Skip to main content

MERTUA MATA DUITAN

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..
selesai sudah kerja2 rumah
dan kerja2 luar rumah.baru senang
hati nak update blog.
baru la banyak idea datang mencurah2..kan??

2 hari lepas ada yang mengharapkan jawapan
cemana nak buat bila berdepan dengan keluarga mertua
yang mata duitan..

Aku nak cerita tentang sorang yang aku kenal
yang masalahnya dulu hampir2 sama dengan yang ini..
ni cerita masa aku kat johor bahru dulu.
Jay(bukan nama sebeno) berkawen dengan mira
atas dasar suka sama suka..
mula2 kawen pun dah nampak mertua jay ni mata duitan..
hantaran mintak tinggi,
tapi sebab sayang dan cinta dia ikutkan je.

lepas kawen setiap bulan,2,3 kali mintak
duit.kalau kata tak de duit mertua sindir2
dan cakap anak2 lepas kawen dah tak pedulikan dia.

Bila bagi duit.dia belanja mengalahkan orang kaya.
makan angin dan membeli belah.
lama2 Jay dah tak tahan dan meluahkan pada Mira.
Mira pun terpaksa berdepan dengan mak dia
dan berbincang tentang masalah tu..
Mira terangkan suami nya bukan orang senang.
gaji tak besar dan ditambah dengan anak yang bakal
lahir tak lama lagi.

mak mira merajuk...
adik beradik mira yang lain pun
marah dengan sikap mira dan Jay.
konon nya "berkira sangat dengan mak".
makin menjadi2 sindiran mak mira pada Jay..

jay buat keputusan menjarakkan sedikit
hubungan mereka dengan mak mira.
dari kluang mereka berpindah ke ipoh.
no telefon di tukar.
sebulan cuma 2,3 kali saja mira dan jay menghubungi mak dia kat kampung.

Jarak yang jauh tu membuatkan
mak mira tak dapat nak mintak duit kerap2..
sebulan sekali saja Jay hantar duit
pada mak mertua nya..

tak tahu la adakah itu cara yang
terbaik untuk mereka..kan??
tapi bagi aku mak mira memang patut di tegur kesalahan nya..
kalau korang,korang buat macam jay dan mira ke??


sekian...

Comments

  1. kalau nak dikira, menantu lelaki tak de tanggungjawab pada mertua...

    tu dah kira syukur la dia nk bg jugak kan

    ReplyDelete
  2. betul cakap ibu muda,menantu laki tak da tanggungjawab pada mertua

    ReplyDelete
  3. dlm kes ni sy setuju dgn komen ibu muda..bkn tanggungjawab menantu laki daaa duk sara mak mertua..mmg mertua dia tu patut kena tegur..=)

    ReplyDelete
  4. Elok juga Jay buat macam tu dan Mira pun kena ikut cakap suami selagi tidak sampai merderhaka.

    ReplyDelete
  5. anum setuju ngan komen ibu muda

    ReplyDelete
  6. mmg ptot gak jay ngn mira buat mcm tu..
    tp memang tak ptot la kak, knpe ye nme die mira?hahaha

    ReplyDelete
  7. ni pendapat bagi orang belum kawin.hihi..pada fiza,betul gak cara mira n jay tu.dan sepatutnye seorang mak tak bersikap macam tu.selalunye mak akan sentiasa doakan kebahagiaan anak die dan tak mengharap ape2 balasan pun asalkan puas tengok anak die idup bahagia dan jage die dgn elok macam die jage kite mase kecik..kan

    ReplyDelete
  8. ok la kalau jenis menantu lelaki
    yela..nk tnggung ank die kan
    abissss kalau mak mertua kpd menantu pempuan yg mata duitan cmana??hahahaha..
    mcm sy...kena rejek ngn ex makmertua sbb xkerja+xda duit...nk kasi tgung ank jantan die la kan.

    ReplyDelete
  9. aigoooooooo
    takotnyeeee
    huuuu
    dah mcm dlm cite drama kelmarin pon ade
    x mampu nak jwb kak
    huhuhu

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..buat masa la nie xdak la pulak jadik kat diri sendiri..tapi ada la jugak member2 cita sal mcm nie..kali di saya di tempat tu, saya akan pindah dan jauhkan diri ckit walau pon dengan ibu sendiri.. bila dah tegur cara baik mak tetap tak faham..jalan terbaik adalah jauhkan ckit jarak tu..mak pon kena la faham..kita dah kawen..dah ada tanggungjawab lain..bukan x bagi langsung..bagi jugak tapi setakat yang termampu

    ReplyDelete
  11. Mak mira mmg patut ditegur kesalahan nya . Kalau nk diikutkan , Jay boleh buat sesuka hati and boleh buat mira wat tak tahu kat mak dia sbb syurga mira kat telapak kaki jay , so sebagai isteri kena dgr cakap suami . Perempuan, yg pertama mesti suami baru mak , kalau lelaki lain la , mak dahulu . Jd mak mira patut bersyukur Jay tu tak lah sekejam seperti buat tak tahu .

    *saya readers baru kamu . hihi . maaf mencelah :D

    ReplyDelete
  12. saya setuju dengan semua komen2 dia atas ni...xtau nak komen ape dah sebab semua dah cakap...:)

    ReplyDelete
  13. Tidak wajar..seb baik lah mak mertua abah mcm tu..kadang-kadang kalau melancong mak mertua yang support..hehehe..

    ReplyDelete
  14. kalau tak ada cara lain..kira itulah jalan terbaiknya...

    mak mertua tu patut ditegurlah...

    Alhamdulillah dapat mak mertua yang tidak paksa anaknya utk berikan duit..malah rumah yg kami duduki pun free dan jaga anak pun free...

    ReplyDelete
  15. huh sgt mencabar kalau dpt mak metua cm tu kan kak.hmm sabo jelah.

    ReplyDelete
  16. keputusan yg baik
    berpindah jauh tu

    bak kata pepatah...

    dekat bau busuk
    jauh bau wangi

    ReplyDelete
  17. mak mertua mengalahkan mak sendiri.. adeiii... malu la ckit.. huhu..

    ReplyDelete
  18. memang serbe salah macam tu..tapi kalau nak diikutkan..tanggungjawap pada mertua bagi lelaki adalah kurang berbanding pada perempuan.. jadi.. kalau memang keadaan memaksa..mungkin tu care terbaik...[macamane pulak nak menangani mertua yang selalu jeles ngan menantu pempuan ek] ;p

    ReplyDelete
  19. oh.. itu sgt menyakitkan hati..

    smoga dijauhi sifat mertua mcm tu.. huhu..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …