Skip to main content

BLOGGER OTAI MULUT BAU PETAI

Assalamualaikum....

Selamat malam semua..
semakin hari semakin ramai blogger..
macam cendawan tumbuh selepas hujan...
semakin banyak jugak saingan...
itu bagi orang yang nak bersaing dengan orang lain la...
kalau yang nak bersaing dengan diri sendiri
rasanya dia tak kisah pun tentang saingan dari orang lain...

Tapi ada jugak blogger yang tak suka pada saingan yang sihat ni..
lepas tu mula la menghasut orang itu ini

bila ada blogger baru yang mula
mendapat perhatian dia pulak yang risau.
bila blogger baru buat entry pasal tip2 blogging
dikatanya berlagak otai..
dikatanya belagak pandai..

tak cukup dengan itu kata pulak
blogger tu lupa diri
blogger ini tak bersyukur...

Agaknya bagi dia blogger yang lama2 je kot
yang boleh tulis pasal tip2 blogging..
yang boleh cerita pasal traffic dan earning..

jangan lah macam tu...
kamu ada blog..
orang lain pun ada blog..
bukan kah ilmu itu untuk di kongsi..
apa salahnya kalau blogger baru nak tulis
apa yang blogger lama tulis..

tak kan blogger baru nak kena kekal
sebagai "tak tahu apa2 pasal blog"??
sepatutnya bila kita tengok ada blogger baru yang
naik dan mendapat perhatian kita rasa seronok dan berbangga
tapi dia,rasa tercabar pulak...

tercabar ke???atau memang tak suka orang lain berjaya..
nak diri sendiri je yang berjaya ..??tak nak kongsi dengan orang lain??
orang lain kalau berjaya terus di cop
lupa diri dan berlagak otai..

terus terlupa selama ni
apa yang dia canang2 kan...
"saling bantu membantu.."


sekian...

Comments

  1. ilmu yg ada elok di kembang2kan lagi. kalau kita ingat diri kita ni pandai, ada org lain yg lagi pandai. rezeki masing2 atas usaha yg betul kan elok. dengki2 ni tak elok le kan.

    ReplyDelete
  2. Betul tue sis , kita berblogging secara sihat. Saling perlu memerlukan.Kalau ada yang tak tahu kita bantu dan kalau kita sendiri x tahu kita pula minta bantuan pada yang tahu. Nie tak kita nak berkongsi ilmu di kata bangga, x sedari diri .cam ner tue..kadang kalau fikir balik orang jenis macam nie memang x leh pergi jauh sebab apa sebab ada sikap PHD dalam diri.Sepatutnya kita saling support each other tapi bukan menjatuhkan lagi.serius amy sokong 101 % entri akak nie..sebab sokmo ore cakap amy macam tu bila amy buat tutorial atau nak share tips.naik rimas dan lemas dengan orang jenis cam nie...

    ReplyDelete
  3. ilmu yang ada memang patut dikongsi2 tak kan la nk harap kn yang otai je boleh nk sampaikan ilmu yg newbie ni ikut je...mcm xde hak pulak kn newbie ni nk smpai kn ilmu dgn cara die..
    btw nice sharing :D

    ReplyDelete
  4. berblog secara sihat ,mesra dan jgn sombong2.jgn lokek ilmu,itu kan mudah!

    ReplyDelete
  5. ayie xkisah pon otai ker bru yg pntg perkongsian itu pntg.. tidak perlu untuk merasa diri sudah lama itu bgus.. setiap sesuatu itu perlu ad pro and contranyer..

    ReplyDelete
  6. dia igt tips dia sorg ja yg org kena pakai...tips org lain x yah tgk pun x pe...bkan betul pun...

    org mcm nih mau tembak dgn meriam buluh! boom!!!!

    ReplyDelete
  7. betul tuh , kdg2 ada ilmu yang blogger lama tak tau tapi blogger baru tau . ilmu baik dikongsi dari diperam dan jadi pekasam :)

    ReplyDelete
  8. betulkan niat nak blogging dulu. otai tak otai tu cuma terms je. juz blogging dengan aman sudah. tak perlu nak ada politik dalam blog plak.isk2..

    MOHD NASER.com

    ReplyDelete
  9. betul!kita kena lah ada persaingan yang sihat.berkongsi ilmu akan menjadikan kita lbih berilmu..ye dak akak ?? ^_^

    ReplyDelete
  10. yg baru akan jd lama jugak.. Otai tak Otai ilmu tu tidak terhad pada orang lama jer.. kdg2 org baru pun ada ilmu apa salah kongsi. Nak jeles2 tak tentu pasal cop orang berlagak otai tu memang kurang bijak la

    ReplyDelete
  11. ilmu tok disebarkn bukan tok disimpan sorg2...

    *pahala berterusan kalu ilmu terus menerus digunakan....

    ReplyDelete
  12. tu lah kak . Tia pun newbie . bila Tia buat entri pasal tips-tips bagai , takut jugak yang hentam Tia kata berlagak pandai ..

    tapi semua tips yang Tia dapat tu bukan main hentam keromo aje . Tia selidik jugak .. melalui pengalaman pun ada ..

    ReplyDelete
  13. Laagi ramai..laaagi meriah!

    ketinggian ilmu tak mengenal usia..

    ReplyDelete
  14. banyak yg kasi ilmu lagi bagus kan kak :)

    ReplyDelete
  15. n3 kakak diana ini saya fikir adalah respon dari komen Anon yg lalu.. saya tak faham, apa perlu rasa cemburu pada blogger yang lain..teguran yang membina dianggap cacian..pelik lah.. sejak mengikuti blog akak, saya melihat bahawa penulisan akak cukup baik.. dan pandangan yg diberi cukup membina..

    saya hanya blogger picisan..ia kekal begitu...

    ReplyDelete
  16. ape definisi otai tu? den tak rase yg betul otai buat gitu, yang BAJET KONON otai je yang poyo cmtu

    ReplyDelete
  17. blogger baru ni kekadang bawak cara baru yang lebih segor..haa..

    ReplyDelete
  18. tak reti bagi tips tapi suka jek baca tips oranglain =)

    ReplyDelete
  19. kite berkongsi tips, tutorial sebab kite nak berkongsi apa yang kita tahu... sepatutnye x timbul pasai "ko otai, ko aje boleh buat tips"
    ape orang yang baru mula jejak langkah sebagai seorang blogger xleh bekongsi tips dan rasa? hmmm....debatable

    ReplyDelete
  20. biasa la tu.. bila sudah dh ada kt atas, takut la tu orang yang baru dapat menyayangi die kn.. tapi raseny kita sebagai dalam satu komuniti ni xsalah untuk berkongsi sesama kita kn.. :)

    ReplyDelete
  21. walaupn da 2 taun blogging, tp zuan xleh dikonsider blogger otai sbb cetek sgt ilmu blogging ni.. nk share tips pun xde sbb bru2 je dlm ads ni... sblum ni (2 taun lepas) men tulis je pape kat blog.. skrng ni tgk dunia blog makin meriah.. tp kecik ati ngan prangai blogger bru yang sukakn istilah #followmeback, follow kerana blog tu menarik, bkn nk tmbah bilangan follower, dan berlagak ngan kuantiti follower tu :)

    ReplyDelete
  22. kih kih kih.. sangat sokong entri ini ok,..!! terrbaeeekkk..!! kesaian kan kat newbie2 mcm saya nihh,.. nak bersuara sikit ponn dah takot kalau asyik kena sound mcm tuu.

    ahh.. lantak depa lah.. asalkan kita selesa menulis dengan apa yang ada di dalam kepala otak kita nih kan??

    ReplyDelete
  23. Apalah sangat dengan blog ni sampai nak bermusuh-musuh..kalau suka kita singgah x suka ignore kan aje.. buat apa fikir benda2 mcm ni

    ReplyDelete
  24. good, pakcik baru nak bertatih ni..

    ReplyDelete
  25. bagi saya klu ada bloger otai yg nk share sesuatu, bersyukur sgt2 la sbb bloger baru mcm sy meme perlukan tnjk ajr...

    ReplyDelete
  26. klau hepi blogging kn best.. x perlu pikir nk bersaing kn...

    ReplyDelete
  27. setitik dakwat dapat mengubah dunia...

    ReplyDelete
  28. hohohoho..
    Kadang kadang blogger baru nie lagi best dan fresh diorang punya idea..

    ReplyDelete
  29. serkap jarang.. ni mesti melayu kan?? huhu..sebab bangsa lain cemburu or rasa tercabar adalah untuk saingan yang sihat.. hhuhu.. bukan nak menjatuhkan org lain. ilmu yg baik, baik kongsi. buat apa la nak dengki2. rezeki tu tuhan yang bagi.. alahaiii.. :)

    ReplyDelete
  30. bersatu teguh,bercerai roboh..ceeeewah http://www.geekintherainbow.blogspot.com/

    ReplyDelete
  31. Saya blogger baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. :D

    UPDATE: Hah! Memang betul la tu!!!

    ReplyDelete
  32. bukan dlm dunia blog je kak diana...

    bila kat dunia realiti pun sama, bilamana yg muda cuba menegur yg tua...walau itu ilmu Allah tapi direnyuk dan dibuang lg artikel itu :(

    ReplyDelete
  33. sambal petai.. lama tidak memakan kan kan?

    ReplyDelete
  34. ilmu itu bkn milik sesiapa.. takyah nk kedekut sgt.. hak cipta hanyalah milik Allah..

    ReplyDelete
  35. biarkan jer..kita jer yang banyak sangat nak amik tau.biarkan ia berjalan dengan sendirinya.

    ReplyDelete
  36. Woooooi aku setuju la.Jadi yang baru macam saya ni bak bergabung supaya blogger Malaysia ni di sengani di mata dunia sebagai blogger no 1. Bukan khayalan sekarang aku pun dah jadi otai tapi bukan otai blogger otai forex aje.Sekarang ni aku nak tumpu pada blog pulak betul ke boleh dapat income ni blog yang aku buat semua canggih kalah korang punya tapi tak dapat duit pun hehheeee.jgn marah hah Bergabungla di Blogger Malaysia

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …