Skip to main content

jangan buat mereka seperti anak-anak kecil.

Assalamualaikum...

Selamat pagi....dah sarapan??hehehe
nk sarapn sorok2 sikit ye cik kak sekalian..

cerita pasal anak la pagi ini..
ramai ibu bapa yang tak suka ada orang lain yang
cuba2 nak ajar mereka menguruskan
hal ehwal anak2..
mereka rasa seperti ibu bapa yang gagal.
betul tak??

"eh!!kurusnya anak awak ni..
bagi makan vitamin la.."

"nanti dah sekolah hantar kat sekolah cina,
skolah cina bagus tau.."

"petang2 cer bawak anak2
ketaman permainan.bagi cergas sikit.."

amboi..semua benda dia nak ajar..
macam mak ayah orang tu tak reti apa pulak.
kalau mak ayah budak tu mintak pandangan kita
boleh la kita nak bagi pendapat..
ni tak..saja2 nak mengajar..
sedangkan benda2 macam tu semua mak ayah
berusaha buat untuk anak2..

bagi makanan yang berkhasiat..
bagi pendidikan yang terbaik..
bagi persekitaran yang baik..
ibu bapa mana yang tak nak anaknya mendapat yang terbaik...??

apa yang aku nak terangkan kat sini..
bagi pendapat bila diminta saja..
kalau setakat berbual2 tu
apa kata bagi cadangan beberapa
pilihan pada dia..

jangan sampai kita menentukan
"itu mesti kamu buat..kalau tak buat
habis la anak kamu.."


sekian...

Comments

  1. betul2 setuju ngan pendapat anda

    ReplyDelete
  2. diorang perasan dah bagus sangat la tu sampai nak ajar orang lain itu ini..macamlah diorang tu bagus sangat didik anak..wekkkk.....hehehe :)

    ReplyDelete
  3. klau dh terlebih mesra ni, kdg2 bila bg nasihat ikut sdap mulut jaa...

    ReplyDelete
  4. hehe...mungkin kdng2 d yg tidak boleh except and rase tak reti jge anak.. and mungkin ad yg tegur untuk kbaikan juga.. depend pada seseorng itu untuk menilai teguran itu bagaimana..

    ReplyDelete
  5. seorang sarjana barat pernah mengingatkan.."jangan kamu berikan pendapat kecuali diminta !.."

    ReplyDelete
  6. klu bg nshat,ank depa xcellent xpa.nie kata ank org kurus,yg ank die melidi tu xda plak nk bg vit.

    ReplyDelete
  7. aah kak.sllu je jumpa org cm ni.mcm lah mak mak ayah kite tak reti.

    ReplyDelete
  8. tu ar ade gak yg perasan bagus
    tu..mmg akan selalu ckp camtu..
    padahal dy pun lebih kurang je..
    grrr..tapi nk ckp boleh..
    tapi biar kene cara tmpt semua..
    cewahh hahaha

    ReplyDelete
  9. sllunya kan org tua2 yg ckp gitu..
    tp nak kata ape2 sat lg kata kuang ajo
    baik diam jek...hahahaha

    tu lah kita mak bapak lebih tau asal anak2...kalo nk bg pendpt tu boleh je..tp dgn cara yg selesa lah kanzzz

    ReplyDelete
  10. setuju! sy kalo jumpe org cm gini, anggukkan aje..malas layan..

    ReplyDelete
  11. itu kompom kerja orang perempuan ...mulut kurang insuran ....keh3

    ReplyDelete
  12. tak pernah lagi terkena dgn orang camtu..
    kita sebagai ibu bapa memang akan ambil berat tentang anak sendiri...

    ReplyDelete
  13. sekali sekala tak pe tapi kalau tiap kali jumpa mcm nak control je memang menjengkelkan.

    ReplyDelete
  14. kalau nak beri nasihat yang berbentuk perkongsian takpe.. tapi kalau yang berbentuk arahan, paksaan, perlian, diselit unsur-unsur berlagak sikit...huuuuu... jaga anak sendiri sudah..hehe..

    ReplyDelete
  15. nasihat yang baik takpe jugak..ini kalau di sertai sindiran memang menyampah la pulak an..

    ReplyDelete
  16. plg tak suka dgr pendapat dr org yg lebih berduit dari kita. nanti dia condemn habis2an apa yg kita buat selama ni tak kena. byr taska murah pon salah. katanya kena byr lebih, biar pengasuh jaga anak kita pon happy....erk! anak sorang kau sanggup bayar lebih. cuba berderet2 tengok!

    ReplyDelete
  17. mungkin niatnya betul tapi cara yang salah.. :D

    ReplyDelete
  18. hehe..mmg x suke kalau makcik2 yg mcm ni..serabot kepale

    ReplyDelete
  19. org yang cakap macam tu tetiba tanpa diminta nmpak cam biadap la sikit. macam mak ayah tu tak reti sgt je jaga anak. tak bagi yang terbaik. mungkin dia ada masalah tak de kete nak gi taman ke, tak de duit nak beli vitamin ke. mana la tau. aih...macam la dia pandai sgt..:P

    ReplyDelete
  20. setuju.....biar kita yang menentukan corak anak kita...orang luar hanya bleh beri pendapat....

    ReplyDelete
  21. mana pendapat yg betul,mgkin kita boleh jadikan teguran positif...mana yg tak baik tu, ketepikan je..

    ReplyDelete
  22. paling tk suka kalau org suruh bg vitamin tu haha..selalu terkena ..adoilah mcm tk reti jaga anak lak..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …