Skip to main content

Untung jadi blogger

Assalamualaikum....

Selamat malam semua..
masa balik kampung beraya hari tu
sedara mara tau tak yang korang tu blogger??
tak tahu??ruginya....
kenapa tak bagi tahu..??heheheh

nak cerita pengalaman balik beraya
sebagai seorang blogger..
ada yang tanya..
"betul ke tu blog hang??"

malas dah nak malu2 kucing parsi..
mengaku je la...

"ye ..tu blog kita.. ada baca ke??"

korang percaya tak bila kita mengaku gitu
ada ramai orang yang sudi berkongsi cerita
dengan kita...

"cer hang tulis pasal bla..bla..bla..."

"nanti hang tulis la pasal aku..."(motif:nak popular)

"kalau hang tulis cerita ni dalam blog bagus jugak.."

nampak tak???
jadi bila balik dari bercuti
korang dah tak payah
pening2 nak pikir apa cerita nak tulis ni..
tak de la asyik tulis pasal beraya je...
selagi tak habis syawal,selagi tu dok tulis
pasal raya..gara2 trak de idea nak tulis..hehehe..

lagi satu...
bestnya beraya bila sedara mara
tau kita seorang blogger...
sedara mara tak berani nak buat perangai huduh depan kita.
buat la..tak pasal2 jadi tajuk utama
blog kita..
tambah pulak lepas update kita suka ping entry kat facebook..
habis la satu kampung tau perangai huduh dia..
hahahah....

entry usik2...
ada yang senyummmm..??? :)

JOM TERJAH BLOG SEMPOI NI..(LINK)


sekian....

Comments

  1. hahaha... comfirm sedara mara jadi baik dgn kita... sepupu2 shera tau shera ada blog... dieorg pun ada jgk tp semua segan nak kongsi... siap private lg...

    ReplyDelete
  2. saye sedar ta de tanye lah kak..tp kawan mase kecik yg ta pernah berjumpe sekian lame ade tnye pasal blog saye..haha..ta ramai pon tp jd lah ade jugak yg tanye..haha

    ReplyDelete
  3. salam..
    bangga memang bangga
    siapa sangka mamat nih
    blogger..ranking baik pulak
    tu..he he..

    ada yang sibuk nak ajar
    cara menjadi blogger la pulak

    ReplyDelete
  4. sedara mara, xde yg tau.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Betul kak!..mmg selalunya jaga perangai depan kita...salah sikit "ops! habis lah elih tulis dlm blog dia ni" haha..dorang tau sbb selalu jadi silent reader je..

    ReplyDelete
  6. hehe.betul tu, tapi xpala, akak dah otai memang top pun.hehe.

    ReplyDelete
  7. oh tidakk. kalo dorg tau rase nak tutup blog. hahahaha
    *motip??

    ReplyDelete
  8. hehe saya tak suka kalau saudara mara kenal saya sbg blogger. kawan2 ok lg tp saudara tak berapa suke kot. ahahaha

    ReplyDelete
  9. hehe.. sy senyum.. malu la klo sedara mara tau yg kita ade blog.. *bajet artis.. :-)

    ReplyDelete
  10. setakat ni cuma adik beradik ngan kawan2 je yg tau akak menulis dalam blog..kalau saudara mara tu x ada la setakat ni..hehe

    ReplyDelete
  11. sedara nak buat huduh ngan kita pon jd takott...hehe

    ReplyDelete
  12. hahahahahaha saye mengalaminya kak.

    ReplyDelete
  13. masih belum dikenali lagi di kalangan famili..huhuhu

    ReplyDelete
  14. sedara semua tak tau buat blog
    hehehe. facebook pun diorang kadang2 je bukak

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …