang
dah keluar dari …

CARA MUDAH MEMBUAT BODY SCRUB

Assalamualaikum...

Banyak cara untuk membuat kulit kita jadi lebih lembut,
salah satunya dengan menggunakan body scrub ketika mandi.
kita boleh membuat body scrub sendiri tau..
pernah cuba buat tak?

ok..macam ni cara nak buat..

bahan2:
* 8 cawan gula merah
* 2 senduk minyak zaitun
* 1/2 cawan Madu

cara buat:

Campurkan semua bahan tersebut. kacau rata .kemudian
sapukan ke serata tubuh..selepas tu bilas dengan air..

Selamat mencuba!!


sekian..

LESBIAN DAH JADI PEROGOL

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
korang pernah kenal dengan mana2 lesbian??
lesbian dengan pengkid tak sama..
pengkid fizikal nye seperti lelaki..
tapi lesbian fizikalnya tak berubah..
tetap perempuan cuma nafsunya terdorong
kepada yang sejenis..

kemarin dalam suratkhabar ada cerita pasal
gadis yang di cabul oleh kawan2 seasrama dia..
ada baca kan??
kat pusat2 pemulihan akhlak yang
penghuninya adalah perempuan tu,
boleh kata dari penghuni sampai ke warden
kebanyakan nya ada lesbian.

pelikkan??
selalunya lelaki yang merosak kan wanita2 ni..
merogol,mencabul..
tapi sekarang ni wanita sendiri yang
memperkosa wanita..menghancurkan masa
depan dan maruah wanita.

terasa macam kat mana2 pun dah tak selamat
sekarang ni..kita nak lepas kan anak2 duduk di luar
pun kena fikir banyak kali.

orang kata zaman sekarang
tak boleh kongkong anak nanti
anak memberontak..

tak kongkong...kita bagi perhatian saja..
anak2 sekarang ni
kalau kita bagi perhatian lebih,
depa kata kita kongkong depa..

kalau tak buat macam tu
depa jadi …

MAISARA::game dora!

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
sejak 3 hari lalu aku tak boleh guna mozilla..
tak tahu la kenapa..
terpaksa guna google chrome.
aku tak biasa guna google chrome jadi
agak kekok sikit..

malam ni boleh dah guna mozilla..
dapat la ku bw laju2 macam biasa..
kat umah aku ni google chrome memang slow..
tak tahu la kenapa..

maisara main game pun sambil buat
muka sedih sebab dora asyik tak
dapat tangkap bintang..hehheh..

dia memang suka main game dora..
kadang2 sampai berebut2 lappy dengan aku..
semalam masa makan nasik aku terlupa
nak ambik air minum sekali..

Ibu:eh!terlupa nak ambik air..

Maisara:ibu lupa ke??

Ibu:ye la..banyak sangt main game la ni.orang kalau main game selalu
memang cepat lupa..

maisara:tu la..kalau main game dora tak la lupa..ibu asyik main game blog je.lain kali main la game dora ibu...

la..aku ingat ayat
aku tu boleh la mempengaruhi dia
untuk tak main game dah..
alih2 aku balik yang kena..
aih!!dia ingat berblog tu lebih kurang main game gamaknye...


sekian...

MEKAP LAWA2 LEPAS TU SELIMUTKAN!

Assalamualaikum...
Sekarang ni boleh kata semua orang ada kereta dan nak beli kereta. bila dah ada kereta kita jaga baik2.. walaupun basuh kereta sebulan sekali tapi enjin kita jaga.. itu yang penting.
Ada orang sayang sangat kereta dia.. dia ubah suai itu ini.. sapa tengok mesti cemburu la. rasa bangga je bila orang puji kereta dia lawa la..ada gaya.. kereta nampak ensem.. wah!!!kembang telinga dan hidung..
tapi agak aneh dengan sesetengah orang yang bila dia mekap kereta dia lawa2... dia jadi kedekut pulak.. nak bawak anak bini jalan2 pun susah.. alasan:nanti anak2 kotor kan dalam kereta..
bukan takat tu je.. bila nak pi mana2 rela naik kereta dengan kawan..berhimpit2 dalam tu. kawan tu pulak naik proton saga je.. kereta perdana yang dia beli dan mekap sampai beribu2 tu dia simpan kat umah,.
dari pulai pinang sampai ke pendang,kedah depa naik kereta proton saga tu..
geleng2 kepala je la tengok depa ni!!
hahhhaha

sekian..

LIRIK LAGU BOSAN-STACY

Kelmarin ku lihat kau berenang gaya kuak dada
Kau berjalan megah sungguh sasa
Perasan kau superman

Semalam ku dengar kau bercakap kosong tak
Berakhir
Kau memaki hamun orang lain
Perasan kau superstar

Tak sangka hanya sekelip mata ku jadi begini
Aku..

Bo bo bo bo bosan
Aku Bosan
Dengan bla bla bla
Mulut mu
Cukup malas aku
Dengar alasan mu
Kerna ku terlampau
Bo bo bo bo bosan

Mengapa agaknya ku menganggap
Kau berlagak kaya
Pakaian tak pernah tak bergaya
Namun ku tak percaya

Ataupun aku yang selalu suka
Bertukar angin
Bersifat tak pernah berpuas hati
Tak mungkin dan tak mungkin
tak sangka ia sekelip mata jadi begini.
Aku bo bo bo bosan
aku bosan..
dengan bla bla bla bla bla..mulut mu..

Cukup malas aku dengar alasan mu
kerna ku terlampau bo bo bo bo bosan
aku bosan..
dengan wa wa wa wa wa wa mengada..

Aku tak peduli biar kau dibuli
kerna ku terlampau bo bo bo bo bosan..

bosan dengan perwatakan mu ini.
bukan dengan fizikaliti
kau ingat aku salah..tapi aku..
selalu mengalah...dengan kamu..bosan.

dengan bla bla bla bla..bla bla …

JIRAN MELAYU

Assalamualaikum..
kalau berjiran dengan cina atau india.. tapi mereka tak pernah tegur kita, kita tak rasa pun pelik atau geram..kan??
tapi bila berjiran dengan melayu yang sama bahasa dan bangsa dengan kita, nak balas senyum pun susah, nak cakap "assalamualaikum" pun payah memang rasa nak hentak2 je kepala kat dinding...
heheheh... betul ke tak apa aku cakap ni?? kenapa ye???
adakah sebab orang melayu ni memang dasarnya ada budi bahasa, tapi bila tak dipraktikkan sesama orang melayu rasa menjengkelkan je...
sekian..

TAK SUKA SEBAB MENYUSAHKAN!

Assalamulaiakum...
makin ramai pulak yang guna shoutmix macam ni...
aku tak suka.. sebab leceh..ada pop up window! nak kena 2,3 kali letak email dan nama.. buang masa ok.. Selalunya kalau aku pi kat blog yang ada shoutmix gini aku terus terang je cakap shoutbox dia menyusahkan..

sekian..

AKU DAN KAU..KAK DIANA!

Assalamualaikum..
hari ni memang hari untuk buat post harijadi ye??? banyaknya blog buat cerita hari jadi..tak pe la.. senang sikit nak komen..
"selamat hari jadi .."
heheeh..
tu komen aku kat kebanyakan blog hari ni..:P
ok..masuk topik lain pulak.. nak cerita pasal blogger sorang ni.. Bila dia setuju dengan aku dia panggil aku kak diana... datang masa tak setuju dengan aku, dia ber aku kau dengan aku.. pelik tak manusia gini...?
ada pendapat sendiri luahkan je la..tak de aku nak marah pun. tak payah time baik je nak ber akak2 dengan aku..
aku agak dia ni bila sapa tak setuju dengan dia mesti terus jadi musuh dia..
kesian.. mesti tak ramai kawan..
sekian..

DIA MASAK BUKAN SEDAP PUN..!

Assalamualaikum...
pernah tengok tak macam ni..:
"lauk ni ja?? masak la lauk sedap2 sikit.. aku ni baru balik kerja , perut lapar.."
ingat tak de ke suami macam ni.. lagi hampeh bila dengan takde perasaan boleh dia jaja pulak kat orang yang bini dia tak pandai masak.hari2 ikan kembung dan sawi.
nak makan sedap2 ?? beli la ayam ke daging ke..kan?? bagi la duit lebih kat bini tu..
eiii..cukup tak suka lelaki yang canang kat orang bini dia tak pandai masak.. sedaya upaya aku elak untuk bertembung dengan lelaki ini,.
aku takut kang aku sekolah kan dia je..heheh dah la dia lebih tua dari aku.. pakcik2 sudah!
sekian..

KALAU TAK TERCAPAI BUAT MALU JE..

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua... hari ni ada banyak benda nak cerita.. tapi teronline lambat pulak.. aih..selalu gagal dalam bab pembahagian masa ni..
Aku percaya sekarang ni ramai yang dah siap dengan azam baru.. dah berada dalam rahun baru ni kena la ada azam.. penting untuk kita ada azam baru ianya mendorong hidup kita ni lebih baik dari sebelum nya..
Kalau azam dulu belum tercapai tak salah kalau kita terus kan pada tahun ni..
"malas aku nak cerita pasal azam2 ni.."
tak semua orang suka canangkan apa azam dia.. kita pulak jangan la bila ada kawan2 bersikap macam ni terus cop kawan tu tak de azam dan semangat untuk hidup.. terus kasi ceramah free..
Ada yang tak suka bercerita sebab mungkin azam dia terlalu peribadi.. atau mungkin bila dia canangkan pada orang agak tertekan bila azam dia tu tak tercapai dari hari ke hari.

azam aku??? rahsia....heheh gedik!

sekian...

KEPUTUSAN PERLAWANAN BOLASEPAK KELAYAKAN OLIMPIK MALAYSIA VS BAHRAIN

Assalamualaikum...
kecewa..
tapi sokongan tetap pada harimau muda.. mungkin nasib tak menyebelahi kita,.
mendahului dengan 2-0 namun tewas jugak dengan jaringan 3-2.
walaupun bermain dengan 10 orang tapi Bahrain tak putus2 menyerang sudahnya 3 gol dalam masa 6 minit berjaya di jaringkan..
Malaysia vs bahrain : 2-3
tidur malam ni tak lena
sekian..

LELAKI SAJA KAH???

Assalamualaikum..
"APA PUNYA PERANGAI LA... AWAK TU PEREMPUAN .. BUAT LA PERANGAI ELOK2 SIKIT"
Apa memang kalau yang perangai tak elok tu lelaki saja ka??? atau pun hanya lelaki saja selalu buat perangai tak elok ni??
Lelaki saja kah yang layak membuat kesalahan??

sekian..

LIVE STREAMING KELAYAKAN OLIMPIK MALAYSIA VS BAHRAIN

ASSALAMUALAIKUM..
Selamat malam.. bagi yang menanti perlawanan kelayakan Olimpik Bolasepak malaysia menentang Bahrian malam ni siaran langsung boleh diikuti di RTM1.

Boleh ikuti live streaming di:

http://www.rtm.gov.my/LiveStreamingTV1/
pada jam 8:35 malam ini
ikuti juga siaran tertunda jam 12:00 malam ini di RTM1..
sekian..

trend bertatu undang derita!

Assalamualaikum.

tahukah korang.. mencacah tatu dan bertindik memberi kesan yang tidak baik pada orang yang mempunyai masalah jantung?? ianya boleh membawa maut.. tatu dan tindik pada telinga atau bahagian tubuh lain bagi pesakit yang berkaitan dengan jantung berpotensi menyebabkan kesan mematikan pada jantung.

bertindik dan mencacah tatu akan menyebabkan radang pada lapisan dalam jantung.
ianya terjadi kerana bakteria menempel dan mula tumbuh pada jantung. jika tidak diubati segera ia akan menyebabkan kerosakan yang teruk pada otot jantung.

sebab itu lah orang yang mengalami masalah jantung tidak digalak kan bertindik dan mencacah tatu..

sekian..

AYAMTUBE NAK BAGI DUIT.KORANG TAK NAK KE?

Assalamualaikum...
Ayamtube.com memperkenalkan Contest “video Best Ayamtube.com” Tujuan contest ini diwujudkan adalah untuk mempormosi laman web ayamtube.com dan fan page ayamtube.comHadiah:-RM 100.00 Untuk Entri Paling KreatifRM 50.00 Untuk Entri Tempat Kedua KreatifRM 30.00 Untuk Entri Ke-3 KreatifRM 50.00 Untuk Referral traffic terbanyak sepanjang temph contestRM 10.00 (dalam bentuk prepaid telefon) untuk 7 entri pilihan.Syarat Penyertaan:-1. Anda adalah seorang blogger dan pemilik blog2. Setiap 1 Blog = 1 penyertaan. Kalau anda ada 3 blog maka anda boleh menyertai 3 penyertaan.3. Klik “Like” Fan Page Ayamtube.com dan follow twitter ayamtube4. Buat Entri yang kreatif. Dalam entri anda tuliskan perkara yang anda suka mengenai ayamtube.com dan cadanganuntuk menambahbaik kelemahan laman web ayamtube.5. Dalam entri juga buat pautan(link) ke:-laman web ayamtube.comfan page di www.facebook.com/ayamtubeSatu video menarik yang anda suka.6. Tampal salah satu banner ayamtube.com pada blog anda…

MAKAN NASIK MULUT COMOT.TAK SEDAR KA??

Assalamualaikum...

heheheh... gelak dulu...
pernah tengok tak orang makan nasik mulutnya comot2 dengan kesan minyak, kicap atau cili ke.. heeheh..
Aku pernah tengok orang gitu.. kalau budak2 tu lain la.. biasa la tu ..kan?? ni tak..dah jadi laki orang pun..

cemana boleh makan comot2 gitu??ekeke.. ingatkan hari tu je dia termakan comot2.. rupanya memang macam tu la kalau dia makan nasik.. mesti mulut comot..
kalau budak2 mulutnya comot tak kelakar pun..
iaterinya tak tegur ke?? ish..ish.. tak boleh bawak majlis nih.. ekkeekek
sekian...

TIKUS JATUH DALAM BERAS

Assalamualaikum..

Selamat petang semua..
sihat ka hari ni..
tikus jatuh dalam beras..
sapa yang alami benda macam ni..??

Yang membawa maksud seorang yang miskin
dan tak punya apa2 bertemu jodoh dengan
seorang yang kaya raya..
masa sekolah dulu aku tak pernah dengar
perumpaan macam ni..heheh

seorang lelaki yang berkahwin dengan
wanita yang kaya dan berpelajaran..
bila dah kawen ada kesan buruk pulak..
si lelaki ni selalu dipandang rendah
oleh mertua nya..tambah2 tinggal pulak
dengan mertua..

Bila dapat anak sorang si isteri berhenti kerja.
duit selalu tak cukup,
mertua jugak yang hulur untuk isi minyak
dan belanja poket.
bertambah la dia pandang rendah..
bukan dia tak sedar semua tu,
tapi bila mertua hulur dia pun tak segan mengambil..

yang kelakarnya dia marah pulak bila
isteri dan mertua perleceh kan dia..
heheh..

ok..tu la email yang aku dapat
dari sorang adik yang menceritakan pasal
masalah abang dia.

dari pada cerita aku ni
korang sendiri tau kan apa sebenarnya
yang suami tu patut buat dan tak patut buat.

kalau …

KENDURI??TAK JEMPUT LAGI BAGUS!

Assalamualaikum..
selamat pagi semua.. ada ke yang berblog hujung2 minggu ni?? bagi yang dah berkeluarga ini lah hari yang ada untuk luangkan masa lebih dengan anak2..kan?? yang bujang2 pulak hari ni la nak keluar dengan kawan2.
suka pi kenduri tak?? aku suka...ramai yang suka kan?? tapi ada yang tak suka..
siap cakap lagi, "angpa kalau nak kenduri nak jemput pun tak pa,tak jemput lagi bagus.."
tu dia..cakap macam tak dak perasaan punya orang.. ini bukan cerita dongeng tau.. ini cerita betul..
orang pun tau kalau jemput awak memang awak tak pernah pi.. tapi orang fikir jugak.. orang lain dijemput,awak tu pulak tak dijemput takut la hati awak tu terkecik pulak..

tengok..orang pikir perasaan awak.. apasal la awak bercakap tak fikir perasaan orang lain?? ish..ish..ish...

kesian... eh!!sekian...

MAISARA::uji kaji

Assalamualaikum..
Selamat malam semua.. baru lepas suap maisara makan nasik.. biasanya maisara kalau makan memang tak reti dok diam.. lari sana,lari sini.. sebab tu dia tak suka makan sendiri.. nak aku suap..sebab kalau makan sendiri dia tak dapat melompat berlari lah apa ..
tadi tengah2 aku dok suap makan tetiba dia buat aksi menonggeng.. dia tunduk sampai kepala cecah lantai..
Ibu:eh!!buat apa tu??
Maisara:heheh..tak de apa..main2 je..
Ibu:biasanya kalau buat gitu maknanya nak dapat adik..
Maisara:salah sangka..maisara buat uji kaji.
Ibu:uji kaji apa..
Maisara:nak tengok kalau kepala terbalik nasik masuk kat perut ke kat otak..
Ibu:ooo..ingatkan nak dapat adik..:(

sekian...

Jasa Tidak Dihargai

Assalamualaikum..

Aku pernah terbaca satu status kawan kat facebook.
"sedihnye bila jasa kita tak dihargai.."

Adakah dia melakukan sesuatu
hanya untuk dihargai dan dikenang??
kalau begitu dimana keihklasan nye.

contoh
kita bagi dia pinjam duit,lepas tu masa kita pi pasar malam
berselisih dengan dia tu.tapi dia macam tak nampak je kita..
gitu je kita dah kata dia tak kenang jasa kita..
boleh ka??
Mungkin dia tak perasan..kan??
ke kita nak kat pasar malam tu dia kena datang kat kita dan jerit kuat2..
"terima kasih sebab hari tu bagi pinjam duit ko 4 ringgit."


Memang ramai sebenarnye yang bila bab membantu
ni memang cepat je.pantang orang kutip derma mula la nk hulur sama.
tambah2 tengok kat depan tu ada kamera tv3..
siap pinjam kat member sebelah..
"eh!pinjam duit kau 50 nak derma untuk tabung jomheboh tu.."
erm..tak de duit pun nak jugak membantu..betapa PRIHATIN nya kita ni..kan??

2,3 hari lepas tu pi kerja cerita lak kat opis..

"korang pi tak jomheboh..aku pergi..
siap d…

bekas kekasih!

Assalamualaikum...

hari ni boleh kata semua orang ada facebook.. yang tak minat ja tak dak facebook kot.. hehhe

macam2 orang kita boleh jumpa kat facebook ni. yang kita tak jumpa tapi kita nak cari pun ada.. dengan facebook kita boleh jumpa kawan lama.. cikgu lama.. bekas2 kakak dan abang angkat.. dan bekas kekasih.. hhaah..

bekas kekasih paling bahaya la kalau jumpa kat facebook. tambah2 bila kita ni dah berkawen. tak sesuai la rasanya nak mencari semula bekas kekasih. tapi ada jugak yang gatai2 nak cari semula bekas kekasih. tak dak kerja..untuk apa nak cari dia..kan??

"saja2 la..nak tengok.."

jangan la cari pasal.bila dah berhubung dengan bekas keksih tu mesti lah akan terbuka jugak cerita2 lama.. ha..tu la salah satu punca suami isteri berlaku curang. konon nya nak menjalin semula ikatan cinta yang terputus dahulu.. padahal anak bini dah ada tu.. kalau yang melibatkan isteri orang lagi naya.

jadi.. tak perlu lagi mencari bekas kekasih. biarkan dia dengan hidup dia dan kita teruskan dengan hidup…

ALEXA,PEMAIN POKER TERMUDA DUNIA

Assalamualaikum...
Seorang anak kecil yang baru saja berusia lapan tahun bernama Alexa Fisher dinobatkan sebagai pemain poker termuda di dunia. dia mengikuti pertandingan melawan pemain yang usianya 7 kali lebih tua dari umur Alexa. Demikian dilaporkan The Sun, Jumat (25/11/2011).

Alexa yang digelar kanak2 ajaib ini, sudah bermain poker sejak berumur empat tahun dan pada usia 5 tahun, dia mampu bermain No-Limit Texas Hold'em. Atas kehebatannya itu, dia kini mengumpul wang dua juta dollar AS.
Ayahnya,Justin (35) berasal dari San Antonio, Texas, Amerika Serikat (AS) menceritakan. "Sebelum pertandingan dimulakan, para pemain melihat anak kecil duduk dan mungkin menganggak dia hanya sekadar menghabiskan waktuNamun, mereka terkejut ketika dia mengambil chip poker dan kemudian menggoncangnya dengan satu tangan. Banyak yang ketawa melihatnya dan memandang seolah2 tak percaya. pada tahun 2009, dia bermain No-Limit Texas Hold'em dan masing-masing pemain memegang 1.000 chips. Akhir p…

PEMBANGKANG!

Assalamualaikum..
selamat petang semua... cerita pasal pembangkang.. ni bukan pembangkang yang ada kaitan dengan politik tu ye.. hehehe..
Kat mana2 pun ada pembangkang.. blog aku pun ada pembangkang..itu tak kena ni tak kena.. tapi bila dia bangkang tu dengan point yang tak cukup senyum2 sudah la..heheh
Apa kita buat tak semua orang suka. apa kita cakap tak semua orang akan setuju,.
itu perkara biasa.. kalau semua orang fikiran nya sama setuju tak kan ada la peningkatan dalam setiap perkara.. kita akan rasa setakat mana pun ,itu cukup memuaskan hati.
Tapi bila kita berdepan dengan keadaan apa kita cakap dan kita buat ,ada yang membangkang.. jangan la pulak kita buat tak tahu ye.. jangan la kita anggap.."kau salah..cemana pun aku tetap betul.."
jangan pulak korang berserang balas dengan dia.. sama ada korang bersetuju atau tidak dengan dia ada baiknya korang diam sudah la.
sebabnya memang ada orang yang membangkang kita bukan sebab nak menegakkan kebenaran tapi lebih kepada nak menjatuh kan kita…

NAIK MOTOR TAYANG BETIS GEBU

Assalamualaikum...
Selamat petang semua... aku ada tengok kat facebook tadi benda ni...


apa pendapat korang?? betul ke kalau perempuan naik motor nampak tak berapa nak manis..??hehehe
sebenarnya tak de salah kat mana pun bila perempuan naik motor.. naik motor ke naik beskal ke kalau tak kena gaya nampak la tak manis..ye dak?? apa yang tak kena ialah apa yang dia pakai..
naik motor pakai baju kurung.. bila dia naik je motor habis terselak nampak la kat mana kayap,kurap..heheh lalu je mamat2 nakal di sengih je tengok betis gebu yang terdedah tu..
Ada perempuan dia suka kalau lelaki nakal usik2 dia gitu.. ada yang tak suka..jadi kalau tak suka pakai la seluar panjang ke kat dalam kain baju kurung tu..
bukan motor je.. basikal pun sama.. kalau tak pakai kain dalam terdedah la jugak.. kalau pakai baju singkat terdedah la spenda kat belakang..
sekian..

SAYANG CIKGU KETAT-KETAT

Assalamualaikum...
Selamat pagi semua...korang suka novel tak?? ada yang tak suka tapi ada ramai yang suka.. yang tak suka tu mungkin sebab dia rasa novel kalau dilayan akan terbawa2 sampai satu kerja tak jadi..heheheh
hari ni aku nak perkenalkan satu novel baru untuk korang. selepas "takdir ini untuk aku" mendapat sambutan hangat lahir la pulak satu lagi novel hasil karya RAFINAMIMI yang bagi aku pasti akan mendapat tempat dihati kaki2 novel.

Mula2 baca bab satu aku dah tergedik-gedik nak tahu jalan cerita seterusnya.. bila buka je blog kejap2 refresh.. nak tengok kat bloglist tuan blog dah update ke belum.. ha!!begitu la penangan "sayang cikgu ketat-ketat"
Tengok tajuk pun dah tertarik kan?? kisah tentang seorang cikgu yang jatuh hati pada anak muridnya.. macam2 cara dia buat untuk dapatkan perhatian anak murid dia ni..
Yang bikin suspen bila tiap kali dia nak luahkan perasaan kat anak murid dia ni ada je halangan nya.. sampai kan aku sendiri berdebar2 bila cikgu tu nak meluahkan r…

SUAMI SURUH BERHENTI KERJA

Assalamualaikum...
Selamat pagi semua.. ada tak orang yang suami suruh berhenti kerja tapi dia tak nak.. ada tak yang macam tu??
setakat ni aku tak pernah jumpa lagi. yang ramai bila suami suruh berhenti kerja terus berhenti je..tak pikir panjang dah..heheh
tapi kalau rumahtangga ada masalah kewangan rasanya takpe kot kalau suami suruh berhenti kerja isteri tak nak.. dengan alasan nak bantu suami.
cuma kalau suami bagi alasan munasabah untuk berhenti isteri kena terima lah ye.. demi rumahtangga.. mungkin suami ada sebab2nya tersendiri.
betul tak??
sekian...

KEPUTUSAN PIALA EMAS RAJA-RAJA -25/11/2011

Assalamualaikum...
berikut keputusan Piala Emas Raja-raja yang berlangsung malam tadi..
KEDAH VS SINGAPURA : 4-0
NEGERI SEMBILAN VS PAHANG: 3-1 PDRM VS ATM: 4-1
PULAU PINANG VS TERENGGANU: 2-0
PERAK VS JOHOR: 5-1
SELANGOR VS MASUM: 1-0
PERLIS VS KUALA LUMPI=UR: 4-0
MELAKA VS KELANTAN: 3-0


SUMBER;BOLASEPAK MALAYSIA
SEKIAN..

APA YANG KITA BACA BOLEH MEMPENGARUHI PENULISAN KITA

Selamat malam...... sakit kepala dok godek2 g+ ni.. 3 jam dok godek2 apa pun tak paham.. upload gambar pun tak keluar. baik aku layan drama korea.. hehehhe..kalau paksa2 diri nak bagi paham boleh tekanan pulak jiwa aku..
buat tak tahu sudah dengan benda tu. update je la entry macam biasa.. dan bw je la macam hari2 sebelum nya.. betul tak??.
jarang2 dah aku cerita pasal blog kan?? sebab aku tengok sekarang tips2 blog ni dah makin banyak.. jadi benda2 ni dah ramai yang tahu.. kita cerita benda yang orang dah tahu rasa tak seronok pulak..kan??
sepanjang hari ni aku banyak bw kat blog yang baru2.. aku tengok banyak blog adik2 yang matang dalam penulisan depa... satu yang aku perasan blog adik2 yang penulisan nya matang dan berinfo ni mesti kat bloglist dia pun cuma ada blog2 yang berisi dan mantap.. mungkin sedikit sebanyak blog2 yang dia baca ni bagi kesan pada penulisan dia jugak..
Tapi bagi blog2 yang dok merapu tu.. kebanyakan nya tak de bloglist. bukan semua ye.jangan salah faham. tau kan maksud aku blog2 m…

SENARAI PEMAIN BARU SELANGAOR F.A

Assalamualaikum...
Ni info yang aku dapat dari facebook tadi.. apa pun sidang media untuk memperkenalkan barisan baru pasukan Selangor masih belum dibuat. dalam kata lain belum ada hitam putihnya..


SENARAI PEMAIN BARU SELANGAOR F.A
1.NIZARUDDIN YUSUF 2.R.SURENDREN(PAHANG) 3.FAMIRUL ASYRAF(PAHANG) 4.NORAZLAN RAZALI(KUALA LUMPUR) 5.K.SOLEY(KELANTAN) 6.HASMARUL(FELDA UNITED) 7.KHAIRUL ANUAR(PRESIDEN SELANGOR) 8.ADIB(JB) 9.TONI(JB)
IMPORT:
1.RAMEZ DAYOUB(LUBNAN) 2.OKTO MANIANI(INDONESIA)
sumber:fb Gunalan Karupiah. bekas pemain selangor.
*tertunggu2 senarai pemain kedah dan perak..
sekian...

PRIHATIN TAK KENA GAYA

Assalamualaikum...
sambil2 layan running man tetiba dapat sms dari maxis..
"PEMANCAR MAXIS DI KAWASAN ANDA SUDAH DIROBOHKAN KERANA ADUAN.SOKONG RAYUAN KAMI UNTUK MEMASANG SEMULANYA DAN MEMULIHKAN PERKHIDMATAN.HANTAR YA KE 27709 SEBELUM 28/11"
nak sokong???boleh je... dengan syarat bagi be maxis satu..hehehhehe
Aku pun tak tahu kenapa sampai buat aduan suruh dirobohkan.. rata2nya semua orang pakai telefon bimbit sekarang ni kan?? nenek tua yang kutip kotak kat kawasan umah aku ni pun pakai telefon bimbit... rasanya tak de lagi pencawang kat tempat aku ni yang betul2 duduk kat bumbung rumah orang. kalau dah dirobohkan cemana pengguna nak dapat liputan yang baik kan??
kadang2 tengok kat dalam suratkhabar ada aduan2 dari orang ramai yang kata liputan itu ini tak elok.. tapi ada jugak yang pentingkan diri sendiri dengan buat aduan yang bukan2 sampai kepentingan orang lain terkorban sama..
sebab hang sorang tak pakai telefon bimbit tak kan kami semua kat satu simpang Ampat ni tak boleh pakai t…

TIBA MASA UNTUK MENGGUNAKAN GOOGLE+ PAGE

Assalamualaikum...
Selamat petang semua... ada nampak tak kat sidebar tu aku dah letak badge google+.. kalau sudi sila la letak gambar korang kat situ ye.. banyak kelebihan nya..:) tapi jujurnya aku tak paham sangat apa guna benda tu..hehehhe..

Ada yang buat entry pasal ni tapi bila penerangan tu cuma copy atas copy,kita baca sepuluh blog yang cerita pasal google+ ni pun kita tak kan paham..hehehhe jadi kalau ada sapa2 yang pandai nak terangkan bagi orang lebih paham silakan..nanti kabar2 kan ye..:p
kalau korang nak letak kat sidebar korang pun sangat2 dialu2 kan.. bukan ke widget follower tu tak lama lagi akan di mansuhkan oleh google.. jadi awal2 ni kita latih2 dulu guna google+ ok??
Untuk letak kat sidebar korang kena create google+ page dulu.. tengok video ni dan ikut cara2 nya..


tapi yang kat sidebar aku ni macam tak muat je..tak reti nak kecik kan cemana.. kalau nak follow blog aku ni klik kat icon maroon tu..yang huruf g tu.. mekasih bee..heheh
sekian..

MAISARA::Ayah..jangan pergi kerja!

Assalamualaikum...
Selamat petang.. aduhai..letihnya badan... bertambah letih bila maisara merajuk hari ni.. dia marah sebab ayah dia pi kerja.
Dari semalam lagi dia ajak ayah pi makan kat luar.. tapi sebab ayah kerja malam minggu ni cemana nak pi makan kan?? siang sibuk tidur,malam kerja..
jadi petang jam 4 tadi ayah dia siap2 nak pi kerja..
Maisara:Ayah..jangan la kerja hari ni..
Ayah:Tak kerja tak de la duit nak beli susu.
Maisara:tak payah la kerja.jom la makan kat restoran.
Ayah:Esok la..
masa ayah nak pi kerja dia punye menangis sampai nak buat flying kiss pun tak sanggup sebab tak nak lepas kan ayah pi kerja.. flying kiss tu wajib sebelum ayah pi kerja tau. tapi sebab kecewa nak angkat tangan pun lemah.. lawak betul la maisara ni..
pujuk2 dia terus tertidur.. tapi sebelum tidur sempat lagi...
Maisara:ibu..kalau belikan mainan mungkin maisara tak sakit hati sangat!
cettt!!!ambik kesempatan betul!

sekian..

TIPS MEMIKAT

Assalamualaikum...

percaya atau tidak??
wanita lebih mudah
terpikat pada lelaki yang kerap mengirim sms kepadanya..
kerap menelefon nya..
dan kerap meluangkan masa bersamanya..

ye la..
bila dah kerap luangkan masa dan
bercerita bersama
mestilah semakin lama makin serasi..kan??

agaknya sebab tu la
ada lelaki atau perempuan
yang berani memberi amaran kepada lelaki atau
wanita lain supaya jangan kerap menghubungi
kekasihnya...kan??

jadi ...
pada siapa2 yang
ada suka kat seseorang tu
kerap2 la ngayat2 idaman korang tu ye...
mana tau..tetiba terbuka
pintu hati dia untuk korang..


kekasih orang??
boleh jugak..
jangan kacau suami/isteri orang sudah la..
heheeh


sekian..

BLOG NI UNTUK UNTUK YANG DAH KAWEN SAJA

Assalamualaikum..

Selamat petang semua...
dah makan tengahari ke??
ada orang tanya
"blog kak diana tu untuk orang dah kawen je ke?"

hehehe...
kelakar pulak bila dia tanya gitu..

jawapan:tak la..
blog ni untuk semua..
memang banyak tips2 rumahtangga
dan isu2 rumahtangga dalam blog ni..

Insyaallah..semua orang akan berkahwin..kan??
jadi kalau yang belum kawen tu
baca boleh la jugak
ambik sikit2 mana yang patut..
buat bekalan.hehehe

tak kan bila dah kawen baru nak
ambik tahu pasal hal2 rumahtangga..kan??
nanti terlambat pulak..
sekarang la nak belajar pun..
bukan la untuk dipraktik kan..
cuma untuk beringat saja la..
heheh

sekian..

PAHIT DAN MANIS DALAM RUMAHTANGGA.

Dalam rumah tangga tak selalunya manis..
kadang2 ada pahitnya.itu keseimbangan namanya..;p

Cer bayangkan kalau asyik yang manis je..
mungkin masa depan akan jadi sukar
bila berdepan dengan kepahitan sebab
pasangan tak belajar untuk mengawal saat2 sukar.

bayangkan jugak kalau sentiasa pahit..
hubungan pun tak kekal lama..ye tak??

Bukan la aku nak suruh korang
asyik cari pasal je semata2 nak bagi 'pahit'
hehehe..

cuma dalam rumahtangga
setiap yang berlaku adalah sebagai pelajaran untuk
rumahtangga kita.
kita nak kawen ni untuk selamanya..
bukan sehari dua..kan??

percaya tak kalau aku kata
pasangan yang berkahwin 10-20 tahun
tapi nampak tenang dan kurang bertengkar
tu pernah melalui pertengkaran yang
hebat satu masa dulu..

sekarang nampak tenang sebab
mereka belajar dari pengalaman..

sekian..

MUDAH JATUH CINTA

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua..
dah sarapan ke???
pagi ni aku nak cerita pasal mudah jatuh cinta.

Ada seorang adik yang mengadu kata
dia ada kekasih dah..
tapi bila dia jumpa sorang lelaki lain
tiba2 dia jatuh cinta kat lelaki tu..

Aku tak terkejut pun dengan pengakuan adik tu..
sebab belambak la orang gini..
mudah sangt jatuh cinta..
pantang nampak yang kacak terus jatuh cinta.
bila peluang untuk dekat dengan
lelaki tu terbuka luas dengan mudah je
dia tinggalkan cinta yang lama..

bukan perempuan je yang macam ni..
lelaki pun ramai..
selagi namanya manusia akan ada la sikap tamak yang
kadang2 kita tak reti nak kawal.

belajar la tetapkan pendirian ..
belajar kuatkan iman..
belajar menghargai apa yang sedia ada..
belajar mengawal perasaan ..

bila korang tak belajar itu yang buat
dengan mudah korang bercinta
macam tukar baju..

Sikap macam ni menunjuk kan
korang belum cukup matang..
belum cukup bersedia untuk ada
komitmen dalam perhubungan..

sebaiknya berkawan saja la..
jangan jalinkan hubungan bila belum berse…

SARAPAN YANG SEPATUTNYA...

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
selamat hari jumaat.:)
korang sihat tak hari ni??
sekarang kan musim demam ..jaga diri baik2 ye..

bagi korang la kan..
apa sarapan yang paling baik untuk
kita makan setiap pagi??

Ada orang heran bila setiap pagi aku cuma sarapan sekeping
sandwich tuna dan kopi o..
bagi aku kita kena pilih sarapan
berdasarkan apa rutin harian kita.
bukan ikut orang lain..

tak kan aku yang sebagai suri rumah ni
nak sarapan mee goreng dan roti canai
sedangkan bukan banyak kerja rumah
yang kena aku buat.

Macam suami aku ye la..
setiap pagi dia sarapan nasik lemak dan ayam goreng.
sesuai la dengan kerja dia yang
berat tu..kan??waktu makan tengahari dia pulak
jam 1:30 petang..harus la sarapan yang berat..kan??


kan?kan??

sekian

5 MESIN ATM YANG UNIK.

Assalamualaikum...


Selamat malam...
jamu mata jom..
kan best kalau kat malaysia ada mesin ATM yang macam ni..:p

comel kan??



hahahah..kelakar la yang ni..


amboi...bawak pinggan nasuk sekali la..hhahahah


yang ni sangt suka..comel2..!!


Sekian..

TIKET PERCUMA PERLAWANAN MALAYSIA VS BAHRAIN AHAD INI.

Assalamualaikum..

Siapa yang nak tiket free untuk
perlawanan Malaysia vs Bahrain ahad nanti??
kalau nak..sila baca kat bawah ni..ok..
untung2 dapat la korang tiket free..
********************

Bolasepak Malaysia dengan kerjasama MyNewsHub (penaja tiket) akan menganjurkan satu peraduan untuk mencari 10 pemenang bertuah bagi menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Bahrain, Ahad ini. Sebelum menyertai peraduan ini pastikan anda dapat hadir ke SNBJ , kerana hadiah tersebut tidak akan bermakna sekiranya pemenang tidak hadir ke stadium. Berikut adalah syarat-syarat peraduan.

NAMA PERADUAN : PANTUN SEMANGAT BOLASEPAK MALAYSIA

1. Akan bermula pada hari Khamis jam 9.00 malam sehingga Jumaat jam 9.00 malam.
2. Setiap peserta dikehendaki mengarang pantun 4 kerat berkaitan bolasepak Malaysia, khusus untuk pasukan kebangsaan (bukan negeri).
3. Boleh post seberapa banyak pantun, tetapi setiap pemenang hanya layak memenangi 1 tiket sahaja.
4. Pemenang akan dikira melalui "like" terbanyak.
5. Komen se…

JADUAL KEJOHANAN PIALA EMAS RAJA-RAJA 2011

Assalamualaikum...

Piala Emas raja-Raja kembali lagi..
berikut ilah jadual perlawanan tempat dan masa
untuk Piala Emas Raja-Raja 2011.
Aksi di peringkat kumpulan akan bermula esok 25 hingga 27 Nov 2011:



Venue KUMPULAN A-Negeri Sembilan tuan rumah-
KUMPULAN A:Negeri Sembilan,Kedah,Singapura,Pahang.

Venue KUMPULAN B-Pulau Pinang tuan rumah-
KUMPULAN B:Pulau Pinang,Terengganu,PDRM,ATM.

Venue KUMPULAN C-Perak tuan rumah-
KUMPULAN C:Perak,Johor,MASUM,Selangor.

Venue KUMPULAN D-Kelantan tuan rumah|
KUMPULAN D:Kelantan,Kuala Lumpur,Melaka,Perlis.

Suku Akhir(Timbal Balik)
3 dan 10 Dis 2011

Separuh Akhir(Timbal Balik)
17 dan 24 Dis 2011

Akhir(Sekali Sahaja)
30 Dis 2011

Untuk Rekod:
*Kelantan Juara bertahan Piala Emas Raja-Raja 2010
*Kedah Naib Juara Piala Emas Raja-Raja 2009 dan 2010

Ayuh mari sama-sama kita memartabatkan Arena Bolasepak Malaysia.

sumber:bolasepak malaysia

sekian..

ADIK SAYA PUN BLOGGER JUGAK..

Assalamualaikum..

Selamat malam semua...
baru je lepas kenduri 4 hari lepas..
sekali lagi nak kenduri 10hb 12 ni..
kali ni adik aku pulak nak kawen..
nak tau sapa kawen??
sapa lagi..eija la..langkah bendul la dia..



Adik aku ni pun blogger jugak..
tapi dulu la..sejak nak belaki ni terus tinggal blog..
mana nak sempat tulis blog..
nak berangan lagi..nak picit jerawat lagi..
memang tak sempat la ..kan eija??hahahha...



Korang ada tak adik beradik yang tulis blog jugak??
ada tak berkongsi2 tips
blogging dan cerita2 pahit manis berblog
bila sembang2 berdua??

Ataupun blog korang tu
korang kongsi dengan adik beradik korang
untuk tulis.ada tak??

Ada adik beradik yang sama2 tulis blog
tapi bila berdepan tak de langsung cerita
pasal blog.macam aku dengan eija la..
sebab bila jumpa banyak benda lain nak cerita selain blog..

Ada jugak yang bagi semangat
untuk adik beradik dia tulis blog..
bila sembang pun cerita pasal blog
dan cara2 nak mantapkan blog.

kan best kalau adik beradik mak ayah semua
blogger kan??jadi keluarga blo…

MANGSA ROGOL NEKAD MELAKUKAN SUMPAH POCONG

Assalamualaikum...

Selamat malam semua..
korang pernah tonton filem indonesia tajuk
sumpah pocong?
sumpah pocong ni lebih kurang
macam kita Angkat sumpah untuk
membuktikan yang kita bercakap benar la..

selalunya sumpah pocong dibuat bila
dah tak de jalan lain untuk menjelaskan sesuatu.
kalau orang tu cakap bohong
tapi dia buat sumpah pocong
dia akan mendapat hukuman dan dilaknat Tuhan.

Aku ingat kan sumpah pocong ni disebut dalam filem je..
rupanya ada betul2 sumpah pocong ni..
kat indonesia seorang wanita nak
melakukan sumpah pocong
gara2 dia dirogol oleh seorang pemain gitar
sebuah kumpulan muzik.

mangsa bersama ibunya..

Oleh sebab ramai yang tak berapa
nak percaya dakwaan dia tu dan
pemain gitar tu pun tak nak mengaku
jadi dia ambik keputusan
untuk buat sumpah pocong.

Ini berlaku di indonesia tau..
bukan kat negara kita ni..
aku tak tahu pulak macam mana
ritual sumpah pocong tu..
tapi yang aku tahu mangsa akan
dibungkus dengan kain kapan.

Korang nak cuba buat sumpah pocong???heheh..


sekian..

MAISARA::LUKISAN MINGGU INI

Assalamualaikum...

Selamat petang..
terlupa pulak nak publish entry baru heheh..
ralit memabaca entry orang..
untuk petang ni nak ajak korang cuci mata je
dengan lukisan2 maisara..

korang yang dah lama ikut kisah2 maisara ni
mesti tau yang maisara sangt suka melukis.
dia belajar melukis sejak umur 2 tahun lagi..
tapi sampai sekarang dah umur 4 tahun
kadang2 aku tak
tahu apa benda yang dia lukis..heeeh




cat dog



rabbit


kawan2..


puteri dan puteri dan sebelah tu gambar angsa..

tengok kat bawah sampul tu ada tulis firdaus life.
tu sebenarnya sampul dari firdaus..
maisara memang pantang nampak kertas kosong.
terus je dia ambik dan lukis..

sekian...

KELEMUMUR..APA PENYEBAB NYA..??

Assalamualaikum..

Selamat petang...
ada kawan aku kan bila petang2 gini kepala
dia berpeluh tau..
lepas tu sakan la menggaru..
masa aku kerja dulu la..
dia pakai tudung tapi kejap2 garu kepala..
kejap2 garu lagi..
katanya dia ada masalah kalemumur..
bila panas menjadi2 la gatal kepala dia tu..

Tau tak apa punca kelemumur??
Pakar menyatakan,kelemumur tidak
ada kaitannya dengan kebersihan rambut atau
kebiasaan mencuci rambut.Kelemumur merupakan
pengelupasan kulit kepala secara semulajadi akibat proses
pergantian lapisan sel kulit paling luar.

kelemumur juga boleh terjadi akibat stress
dan rasa gatal itu akan terjadi bila
dalam keadaan tertekan.

Ada orang alami masalah kelemumur yang ringan..
ada jugak yang serius.
yang ringan ni biasa la kalau terjadi.
dan memang ramai yang alami..
tapi ada jugak yang alami masalah kelemumur yang serius.
kalau tengok orang tu ada
merah2 dekat sekitar hidung,telinga,dada
dan kepingan kelemumurnya besar2 dan bermninyak,
itu maknanya masalah kelemumur yang…