Skip to main content

Bila Lelaki Membeli belah..

Assalamualaikum....

Petang ni kita shopping...
aku dengan maisara dah habis shopping..
suami aku je yang tak shopping2 lagi..
heheh..jadi hari ni nak pi beli baju raya,
seluar raya,kasut raya dia la..:p

Orang lelaki bila memilih pakaian lebih lama dari perempuan..
kalau kita,tengok cantik,ada saiz terus je ambik...
berbeza dengan lelaki...depa ni kalau beli barang,
contohnya kasut la...dia pegang sepasang kasut,
lama di tengok kasut tu..
tak tau la apa yang lama sangat dia tenung..

mungkin dia berharap renungan dia tu
bakal mengubah harga kasut tersebut..hahahah

korang setuju tak dengan pendapat aku ni??
bila keluar beli barang orang lelaki ni
rasa merekah tumit2 kita ni..
nak beli 1,2 barang je tapi masuk sepuluh kedai..
dah masuk sepuluh kedai tu last2 dia
patah balik masuk kedai yang kedua dia masuk tadi..
haruuuuu!!!

jadi hari ni aku kena kuatkan semangat
dan banyak2 bersabar...
ekekekekek...


sekian...

Comments

  1. sy sebagai lelaki pakai kutip je. xmemilih sangat..hehe

    ReplyDelete
  2. mmg itu lah hakikatnya kak diana...huhuuu

    ReplyDelete
  3. Kakcik pun penat kalau ikut suami shopping!

    Sedih - hari itu kakcik beli dua helai seluar, rasanya dah ngam. Tapi sekarang seluar itu longgar sangat!

    ReplyDelete
  4. hubby saya tak macam tu. kadang2 masuk satu kedai pun dah beli. langsung tak memilih.
    saya pulak yang jenis cerewet, masuk sepuluh kedai pun ada harapan balik tangan kosong gak:)

    ReplyDelete
  5. SETUJU..Suami kita cam gitulah gayanya..penat menunggu. Beli baju kerja dan seluar kerja punyalah cerewet, lagilah baju raya..

    ReplyDelete
  6. ye ke kak??haha....lelaki yang mish kenal lain pulak...main rembat je. tapi baju2 yang dorang beli tu memang branded habes la. macam kita perempuan tak kisah brand camane asalkan patern tu kena ngn selera kan.

    ReplyDelete
  7. ye ke kak??haha....lelaki yang mish kenal lain pulak...main rembat je. tapi baju2 yang dorang beli tu memang branded habes la. macam kita perempuan tak kisah brand camane asalkan patern tu kena ngn selera kan.

    ReplyDelete
  8. tapi laki ema suka gie beli brg sendri..tk bawa isteri... ptg ni nak cari baju anak..rasanya dalm sejam dah setel kot...hehehe

    ReplyDelete
  9. yup! sgt setuju! klu asben ajak soping mmg kena kuatkan mental dan fizikal utk thn sakit kaki and karenah beliau..haha cara asben sy soping pn mcm asben akak gak..pusing 88 kali tpt sama gak..pehtu br bli =P

    ReplyDelete
  10. kak liza tak ikut kalau hubby shopping.. cerewet mengalahkan pompuan. naik geram pulak.

    ReplyDelete
  11. betul kak.setuju sgt.tunang rara mcm tu lah jugak.haih.

    ReplyDelete
  12. itu pandangan bagi org ppuan.. kalo bg lelaki dia kate ppuan punye mmbeli belah 2-3 kali ganda dr org lelaki.. hehe...

    ReplyDelete
  13. hai diana...

    gitulah orang lelaki ni
    lebih cerewet dari kita

    selalunya kak ati dan anak2
    sampai melepek dlm tempat
    tukar baju tau..huhu

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Diana

    dia seorang yg berhati hati...
    Wassalam

    ReplyDelete
  15. haha.. sy adalah antara lelaki yg mcm tu.. tpi perempuan lbih kurg je kot.. hehe.. ;-)

    ReplyDelete
  16. sgt2 betul! Suami saya kalo pilih brg punyalah lama belek, tanya mcm2 kat sales tu, try lg..ujung2 tak jd beli. Biasanya saya cari tmpt duduk@sandar sbb lenguh kaki round sana sini cari brg dia je!

    Tak temankan sian plak, dh laki kita kan..

    ReplyDelete
  17. tak memilih aishh..janji sedap mata je..

    ReplyDelete
  18. sokong2... sebab adik lelaki shera pun macam tu... cerewet ya amat...

    ReplyDelete
  19. jaaaarang sopink dgn org lelaki..
    nak2 lagi soping under..under..tu..hihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …