Skip to main content

RESEPI MEE KARI SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum. ..



Dah makan ke???Mee kari ada lagi tu..sapa nak sila masak sendiri..Ada yang nak resepi mee kari yang paling sedap dan mudah?Bagi saya mee kari adalah hidangan paling senang.nak disediakan..sebab itu memasak mee kari adalah mudah shaja tapi ianya hidangan yang sangat sedap.

Hari ni saya akan kongsikan resepi Mee Kari yang sedap dan mudah.Untuk bahan-bahan nya korang boleh letak aa saj yang nak.Macam saya tak suka letak kerang jadi abaikan kerang tu..kita meriahkan dengan bahan lain.

Jom kita tengok resepi...

Bahan-bahan

*hidangan untuk sepuluh orang..:)

2 bungkus mee kuning
minyak masak untuk menumis
1/2 ayam } di potong kecil
1 genggam daging }dipotong kecil
Udang saiz kecil
10 biji fishball}belah 2
2 keping fishcake}hiris nipis
santan satu kotak
3 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu besar rempah kari daging
5 ulas bawang merah *
5 ulas bawang putih* {kisar ketiga2 bahan *
1 inci halia*
kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
daun kari
4 biji ubi kentang } sebiji dipotong 8

~bahan yang nak ditabur atas mee tu..
taugeh
daun sup}dihiris nipis
daun bawang}dihiris nipis
bawang goreng
sawi} celur
telur rebus
Tauhu digoreng dan dipotong dadu
limau kasturi}
cili besar/cili yang kecik2}dihiri nipis (pilih la mana yang suka)

cara-caranya..

1)celur mee.jangan sampai kembang sangat.

2)panaskan minyak masak dalam periuk dan tumis daun kari dulu.
kemudian masuk kan kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang

3)masuk kan pulak bawang merah,bawang putih,dan halia yang telah dikisar
sampai agak2 dah kekuning tu masuk kan pulak rempah daging dan rempah
ikan dan 1 cawan air.

4)masuk kan pulak ayam,daging,fishcake,fishball dan ubi kentang..

5)kacau2 sampai sebati dan masuk kn 1-2 cawan air.
kalau pekat sangat bubuh la lebih sikit air.masak hingga naik minyak.

6)kemudian masuk kan 3-4 cawan air.masak hingga mendidih

7)dah mendidih tutup api dan masukkan santan.kacau2 dan tutup periuk tu..



nak makan masuk kan mee dulu.lepas tu bubuh la bahan2 yang nak ditabur atas mee tu..cedok kuah dan makan sampai kenyang!heheh..

dalam resepi ni tak de kerng sebab suami saya tak  suka kerang
bubuh dalam mee kari.tak syok!tapi ramai yang buat mee kari letak kerang..

***kalau tak makan kerang.tak payah bubuh kerang,tak makan daging jangan bubuh daging.tak makan ayam jangan bubuh ayam.ikut suka la nak bubuh apa..hehehh

sekian..

Comments

  1. rasanya hampir setahun arisha tak makan mee kari..nanti nak suruh mama masakkan la..eheh.
    thanks juga kerna sharing this recipes!! :D

    ReplyDelete
  2. kak diana,mee kari satu!..mane gambar kak..lagi sedap memandang kalau ade gambar..hihi..waaa..laparlah kak

    ReplyDelete
  3. sedapnya mee kari... tiba-tiba terasa nk mkn mee kari pulak...

    ReplyDelete
  4. huk3
    makkkkk
    buat kan kite mak kari
    sebab dah terliur kat sini =(
    hehehehe

    ReplyDelete
  5. favorite kak liza ni..biasa boh ayam je.. tak leh nak mkn seefood pun.

    ReplyDelete
  6. baru lepas makan mee kari open house jiran sebelah..=)

    ReplyDelete
  7. Wah menyelerakan resepinya boleh cuba ni

    ReplyDelete
  8. Kita bubuh udang la hehe...nmpk sdp sgt ni nyum nyum

    ReplyDelete
  9. Wah, nampak macam terlebih sedappp je ni! =) Thank you share resepi!

    sibodohjangankacau.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. baru lepas mkn minggu lepas .. tp mee kari ni bukan kegemaran kita ..klu laksa td mmg terliur dah ni hehehe

    ReplyDelete
  11. Nikmatnya makan mee kari kecur ailio gini

    ReplyDelete
  12. wahhh lama tak makan nih, terliur pulak tengok

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …