Skip to main content

MAISARA::penat dah!

Assalamualaikum...

Selamat malam semua..
hujan2 gini cuaca sejuk..aku mula la malas..
tapi semalas-malas aku tak de la
macam maisara punye malas...

boleh kata dia tu 24 jam malas..
kalau main masak2,main teddy bear,melukis,tak malas pulak..
suruh mandi malas,suruh kemas umah malas..
yang peliknya dia tak cakap dia malas...
pagi tadi...



Ibu:lekas jom mandi..

Maisara:ibu dukung je la ..

Ibu:banyak cantik muka hang..

maisara:maisara ni nak jalan pun tak larat..

Ibu:hang buat apa tak larat..??

Maisara:tak tahu la..kaki maisara ni dah penat dah.

ibu:meh sini nak cabut kaki tu simpan dalam stor.

Maisara:tak payah la.dia tak la penat sangt.penat sikit saja..

betul la orang kata
kalau dahi luas akai banyak..kan??

sekian...

jom terjah berita cuak di ituini

Comments

  1. haha..mmgg pon dahi luas ni akal panjang

    ReplyDelete
  2. haha.. klkrla mai :) comel jer jwpnnyer~

    ReplyDelete
  3. Hahaha, Budak2 Sekarang Mcm2 Perangai..Dahi Luas Banyak Berpikiaq Dan Banyak Akai..

    ReplyDelete
  4. kehkehkeh...nk manja2 je tuh..hihi

    ReplyDelete
  5. ye ker kak?fiza baru tahu..fakta ke tu?

    ReplyDelete
  6. org kata dahi luas panjang akal....mcm sepupu sy kak..ckp staii mcm org tua.

    ReplyDelete
  7. hahaha bijak punya alasan.... dah kantoi, pandai pulak kaber... hehe

    ReplyDelete
  8. Kalau buat satu drama mesti laku nie , mesti ramai yang nak tonton.. mai sarah memang bijak la kak....

    ReplyDelete
  9. haha comel je. banyak cakap ^^

    ReplyDelete
  10. haha..mmg lawak la anak akak!!
    teringat maisara dlm citer diari ramadhan..dia pon petah.

    ReplyDelete
  11. tengok muka dia dah tau, cerdik budak ni..

    ReplyDelete
  12. ~suka baca gelagat maisara..hehe :)

    ReplyDelete
  13. kikikiki
    betoiii
    mak pon ckp cm tu

    mak kata dahi luas ni cerdik

    hehehe
    maisarah niii
    suke buli ibu yeee
    hehhee

    ReplyDelete
  14. dahi jendul mcm hj fahmi tu..hehehe..panjang akalnya :)

    ReplyDelete
  15. nmpk gy sy kena bersedia jugak ni
    anak2 dahi luas semuanya...huhuhuuu

    ReplyDelete
  16. haha...budk2 lau bercakap mesti wat kita snyum ja...bijak budak maisarah ni :D

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …