Skip to main content

Lagi hujung lagi kalut!

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
Bila online je mesti nak buka blog jugak..
padahal tadi masa mula2 buka lappy ni nak cari resepi buat
kuah satey...heheheh...

Mood raya tu sudah mari..kan??
nak update blog pun asyik nak tulis pasal raya je..
padahal banyak benda lain lagi boleh tulis..
tapi sebab nak raya,itu je la yang ada kat fikiran ni..
aku bukan kata korang..aku kata kat aku sendiri la..:p

bila teringat pasal raya je mula la kalut nak membeli..
ada je nak beli..padahal benda2 tu nak pakai sehari je..
dalam fikiran ni tau nak membeli je..

Sepatutnya bila tiba sepuluh malam terakhir ni
yang kita fikir cuma nak melipat gandakan ibadah..
tapi lain pulak jadinya...bila hal2 lain jadi keutamaan..
sibuk buat kuih la..sibuk jahit langsir la..

Awal2 puasa dulu kemain lagi...terawih sampai 21 rakaat..
tapi hujung2 ni baru masuk 6 rakaat dah berniat nak buat 8 je..
kalut nak buat kuih raya..manik kat baju pun tak habis jahit lagi..

kenapa sepuluh malam yang terakhir ni yang kita kejar??
bukan kah amalan2 sunat ni baik dilakukan secara berterusan
tak kira bulan apa pun dan waktu bila pun..??
sebabnya bulan ni istimewa lebih dari bulan2 lain..
tambah2 disepuluh malam terakhir.

kita ni bukan macam umat terdahulu..
depa dulu jangka hayat umur tu panjang tau..
kita sekarang ni umur 60++ kebanyakan nya dah innalillah..
jadi Nabi Muhammad mengadu la pada Allah..
kenapa umat dia sekarang pendek umur,tak macam orang dulu2..
ada yang sampai beratus2 tahun usianya..
bila umur pendek,nak buat amal ibadat tu tak banyak la..

jadi Allah beri kita sepuluh malam terakhir ni.
dalam sepuluh hari ni Dia suruh kita perbanyak kan amal ibdat.
ganjaran nya pun berlipat2 ganda melebihi
bulan2 yang lain...sepuluh malam terakhir ini
kita tumpukan saja pada amal ibadah..
lakukan dengan ikhlas hati.

sekian...

Comments

  1. sebab tuh la kita kena buat persiapan dari awal kan.

    ReplyDelete
  2. semoga amal ibadat diberkati

    ReplyDelete
  3. boleh je nak tempah baju 2 bulan sebelum raya...tapi kuih kena tunjuk2 lah...jom lipatgandakan ibadat...

    ReplyDelete
  4. kuah sate kak?kuah kacang tu ke?senang je kak.hehe

    ReplyDelete
  5. ni semua sebab kes keje last minit la nih... dulu time awal2 posa x nak sediakan siap2... last terpaksa korban sedikit masa beribadat...

    hehehe...

    ReplyDelete
  6. lagi malam dekat malam terakhir
    nilah ...

    masa tulah bizi shopping..

    masa tulah sakit...

    masa tulah penat yg amat sgt..

    byk betui dugaan nafsu kan :)

    ReplyDelete
  7. raya kali ni saya ala kadar ajo..kureng sihat..

    ReplyDelete
  8. betul tu, 10 malam terakhir ni yg penting.. :)

    ReplyDelete
  9. Ye, sama2 lah kita merebut pahala di 10 malam terakhir nie terutama sekali mendapat malam LailatuQadar

    ReplyDelete
  10. aah mmg lumrah tu kak..sy pn dh jd liat nk pi surau wat tarawikh..adeh~ =.=

    tp mmg otak ni duk pk raya je..dgn mslh kesihatan lg..berkobar2 rs nk abeskan pose =)

    ReplyDelete
  11. walaupun kalut tapi amal ibadat janganlah di lupa..sedih tengok jiran sanggup tidak berpuasa hanya semata2 bersihkan rumah sekeliling..hurmmmmm

    ReplyDelete
  12. setuju sangat tang trawih tu..

    ReplyDelete
  13. sekejap je dah hujung ramadan..

    ReplyDelete
  14. sedih bila ramadhan dah nak berakhir... tahun depan belum tentu kita dapat jumpa lagi...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …