Skip to main content

IBU TIRI

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua..
kemarin aku tengok ramai blogger yang
buat entry pasal perkahwinan Norman hakim.
tapi entah la,aku tak berminat nak tengok
entry2 bergambar korang tu...
Bukan peminat Norman Hakim..:p

Maka dapat la anak2 Abby Abadi
seorang ibu tiri..
cemana rasanya dapat ibu tiri??
aku bukan nak cerita seronok atau tak dapat ibu tiri.
tapi cuma nak cerita
tentang zaman dulu2..

Sejak kecik Ayah aku memang dah tinggalkan keluarga.
Jadi ada la sedara mara yang kata
ayah aku dah kawen lain.maknanya aku ada mak tiri la.

Ada satu hari tu Aku pergi rumah tokwan aku.
maknanya umah ayah kepada ayah aku la.
tengah siap2 tu ada sorang sedara aku cakap

"pergi la rumah dia..,
nanti mak tiri hang masak gulai katak bagi hang makan.."

hehehhe..
entah kenapa aku boleh percaya
pulak cakap orang tu..
kebetulan masa pi umah tokwan aku tu
depa masak gulai.
bila dia hidang je,terus aku tak lalu makan..

sampai sudah aku tak makan
nasik yang depa hidang kan tu..
yang aku ingat cuma nak balik umah je cepat2..

Betul la orang kata
pemikiran anak2 kecil ni
senang sangat nak dipengaruhi..
dengan kata2 saja dah boleh buat
anak2 kecil percaya pada kita...

Jadi ingat la..
kita yang tua2 ni bila nak bercakap
depan anak2 kena berhati2..
takut apa yang keluar dari mulut kita sampai
ke telinga dia dan terus dia terpengaruh..

Lagi2 pekara tu tentang pendapat kita
tentang orang lain..
kanak2 ni bila kita kata
"dia orang jahat"
terus dia set dalam kepala dia itu orang jahat.
walaupun kita bergurau saja
tapi depa tak paham semua tu..
apa yang mereka dengar itu yang mereka terima..


sekian...

Comments

  1. org dulu2 kata mak tiri jahat..so kita akan pk camtu smpi kita tua..huk3

    ReplyDelete
  2. SALAM,
    MASA TU PULAK, BANYAK FILEM2 MELAYU YG MENCERITAKAN KEBURUKAN IBU TIRI ! SETUJU DGN N3 INI

    ReplyDelete
  3. hahaha..like dis entry..btw u tak minat norman..i plak tak suke memey..fullstop!hehe

    ReplyDelete
  4. mmg betol la..manusai lebih senang menerima yg -ve dari +ve

    ReplyDelete
  5. orang tua selalu ckp macam tuh, tapi tak semuanya jahat.

    ReplyDelete
  6. Sebagai org dewasa atau ibu kpd anak2 kita sebenarnya
    janganlah mengajar mereka akan perkara2 buruk atau memburukkan ibu tiri tersebut

    Kerana mulut itu juga boleh merosakkan
    hubungan antara anak tiri dan mak tiri sedangkan
    mak tiri itu tidak ler sejahat yg disangka... sedih dgn keadaan ini jika berlaku.... kasihan pd mereka yang tidak bersalah...

    ReplyDelete
  7. adoii mak..gulai katak terus..budak2 zaman sekarang lebih bijak kak..kalau nak kelentong pun takleh dah..^_^

    ReplyDelete
  8. ish..tak baik ajar budak kecik macam tu...lepas tu nanti smpai ke tua budak tu jadi berfikiran negatif. duk dengar cakp org sgt. huhu....
    nasib baik akak xmacam tu. hahah

    ReplyDelete
  9. hehehehehe
    mak tiri?
    mmm..ada yg baek ada yang gila...
    sebb..dah raseee =(

    ReplyDelete
  10. betul kan diana..ank2 mudah terpengaruh..Tapi persepsi Mak tiri kena ubah sebab kebanyakan mak tiri sekarang baik hati..huhuhu..(walau di depan je!!)..hikhikhik

    ReplyDelete
  11. tgk kartun cinderella pn dh cukup menunjukkan mak tiri tu jahat, kejam..haha erm bkn senang nk hadapi situasi mcm abby and anak2 dia kan..kita doakan yg terbaik buat mereka..insyaAllah =)

    ReplyDelete
  12. mak tiir jahat tu sumer pengaruh citer

    ReplyDelete
  13. maknanya abby kena lah ckp baik2 pasal memey kan.kalau dihasutnya pemikiran budak tu.mst dorg bad thinking kan.

    ReplyDelete
  14. Aku mmg tidak menggemari sgt2 pasangan ini...!

    ReplyDelete
  15. citer pasal ibu tiri ni sebenarnya depends on situation laa kak tapi mayb sebab kita banyak disajikan kat tv yang ibu tiri ni selalu jahat sbb tu mentality org terhadap ibu tiri selalunya jahat..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  16. masa kecik2 dulu cukup, bila kitorang bergaduh adik beradik, mesti dimomok2kan dgn mak tiri..takut gilerr..padahal ada jer mak tiri yg baik2..

    ReplyDelete
  17. shera sampai sekarang tak makan kerang sebab dulu masa kecik2 ada orang cakap nanti bila makan kerang, kerang tu hidup dalam badan.. pdhl dia gurau2 je...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …