Skip to main content

Tanggungjawab pada kiri,kanan,depan dan belakang

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
perut dah kenyang kan...??
Pagi2 ni bila online je kompem cari berita2 dulu..kan??
kalau tak rasa otak ni beku je..

cuba tengok berita hari ni...
ada yang pasal kemalangan meragut 9 nyawa tu..
ngeri nya bila tengok kereta hancur macam tu..
kereta pun boleh hancur apatah lagi orang..

Bila nak raya je
kemalangan menjadi2 kan??
memang time bukan perayaan pun ada kemalangan
tapi tak banyak macam musim nak raya ni..

kalau orang2 tua dulu ada pesan..kan??
jangan seronok sangat..nanti menangis..
mungkin ada kena mengena jugak la
dalam kes kemalangan musim perayaan ni..
hati berbunga2 je nak raya..kan??
seronok nak pi shopping,
seronok nak pi berbuka puasa..
last2 jadi gitu...

malang tak berbau..nak seronok tu boleh..
cuma kena lebih berhati2...kita je berhati2 tapi
orang lain tak berhati2 tak boleh jugak..
sebab tu kat atas jalan ni setiap pemandu
kena ada rasa tanggungjawab terhadap nyawa orang lain..
jangan pikir pasal nyawa orang dalam kereta kita je..
nyawa dalam kereta kiri kanan depan dan belakang kita
pun kita kena bertanggungjawab...

sekian....



Comments

  1. betul tu kak... shera pun kadangkala tak faham... kita dah cuba sebaik mungkin berhati - hati tapi ada juga orang yang tak sayang nyawa... ada sesetengah tu yang suka tunjuk hebat kat jalan raya... kalau buat jalan raya tu macam litar lumba dah biasa juga shera tengok...

    ReplyDelete
  2. malang mmg tak berbau..kat cni dari pantai timur nak ke Kl atau JB..masyaAllah, depa bawak keta cam pecut kat litar..seremmm betoi. kita pya lah nak sopan kat jalan, depa plak..aishh, payah nak cakap~

    ReplyDelete
  3. itulah perkara yg plg dtakuti bla msm perayaan ni...kemalangan dasyat saja...ngeri rasanya bagi kite yg nak balik jauh ni...smg kita semua slmt pulang n kembali ke tmpat kerja..amiin

    ReplyDelete
  4. pergh... seramnya.. 9maut..

    kalau la malang tu ada bau kan bagus..

    semoga perjalanan sy balik kg nanti tiada apa2 berlaku.. sy tanak ar happy2 atas pesawat nanti.. seram woo..

    ReplyDelete
  5. kita dah hati2 tapi orang lain yang cuai dan menyebabkan kita terlibat sama. tu yang paling ngeri dan takut =_=

    ReplyDelete
  6. betul.. berhati-hatilah..

    tapi.. saya tak sabar juga nak balik.. hehehe...

    ReplyDelete
  7. kesimpulannya semua orang ada tanggungjawab terhadap diri dan orang lain, sepakat membawa berkat, berkat insyaAllah selamat;) hehe.

    ReplyDelete
  8. bila drive jangan pentingkan diri saja..kena fikir orang lain jugak..lagipun jalanraya tu bukannya bapak kita yg punya..orang lain pun nak hidup juge..

    ReplyDelete
  9. itulah, berhati-hati di jalan raya, tanggungjawab bersama. Kalau sebahagian saja yang berhati2, yang lain tak kisah pasal nyawa mereka, akan mengakibatkan yang berhati2 ni pun terpalit sama....

    Memandu biar berhemah, ingatlah orang di rumah kan...

    ReplyDelete
  10. hurmm tu lah .. papepong naik kenderaan jgn lupe baca doa .. mudahn di berkati NYA ^^

    ReplyDelete
  11. tau x pe.... sakit hati dengan pemandu2 kat KL ni.... lagi2 kalau time balik kije... masing2 pentingkan diri... masing2 nak berebut balik umah nak berbuka... sudahnya, hari2 ambulan ulang alik.... hari2 nampak kereta berlanggar... tapi still x ambil pengajaran.... manusia.. manusia...

    ReplyDelete
  12. cam sinonim kan...musim raya ngan kemalangan...
    take care yer kak...

    ReplyDelete
  13. tu lah kak,rara pun nk drive balik ipoh ni takut gak kak.drive slow2 lah nt.

    ReplyDelete
  14. hati hati ye kak

    doa tu elok ikut bahasa arab.tapi kalo dah tak reti sgt..bahasa melayu pon jalan..lagi la kita layyannn...doa dalam semayang afdhal arab la..kalo tak.baca dalam hati je..

    ReplyDelete
  15. mmg takutkan..

    kita sudah hati2..berhemah dan bertanggungjwb bawa kereta..tapi org lain beloum tentu..

    byk kes tu sb xlepas potong..kete depan jadi mangsa..potong dabel line..bw laju..org yg kat depan jadi mangsa..kalu org yg suka langgar pertauran ni eksiden sorang2 xpe..ni menyusahkan org lain..

    minta kita semua dijauhkan dr malapetaka ini dan selamat balik kg dan blik rumah sdiri dgn selamat..

    ReplyDelete
  16. tapi yg sedinya bila kita dah berhati2 tp dek kerana kecuaian org lain, kita yg menjadi mangsa..
    sedih kan

    ReplyDelete
  17. sangat mengerikan..teringat kemalangan membabitkan bas ekspress

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …