Jumaat, 7 Oktober 2011

Mertua:keturunan aku tak ade yang mandul

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
ingat lagi tak entry pagi tadi yang
pasal isteri tak boleh hamil tu???
aku ada dapat satu email luahan seorang wanita.

tak nampak?tak pe aku copy kan utk korang..:)
************
salam diana.saya terbaca artikel tentang
isteri yang disalahkan bila
tidak boleh hamil terpanggil untuk
berkongsi kisah hidup saya bersama
dengan(perkataan dengan ni aku tambah heheh) diana.

saya berkahwin hampir 4 tahun.
tapi sampai sekarang masih belum
menimang cahaya mata.
yang saya kesalkan saudara mara menunding jari
kepada saya.

saya buang rasa malu dan saya nekad buat
pemeriksaan.doktor mengesahkan yang
saya sihat dan boleh hamil.tapi
saya diamkan dulu perkara ni sambil
memujuk suami untuk buat
pemeriksaan.

suami tak mahu dan mengadu kepada
mak mertua saya di
kampung.mertua saya datang ke rumah
dan menghina saya dan memanggil
saya mandul.

menurutnya dalam keturunan dia tak ada sesiapa yang
mandul.

saya jelaskan pada ibu mertua mandul bukan lah pnyakit
keturunan tapi dia berkeras
yang anaknya tak ada apa2 masalah
kesihatan.disebabkan hilang rasa
sabar saya bagitahu ibu mertua yang
saya dah buat pemeriksaan doktor.

tapi dia tak percaya.saya tak peduli
sama ada ibu mertua saya percaya atau tidak,
yang saya harap cuma suami
saya percaya pada saya dan nak buat pemeriksaan.

saya dapat rasa
sekarang suami semakin murung
dan tak banyak bercakap.saya sayangkan
suami jadi saya tak mahu lagi bercakap tentang suruh dia buat
pemeriksaan.
biarlah saya hidup berdua saja dengan dia asal dia senang
hati dan tak murung lagi.
***********

aku dah dapatkan kebenaran dia tau
untuk kongsi email ni dengan korang
dan dia setuju..

pendapat korang la kan..
betul ke tindakan dia yang last tu..
"biarlah saya hidup berdua saja dengan dia asal dia senang
hati dan tak murung lagi"

kalau aku...
aku kurang setuju ..
heheh..

sekian...

29 ulasan:

eiffel berkata...

apa mksd ayt terakhir si isteri itu?

saia belom kawen, tp saia rasa...isteri tu patut bincang dgn suami dia.ala, lgpown baru 4tahun, kan.masih byk lg alternatif.

jgn akhir nanti, tetiba suami dia kawen baru.time tu....

hurm...

Tihara berkata...

topik yg sensitip ni..sy pn lom ada ank..kdg2 HUSBAND N WIFE tkde problem tp rezeki di tangan Nya jua.. ini lah ujian hidup nama nya..

nice sharing :)

kakchik@ella berkata...

Itu namanya "POwer Of Love" Diana. Dia syg asben dia. Dia takut asben dia tak boleh terima hakikat kalau ujian mendapati yg asben dia yg mandul sebenarnya, bkn dia. Bila asben dia tak leh terima, asben dia jadi "down". Bila "down" tak blh dikawal, huru hara rumahtangga.

Hmmmm .. camtu la cite dia pada pandangan KC.

Freaky berkata...

saya ada sepupu yang tak boleh dapat anak. tapi sepupu saya dan suaminya berbincang mengambil anak angkat sebagai peneman. Sekarang ni anak angkat mereka pun dah besar ... tapi kes mertua tadi sangat menakutkan =_=

YanaMIB berkata...

gila dugaan dpt mak mertua gitu..tp nape asben dia x pertahankn wife dia bila dimaki sebegitu rupa ye?? ermm curious lah..=)

sy juga kurang bersetuju klu si wife mcm redha nk hidup berdua je..hihi~ mungkin si isteri boleh mtk tlg adek bradek asben atau kwn2 terdekat utk memujuk asben tu buat check-up..klu plan A x berjaya, gunakan plan seterusnya sampai huruf alphabet habis..usaha dulu baru tawakal..dan bykkan berdoa minta urusan dipermudahkan..sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui..

itu pendapat saya lah..wallahu'alam =)

Lydia Miza(Aidyl Azim) berkata...

harta plg berharga adalah anak2.tp klu dia rela berdua sampai akhir hayat dan yakin suami ada bersama setia selamanya...terserah

zahidah seran berkata...

saya pun tak setuju diakata nak hidup berdua jek.
dah cool down kang bincang leklok..
topik mandul ni mmg isu sensitif...

JIJI YU berkata...

yg mertua tu pon..

ArulchelseA berkata...

susah mau cakap.. selesaikn cara baik lah..

hyazz berkata...

memang tak setuju..pasai nye kan dah tercatat lam hadis.. berusahalah sehingga kite mendapat nye..dah berusaha tak dapat juga...berserah la pada takdir...mungkin ader hikamh disebaliknye

kakcik berkata...

Semoga beliau dan suaminya akan berbahagia dengan cara mereka. Harapnya juga mertua tidaklah mengganggu hidup anak2.

::Misz sunsWeetz:: berkata...

g guna produk BIODEX..n usaha selagi mampu..dan rajin2 la berdoa dan buat solat hajat ne tau ALLAH maha penyayang=)

Nur Misnan berkata...

Pesan pdnya jgn putus asa.. setiap perkahwinan
akan ada zuriat dgn izin-Nya. Ikhtiar dan berdoa itu pembuka jalan pd setiap amsalah.

Madu asli adalah penawar segalanya.. amalkan makan setiap pagi dan petang...

Cik Sara berkata...

Daripada saling menuding, ada juga benarnya kata si isteri tu.. Biarlah mereka berdua asalkan suami tak murung. Mungkin rezeki anak bukan sekarang.. Tapi siapa tahu, berkat kesabaran mereka suami isteri, lagi 4-5 tahun akan dapat zuriat.. Yang penting, jangan pernah putus asa dan sentiasa berusaha dan berdoa..=D

afzalsukasuki berkata...

mak aih seserius nih?hmm.harap2 la sy berzuriat :( takutnya

ChaCha berkata...

ikhtiar...

Ungu Violet berkata...

lerr...yg hasben tuh pun satu hal..nk ego sgt watperr...gi la check doktor...xrugi pon...dpt jalan penyelesaian adelah..huhu

ieda berkata...

kurang setuju juga ...

hurmmmm dia kena buat sesuatu ...

hurmmmmmm

wahida berkata...

alahai...kenapalah mak mertua sampai mencaci sebegitu rupa...

isu ni mmg sensitif melibatkan suami dan keluarga mertua sekali....

exora berkata...

ayat akhir dia tu bhy..ble makan diri sendiri nanti...kita x tahu apa akan jd d ms mendatang, suami memang ok tp kalau dh mcm gtu mertuanya..x mustahil satu hr nanti dia srh ank dia kawin lain...dia jgk yg merana nanti...

pujuk suami buat sesuatu dan cr jln penyelesaiannya.
sy pun blum ada anak tp setakat ni tgk mertua ok jer..akn dtg x tau la,
yg penting sm2 berusaha suami isteri dan bknnya sebelah pihak...

CIK TOM berkata...

cik tom pun xsetuju akk...manusia ni disuruh berusaha utk dapatkan sesuatu..xboleh nak tawakkal je..sppttnye cuba cr jalan utk pujuk suami sehingga berjaya...atau kalau suami xnk cek jgk..cuba guna perubatan yg byk kt pasaran tue...xsalah kan mencuba dr berserah camtu...sekadar pndgn dr cik tom..

Ujie berkata...

beri suami dia masa utk bertenang. stop sebut soal anak. kembalikan kegembiraan hidup..
bila dah stabil, bincang. kalau tak mau g spital..buat rwtn alternatif spt: homeopati, ambil mknn utk kesuburan. sbb hal begini tak boleh buat jika dipaksa2.

abah khalisha berkata...

Skrg dah byk cara atasi nya

Ati Masrif berkata...

tak setuju gak..

anak tu kan penting utk
keturunan yg penting sekali
bila kita tua esok2

pi berubatlah...

C i k P i p i T e m b a m berkata...

skarang ni mcm2 cara boleh buat... cume bnde tu trletak pd diri sndiri , nak x nak je la... dan brdoa byk2.. dekatkan diri padaNya :)

Mrs.Yie berkata...

x setuju la..dia kena usaha jugak suruh suami dia pulak pegi cek doktor..x kan nak biar mcm tu je?satu lagi nak tambah,mertua macam tu x perlu hormat pun x pe..apa hak dia datang nak meghina puan tu??

Tanpa Nama berkata...

yg pmpuan tu pon 1 hal
rela je diamkan diri
mmg ade laki yg kawin len sbb xde anak
tapi last2,bila masing2 kawin lain,
si bini ada anak,si laki takde anak
so laki jgn nk ego sgt ye


cik adda

Solihin Zubir berkata...

kesiannya... dpt mertua yg ego pertahankan keturunan mcm tu...

haishh... kalau suami dia tak pi buat pemeriksaan, cmna la nk tau betul ke tak sbb mandul..

Liza @ Adzriel AB berkata...

takut suaminya dah pergi check sorang2 cara rahsia je. geram juga bila dia gi ngadu kat mak dia apahal. lepas tu biar je bini kena marah atas benda yg bukan kehendaknya. dah Allah belum nak bagi nak buat camner. apahal pulak suami tu nak murung kalau sendiri ego tak nak check. kalau confirm ada yg tak subur, hidup berdualah. tak pun ambil anak angkat. anak sendiri pun Allah pinjamkan aje juga. mungkin tak sama dgn anak angkat tapi ada hikmahnya Allah jadikan begitu kehidupan kita. mcm2 cara berubat sekarang, pilih dgn betul kalau ada yg tak subur. setuju dgn semua komen di atas.

Related Posts with Thumbnails