Monday, 24 October 2011

JOM MAKAN KENDURI..

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...
baru berkesempatan nak belek2 blog sendiri..
biasanya kalau hari isnin memang la lewat sikit
nak beronline..aih!masih gagal menyusun jadual
harian dengan sebaik mungkin..

Dekat2 hujung tahun ni
mesti banyak kenduri kawen sana sini kan??
kalau ada yang dekat2 boleh la pergi..
yang duduk jauh2 tu rasanya kalau tak de halangan pergi
je la..

Ada orang tak suka pergi kenduri..
walaupun orang dah jemput pakai mulut beserta kad
tak denye dia nak pergi..
kawan satu tempat kerja kawen pun tak mau pi..
dekat pun tak mau pi..

"malas la aku nak pi..makan kat umah je la.."

dia ingat kenduri tu
cuma untuk makan saja..

"segan la nak pi..aku bukan kenal sangat tuan umah tu.."

yang ni memang kerap sangat kita dengar..
sedangkan menghadiri jemputan dan undangan
kenduri kahwin adalah fardu ain,
iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang.
Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh
Al-Bukhari dan Muslim bermaksud:

"Apabila seorang daripada kamu diundang
menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya."

tapi orang sekarang ni ..
kalau orang jemput kenduri kawen (orang islam)
dia taknak pi..
bila taukey cina dia jemput makan2
boleh pulak dia pi..siap bawak buah tangan lagi..
padahal kalau orang bukan islam yang jemput
kita tak wajib pergi.

Kalau kat kampung2 pulak,kita tak pi kenduri orang,
nanti kalau kita nak buat kenduri
orang tak mai umah kita...
maklum je la..kat dunia ni
buat apa2 pun semua nak kan balasan..
pi kenduri rumah orang sebab orang mai kenduri rumah kita..
ekekeke..

Korang pernah tak jiran2 buat kenduri
tak jemput korang???
buat majlis makan tak jemput pun...
pernah??
aih!!kejam jiran gitu..


sekian...

17 comments:

  1. hehe...dulu mish xsuka pegi kenduri sebab malas nak pakai baju kurung. tp skang rajin sikit sebab rasa bes lak tengok pengantin. excited nak kawen. ops!

    ReplyDelete
  2. Myra suka p mkn kenduri if ada kelapangan masa la..

    Sebab kita mghargai jemputan tuan rumah.. :)

    ReplyDelete
  3. pernah je kak,,,
    jiran tak bagitau buat kenduri,,alasan nya,,sebab tau kitaorang bercuti hehe,,,bukan kenduri kahwin lah,,tapi,,apa salah bagitau,,

    ReplyDelete
  4. insyaAllah kalau takde aral,pergi jek.dapat kenal jiran baru...
    dapat jumpa kawan lama yg lost contact...=)

    ReplyDelete
  5. klu tiada halangan, insyaAllah akan hadir jika d jemput

    ada sorang jiran kat cni, bila kenduri dia x jmput kite yg dkt2 ni
    pelik jugak...
    mgkin jmput klik2 kt ofis dia jer kot

    ReplyDelete
  6. sy pantang diajak makan kenduri ni..hehe..

    ReplyDelete
  7. ada je...jiran depan rumah lg (tuan rumah)

    buat makan2 tak pernah nya nk jemput kitorang para penyewa rumah dia ni.

    ReplyDelete
  8. SALAM,
    INI PANDANGAN LF (KALAU SALAH, TOLONG BETULKAN) - KALANGAN JIRAN, KALAU KENDURI KAHWIN TU, KENALAH JEMPUT ORANG KIRI KANAN ! BERBEZA KEADAANNYA KALAU MAJLIS YG DIBUAT TU KHAS UTK KALANGAN AHLI2 KELUARGA MEREKA ! CONTOHNYA MAJLIS ULANGTAHUN PERKAHWINAN EMAK AYAH !

    ReplyDelete
  9. pernahhhh!
    sian opah makan hati
    huhuhu
    dah la owg tua
    x patot la cm tu kan'tapi nak buat cm ne
    hak jemput menjemput ni terpulang kpd individu tu kan
    bukn bole nk dpaksa2 kan..

    btw

    suke p kenduri kawen
    sbb x kawen lagi
    hahahahahaaha
    berkat kawen
    kekeke

    ReplyDelete
  10. org kita, klu dijemput tak mahu pergi.. tp kalau tak jemput mengata pula kan..

    ReplyDelete
  11. suke suke.. suke gi kenduri.. sbb lauk pauk kenduri tak sama rasanya ngan masakan biasa.. suka sangatt bila ade org panggil makan kenduri.. tapi kalau tak de aral melintang mmg sampai ler ke tempat kenduri tu.. kalau tak de rezeki,, tak de la... boleh caling2 cakap kat tuan rumah ler kata tak berkesempatan.. tak pun pegi day before or day after jumpa sendiri ngan tuan rumah kenapa tak leh datang kan.. lagiiii afdal.. tuan rumah pun tak kecil hati.. :)

    ReplyDelete
  12. blogger sinar raudah sudah kembali kerahmatullah sebentar tadi.al fatihah untuk arwah amy

    ReplyDelete
  13. kalau tak dpt pergi, biasanya kirim la sesuatu kat org yg pergi @ hantar wakil.. :)

    ReplyDelete
  14. saya suka pergi kenduri sebab nak makan je.. biasanya makanan kenduri agak best. hehehe

    ReplyDelete
  15. baru lps menghadiri knduri kawin smlm..

    penuhi hajat org, Allah penuhi hajat baik kita..Insyaallah!

    ReplyDelete
  16. hujung2 tahun nih mmg sana sini ada kenduri...dah jomput x pergi x sodap lak...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();