Skip to main content

TAJUK ENTRY BLOGGER TERDESAK

Assalamualaikum...

selamat pagi semua..
ramai yang bercuti hari ni..
tapi esok dah kerja kan??
jadi malam ni entry ringkas2 je la..
tak janji la ringkas ke tidak..wahahahh...

Aku nak cerita pasal tajuk entry ni..
pada sesetengah blogger dia sanggup buat apa pun untuk
tarik perhatian orang untuk baca entry dia..kan??
salah satu cara yang mudah
ialah gunakan tajuk yang betul2
buat orang nak klik..

Tapi agak2 la weh...
jangan la tajuk lain isi nya lain...
macam menipu je..
lepas tu hujung2 entry baru dia bagitau..
"maaf la..tajuk entry memang lari jauh
dari isi entry sebab aku tak tahu nak bubuh tajuk apa"

Alamak..tulis punya panjang
tapi tajuk seciput pun tak reti nak bagi..
tu ke alasan untuk kita letak tajuk yang
lari dengan isi entry kita??
tak patut la...

Bila kita berblog kita
jangan tunjuk sangat kita terdesak tau..
rileks sudah la..bukan blogger lain nampak muka kita
tengah berblog kan???
jadi jangan pulak kita zahir kan
keterdesakan kita nak kan pengunjung tu kat
dalam entry kita..ok???...

senyum2...:)



sekian..

Comments

  1. hahakk biase la tu.. dah biase sgt dahh

    ReplyDelete
  2. sebanarnya.... kita kena cari pembaca setia.......
    tajuk hanya gimik jer...
    tapi kalau selalu terkena jer...
    lps tu kirim salam jer la kat blog tu.... he3

    ReplyDelete
  3. hehe....trademark blogger tu mungkin :p

    ReplyDelete
  4. itulah blogger yang gilakan traffik.. ada tu letak tajuk lucah semata-mata nak orang klik..
    mana lah pergi nilai kejujuran dalam berblogging..aku harap aku tak terjebat :)

    ReplyDelete
  5. kdg2 mmg pening nak letak tajuk.
    seboleh2 tanak letak yang buat pembaca kecewa.eceh..

    ReplyDelete
  6. itu namanya seni dlm berblog..kih3..kunon nya :)

    ReplyDelete
  7. "tak tahu nak bubuh tajuk ape"..biase sgt jmpe..

    ReplyDelete
  8. kak! malam lagi ni..belum pagi :D

    ReplyDelete
  9. akak pun naik geram kalau baca entri mcm tu..tjuk lain,isi lain..

    ReplyDelete
  10. terdesak nak dapatkan trafik la tu sis..

    biasalah setiap orang ada cara msing2.hheeeee

    ReplyDelete
  11. selamu kena tip camtu..ingat lawak ke?geram adalah tau!

    ReplyDelete
  12. kadang2 tu geram je rasa, ada yang lagi dasyat buat tajuk cara2 nak naik kan trafik, then, klik, rupa2nya tajuk semata, dan dia kata ini la caranya

    ReplyDelete
  13. cara untuk tarik perhatian pembaca kot.

    ReplyDelete
  14. mcm2 ragam dan cara org berblog ni ya diana.

    ReplyDelete
  15. harap-harap saya tak terdesak pun

    ReplyDelete
  16. huhuh,,panas ni,,heheheh :)

    betul yang akak cakap tu,,
    blogging ni lahir dari hati an,,
    :)

    ReplyDelete
  17. sekali skala ciktom rs boleh terima lg..kalau dah byk kali tue terus malas dh nak singgah..huhu

    ReplyDelete
  18. hehe..ni sama macam penulis akhbar kotemporary kita laa kak..sbgai contoh penculik tak sengaja culik budak pastu dia boh tajuk "budak terselamat cubaan culik"..tak ke jauh maksud dia tu..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  19. tajuk yg sesuai tu penting.. malah sy suka guna tajuk yg menarik perhatian. org ckp "attention grabber"..

    tapi, biarlah kena dgn isi entry.. ni yg menipu tu yg geram tu... haha..

    ReplyDelete
  20. okeh akak =]
    mase nak buh title entri
    kene ingat entri ni

    hehehe

    ReplyDelete
  21. hehehehe...memang ramai yang buat gitu...geram jugk kdg2 lau langsung xder kena mengena ngan tajuk..jauh menyimpang...ceh!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …