Sunday, 28 August 2011

PANDUAN BERKAITAN TAYAR KENDERAAN.

Assalamualaikum...

KUALA LUMPUR: Hasrat seorang gadis berusia 19
tahun memakai baju baru pada Aidilfitri berkecai apabila
mangsa terbunuh selepas tercampak dari
jejambat setinggi 10 meter berhampiran susur masuk
Jalan Bellamy ke Jalan Istana, di sini, petang semalam....

Baca seterusnya kat sini...

Ngerinya berita dalam suratkhabar pagi ni..
Al-fatihah untuk mangsa kemalangan.
malang tak berbau..
kadang2 kita dah berhati2 pun tetap kena jugak...

pagi ni nak kongsikan dengan korang
panduan tentang tayar kenderaan kita
sebelum kita memulakan perjalanan..
1)Permukaan tayar
Ia adalah bahagian utama tayar iaitu permukaan
atasnya yang menyentuh permukaan jalan raya.
Permukaan atasnya adalah bahagian kenderaan yang
perlu memikul bebanan sehingga 50% berat keseluruhan kenderaan.

2)ketebalan tayar
Ketebalan tayar memainkan peranan penting
dalam menjamin keselamatan pengguna di jalan raya.
Ia kerana permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalan
raya dapat menjamin cengkaman pada jalan raya.
Pada masa sama, tekanan angin tayar perlu konsisten
pada bacaan yang ditetapkan. Ia dapat memastikan jarak lebihan apabila kenderaan dibrek.

3)tayar belakang
Ia adalah bahagian yang tidak mempunyai hubungan
secara langsung dengan stereng kenderaan.
Oleh demikian, tindak balas yang ditunjukkan
tayar belakang sukar diramalkan khususnya dalam situasi mengejut.


4)keseimbangan
Tayar yang seimbang dapat menggelakkan
getah permukaannya cepat haus.
Ia berperanan memastikan berat kenderaan diagihkan
secara seimbang menerusi keempat-empat tayarnya.
Selain itu, ia mengurangkan gegaran ketika pemanduan
dan seterusnya menjamin keselesaan pengguna.

5)tekanan angin
Ukuran tekanan angin tayar yang tepat memastikan
kawalan kenderaan lebih cekap dan efisien pada setiap masa.

Masalah bunga tayar cepat haus dapat dielakkan
sekiranya tekanan anginnya dititik beratkan.
Tekanan angin tayar yang rendah meningkatkan risiko untuk ia cepat rosak.
Penggunaan angin berlebihan sehingga 20%
memendekkan jangka hayatnya sehingga 10,000 kilometer sejam.

Buat pengetahuan pemilik kenderaan,
tekanan angin yang tepat dapat menjimatkan penggunaan bahan api kenderaan.

6)penutup angin
Penutup angin tayar kenderaan dibangunkan
daripada bahan berasaskan getah. Bahagian
saluran bagi pengisian angin tayar penting dan perlu
dipastikan saluran laluan angin ditutup setiap masa.

7)keselarian tayar
Pastikan tayar dan kenderaan sentiasa
dipasang dalam keadaan selari.
Sekiranya geometri suspensi kenderaan tidak mengikut
ukuran yang ditetapkan, ia akan membahayakan keselamatan pemandu

8)membaiki tayar
langkah pertama yang perlu diambil bagi memperbaiki
kerosakan tayar adalah dengan mendapatkan khidmat profesional.
ia kerana keadaan sebenar bahagian
dalam tayar dan kerosakan pada segmen itu hanya
dapat ditentukan oleh profesional.selain itu proses memperbaiki
tayar perlu menggunakan bahan yang tepat
dimana ketepatan saiz nya jugak penting..



2 comments:

  1. sekang ni tayor kalo guna gas lagi selamat

    ReplyDelete
  2. selagi tak botak selagi tu pakai ...bila sudah terbalik 15 kali baru nak menyesal...budget sangat itu yg selalu berlaku!

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();