Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

SEBENAR-BENARNYA TAUBAT..

Assalamualaikum...

Nabi Muhammad s.a.w bersabda....

"Barangsiapa bertaubat, tapi ia tidak mempelajari ilmu
(haus akan ilmu pengetahuan dan kebenaran) maka dia bukanlah orang yang bertaubat.

Barangsiapa bertaubat, sedang ia tidak bertambah tekun
ibadahnya, maka dia bukanlah orang bertaubat.

Barangsiapa bertaubat, sedang ia tidak membuat musuh-musuhnya rela,
maka dia bukanlah orang bertaubat.

Barangsiapa bertaubat, sedang ia tidak mengubah pakaian dan perhiasannya,
maka dia bukanlah orang bertaubat.

Barangsiapa bertaubat, sedang ia tidak mengganti teman-temannya (yang memberinya pengaruh buruk)
maka dia bukanlah orang bertaubat.

Barangsiapa bertaubat, sedang ia tidak mengubah akhlaknya,
maka dia bukanlah orang bertaubat.

Barangsiapa bertaubat, sedang ia tidak melipat tilam dan tikarnya (tidak suka bangun malam)
maka dia bukanlah orang bertaubat.

Barangsiapa bertaubat, sedang ia tidak menyedekahkan kelebihannya,
maka dia bukanlah orang bertaubat."

Maka apabila kelakuan2 ini tela…

Nasihat Lukman Al-Hakim kepada anaknya...

Assalamualaikum...

Satu hari Lukman Al-hakim ditanya oleh anaknya...
"apakah sebaik2 perangai manusia..?"

Lukman:Agama..

Si anak:kalau perangai itu ada dua?

Lukman:Agama dan harta

Si anak:kalau tiga?

Lukman:Agama,harta dan malu

Si anak:kalau empat..?

Lukman:agama,harta,malu dan budi pekerti yang baik...

Si anak.:kalau perangai itu lima..?

Lukman:agama,harta,malu,budi pekerti yang baik dan pemurah

Si anak:bagaimana kalau perangai itu enam..?

Lukman:Wahai anak kesayangan ku..
kalau lima perangai itu berkumpul pada seseorang,
maka dia adalah seorang yang suci,
terpelihara (takwa kepada Allah) dan dilindungi Allah s.w.t daripada syaitan..

sekian...

lirik lagu RAPUH - Opick

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Sadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku harap hanya
DiriMu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu Semua berakhir padaMu

KUPOHON KEMAAFAN DARIMU...

Assalamualaikum..
Dihari yang mulia ni aku nak memohon kemaafan dari korang semua sama ada yang baru kenal blog aku, pembaca setia atau pun sesiapa saja yang pernah terguris rasa dengan setiap yang aku coretkan didalam blog ini..
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin semoga lebaran kali ini membuka ruang untuk kita lebih mengeratkan silaturrahim yang sedia terjalin tanpa sengketa dan sakit hati..
Setulus hati juga aku hapuskan segala amarah dan sakit hati yang mungkin secara sedar atau tidak datangnya dari korang. tak de lagi tercalit walau sedikit dendam dan rasa marah.dan aku harap kemaafan dari korang jugak..
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...:)
sekian...

sekilas ilmu..

HIDUP BUKAN UNTUK MEMBUNUH

Assalamualaikum...

Suatu hari Ibrahim Bin Adnan ,raja negeri Balkh pergi berburu dengan pengikut-pengikutnya.ketika mengejar seekor rusa yang cantik dia terpisah dari pengikut2 nya lalu sesat didalam hutan..disitu dia terdengar satu suara.."ibrahim...jaga lah sebelum nyawa mu bercerai dari badan.."

Suara itu kedengaran berulang-ulang.ibrahim berasa takut dan rebah pengsan.apabila sedar semula dilihatnya rusa itu ada berhampiran nya.lantas dia bangun dan terus memanah rusa tersebut.

Belum sempat dia melepaskan anak panah,tiba2 rusa tersebut menghampirinya dan berkata.."aku hendak memburumu..bukan aku yang kau buru..engkau tidak boleh mebunuh aku dan yang lain2..adakah Allah menjadikan kamu untuk apa yang engkau lakukan ini?tidakkah ada pekerjaan lain untuk engkau lakukan??

kata2 rusa tersebut dapat didengari oleh pengikut2 ibrahim.mereka mula berasa takut.iman mula bertambah tebal dan airmata penyesalan mengalir membasahi pakaian ibrahim.dia terus bertaubat ,terasa sela…

KEK LAPIS MASAM MANIS VERSI KUKUS

Assalamualaikum

Hari raya ni ada yang nak buat kek Lapis Masam manis versi Kukus ??
ni ada resepi yang sedap dan mudah nak buat..
kek lapis masam manis versi kukus ni ..
saya ambil resepi ni di facebook..
terima kasih pada yang berkongsi..

Saya memang tak pernah buat kek kukus sebab tak pandai mengukus.
Bila kukus je mesti macam tak naik kek nya.
Kek terus jadi bingka.hahha.
Tapi tengok Resepi Kek Masam Manis Versi Kukus ni rasa tertarik nak cuba.
Korang jangan lupa cuba resepi yang mudah ni..

Bahan2:

1 1/2 cawan biskut cream cracker (diblend halus)
1 cawan mentega
3/4 cawan gula halus
1/2 tin susu pekat
5 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
pewarna - hijau, merah dan kuning
hawflakes secukupnya..

cara2nya :

1. Pukul gula dan telur hingga kembang dlm 1 bekas.
2. Pukul susu pekat dan mentega dlm bekas lain.
3. Campurkan adunan 1 dan 2.Pukul lagi.
4. Masukkan biskut, esen vanilla dan baking powder.Sebatikan.
5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian.Warnakan.
6.Alas loyang dgn kertas.Kukus se…

MANUSIA YANG DITERTAWAKAN SYAITAN...

Assalamualaikum....

Seorang hakim berkata....

siapa yang mengaku 3 perkara dibawah,maka dia ditertawakan syaitan...

*siapa yang mengaku dapat merasa manisnya taat padahal dia cinta pada dunia.

*siapa yang mengaku reda pada Allah s.w.t padahal dia tidak membenci hawa nafsunya

*siapa yang mengaku ikhlas padahal dia ingin dipuji orang..

fikir2 kan lah...
adakah kita manusia yang sedang ditertawakan oleh syaitan....


sekian...

PANDUAN BERKAITAN TAYAR KENDERAAN.

Assalamualaikum...
KUALA LUMPUR: Hasrat seorang gadis berusia 19 tahun memakai baju baru pada Aidilfitri berkecai apabila mangsa terbunuh selepas tercampak dari jejambat setinggi 10 meter berhampiran susur masuk Jalan Bellamy ke Jalan Istana, di sini, petang semalam....
Baca seterusnya kat sini...
Ngerinya berita dalam suratkhabar pagi ni.. Al-fatihah untuk mangsa kemalangan. malang tak berbau.. kadang2 kita dah berhati2 pun tetap kena jugak...
pagi ni nak kongsikan dengan korang panduan tentang tayar kenderaan kita sebelum kita memulakan perjalanan.. 1)Permukaan tayarIa adalah bahagian utama tayar iaitu permukaan atasnya yang menyentuh permukaan jalan raya. Permukaan atasnya adalah bahagian kenderaan yang perlu memikul bebanan sehingga 50% berat keseluruhan kenderaan.
2)ketebalan tayar Ketebalan tayar memainkan peranan penting dalam menjamin keselamatan pengguna di jalan raya. Ia kerana permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalan raya dapat menjamin cengkaman pada jalan raya. Pada masa sama, …

Hari raya pun nak berblog jugak ke??

Assalamualaikum....
Ingat kan malas dah nak update entry baru bila nak dekat2 raya ni.. tapi dah tak de benda nak buat update je la walau cerita entah apa2 pun.. hahahahh....
lagipun ramai la yang dah tak update blog. bloglist aku pun dah macam mati dah.. 5 jam sekali baru nampak update baru. tak seronok tau... tapi dah dasar blogger ketegaq jadi aku tetap nak update... rasa tak best tau bila blog aku tak aktif sedangkan aku bukan buat apa pun kat umah...
Raya nanti pun aku tetap nak update entry baru jugak... alah..bukan susah pun.. buat je la auto publish.. auto publish je tau.. bukan autoblogwalking.. heheheheh...
tapi ada ke orang yang nak baca entry aku dihari raya yang indah itu??? sapa la yang rajin sangt sampai ' hari raya pun nak hadap blog??
tapi kalau orang tu jenis tak bersosial dan tak de semangat raya mungkin dia akan buka blog dan bw ..kan?? heheheheh...
jadi entry2 aku sepanjang bercuti raya nanti khas untuk blogger2 yang tak bersosial dan tak de semangat raya...
hahahahah

sekian...

NOK TIANG GOL!!

heheheh..

betul ke kamu sedih ramadhan dah nak berakhir??

Assalamuaalikum...
Selamat pagi... hari sabtu...dah hujung2 puasa dan semakin dekat dengan raya.. hari ni mesti ramai yang tak berblog dah sebab memasing sibuk nak balik kampung la.. nak pi cari buluh la..nak cari daun palas..kan??? aku je yang masih sabar menanti esok.. sebab esok baru nak bertolak balik ke Beruas..
Insyaallah.. raya hari selasa..kan??? maknanya ada 2hari lagi nak puasa. banyak status aku tengok kat facebook ala2 gini.. "sedihnya nak tinggalkan ramadhan.."
kenapa sedih??itu soalan dari sorang rakan aku. jadi aku terangkan kat dia "dia sedih la sebab bulan ni la dia nak nak buat banyak pahala..bulan lain tak dapat ganjaran banyak macam bulan ni.."
kawan aku balas.. "ye ke??bukan dia sedih sebab tak dapat pi bazar ramadhan.. tak dapat bersembang2 dengan kawan sambil makan moreh kat masjid..atau dia sedih sebab tak de sale kat shopping2 kompleks..dan mungkin dia sedih sebab tak dapat makan makanan kegemaran dia yang cuma ada dibulan puasa.."
"kebiasan nya …

Asal nama NABI NUH..

Assalamualaikum...
Mungkin korang dah tau citer ni.saje aku nak bagitau lagi..hehe.korang tau tak nape Nabi Nuh tu di panggil Nuh.nama asal Nabi Nuh a.s bukanye Nuh tapi suatu nama lain yang tak banyak di ketahui.walaupun allh s.w.t sebut nama nuh dalam al-quran.

dalam bahasa arab makna nuh ialah raungan atau tangisan yang berterusan.mengapa Nabi Allah itu di panggil Nuh?ada kisah yang menarik dan menjadi contoh yang amat berguna untuk umat manusia sebeno nye..

mula nye macam ni..pada satu hari ade la sekor anjing lalu depan Nabi Nuh.rupa anjing tu sangat ganjil.muka nye tak macam anjing2 yang biase kita tgk ni.dia ade mata 4,dan itu lah yang buat Nabi Nuh dan orang2 sekeliling tertarik dengan anjing tu..dia pun suruh la anjing tu berhenti kat depan dia.dengan agak kehairannan,dia pun tanye la anjing tu..

"wahai anjing,aku lihat muka kau ni begitu hodoh.mata engkau empat.tak macam anjing-anjing yang lain.kenape jadi begini?"
anjing itu pun jawab le..

"kau tanya lah siapa yang…

3 perkara yang lelaki paling tak suke!

Assalamualaikum...
suami korang,orangnye bagaimana?wah..!sukehati aku je tanye pasal laki orang..garang ke?pendiam ke?gedik ke?
seperkara yang kita perlu tau dia orang ni kalau marah,boleh hilang kawalan diri.
tu yang jadi kes simbah asid,pijak perut..macam2 lagi la.dia orang boleh bertukar menjadi ganas..aaaaauuummmm!
kalau tengok selama ni dia diam je..tapi sekali dia marah boleh gugur rambut2 kita ni.hahha..
sebenar nye orang lelaki ni dia lebih sabar dari orang pompuan.cuma bile kesabaran dia hilang tu yang dia macam bengong tetibe..
ade tiga benda yang boleh buat orang lelaki hilang sabar..pertama nye ialah kecurangan kita yang nyata.sebenar nye sape2 pun tak suke di curangi.bagi lelaki isteri yang curang memang tak boleh di maafi.kalau setakat kekasih pun dia tak suke ni kan pulak dah jadi bini..jadi jangan cube2 nak curang wahai para isteri..berdosa besaq tu..
perkara ke dua yang paling lelaki tak suke ialah di cabar.bile kita bergaduh dengan suami jangan sesekali kita mencabar dia.bi…

Hari raya tak nak la mesra2 sangat kalau....

Assalamuaaikum...
Selamat hari jumaat semua... apa kabar????tak nak sakit2 ye... kita nak raya ni.. yang sakit2 tu banyak kan berehat..makan ubat...
yang sihat2 pulak jaga kesihatan sebaik mungkin.. tak nak la hari raya nanti kita batuk sana batuk sini,selsema la..demam la.. orang nak bersembang dengan kita pun takut... takut berjangkit...
Lepas raya nanti semesti lah ramai yang sakit2... itu lah yang terjadi setiap tahun lepas raya.. Disalahkan ketupat la.. salahkan lemang la... padahal diri sendiri yang makan tak ingat dunia... macam la raya tu sehari je..
Bila berkunjung pulak dengan semua orang dia nak bersalam... tak salah la nak bersalam.. tapi bila kita selsema atau batuk kesihatan orang lain tu kita kena jaga la.. jangan nak sebar2kan virus pulak.. selsema dan batuk ni lebih mudah berjangkit berbanding penyakit AIDS tau..
yang ada anak pun bila dah berkumpul sama2 sepupu,anak sedara,mak sedara, mesti ada sorang dua yang ada selsema berhingus memanjang.. kita kena bersiap sedia semua tu.. kerap2 bas…

Bunga api,mercun dulu dan sekarang

Assalamualaikum....
Selamat pagi semua... hari ni start la sibuk kita ye.. esok lusa nak balik kampung dah.. jadi segala urusan kat bandar ni kena selesaikan secepat mungkin.. harap2 dipermudahkan segala urusan korang..
nak cerita pasal mercun... boleh kata tetiap tahun ada je tangan yang hancur akibat main mercun.. kebanyakan nya dari mercun boladan meriam buatan sendiri..
seingat aku mercun bola ni masa aku kecik2 dulu tak de lagi.. masa tu dalam tahun 80 an.. masuk hujung2 tahun 90 an baru aku nampak ada orang main mercun bola ni..
kalau zaman aku, mercun papan je yang popular.. mercun papan tu ada yang besar ada yang kecik.. tapi tak de pulak yang meletup makan tangan
meriam buatan sendiri pulak masa aku kecik dulu tu memang banyak la..tapi tak pernah dengar ada orang kampung aku hancur tangan sebab main meriam buatan sendiri...
mak aku kata..
"orang dulu buat meriam ikut cara yang betul.. tak dak macam sekarang ni.. tak dak kemahiran tapi nak buat meriam.. sebab tu sekarang ramai yang tangan hil…

komen kau banyak bukan sebab entry kau best .tapi...

Assalamualaikum...

Korang rasakan... blog kita banyak komen pasal apa??? pasal entry kita menarik atau pasal kita banyak komen kat blog orang...
Kan selalu ada tip nak dapatkan komen yang banyak ialah dengan rajin mengomen kat blog orang.. cer kalau korang tak komen kat blog orang... tapi korang sekadar bw je kat shoutbox dia.. baca entry tapi jangan komen. agak2 banyak tak komen kat entry korang tu.. ayat pening!hehehhe
tapi kan nak pesan ni... blogger baru sebaiknya korang kena rajin komen2 tau.. sebab dari situ la korang nak 'dapat pembaca setia ataupun pengkomen setia..
bila dah popular meletup2 nanti entry korang yang cerita merepek2 pun mesti banyak komen walaupun korang tak pi mengkomen pun..
Diaorang bukan setakat komen entry mengarut korang je.. kalau kena hentam korang ada backup2 yang sentiasa mengipas korang.. itu lah pentingnya rajin komen ni..

sekian...

lain kali jangan tanya dah ye.

Assalamualaikum...
Seminggu lepas...
"ni la wajah baru blog saya... kalau ada apa2 cadangan untuk ringan kan blog ni bagitau la..ye.. ada yang rasa tak bekenan sila la bagi pendapat.."

kemudian ramai la yang komen...

Joni Jonensaid...
bla bla..bla..
..tak payah la letak salji2 ni.bla..bla..bla..

________________________

Mas jokosaid..
bla...bla..letak la scroll dalam bloglist dan
blogarchive..bla..bla...lalalala..


________________________

Noh Hujansaid..
gunakan font yang lebih mudah
dan jelas..bla..bla..bla..

__________________________

Hari ni..
masuk blog dia..
masih lagi macam tu..
tak de apa2 perubahan pun..

lain kali kalau tak nak berubah jangan
tanya pendpat orang tau..
apa tujuan tanya pendapat orang entah la..

nak kata tak buka blog,
hari2 update entry baru..
pelik la..

sekian....

Tukang sampai...

Assalamualaikum...
Selamat berpuasa semua.. masih kuat untuk menempuh hari ini..?? alah..sapa yang merungut tak tahan tu memang tak hebat la.. dah hujung2 posa pun dok lapar2 lagi.. macam tak dapat nak biasakan diri pulak.. lagipun hujan ni..sejuk2 macam ni kurang rasa letih nya..
Ok..meh nak cerita pasal tukang sampai.. tak tahu la apa seronoknya menyampai2 cerita ni.. dia dengar A mengata si B. laju je dia pi sampaikan kat B.. apa dia dapat dok sampai2 cerita tu entah la.. mungkin dia suka suasana makin hangat sampai ada yang tarik2 rambut..kan??
Ataupun dia nak tunjuk hero... nak tunjuk dia prihatin dengan nasib si B.. konon nye..padahal bila dia menyampai2 gitu akan bikin hati orang makin panas membara..
Bukan setakat sampai kan je.. siap tambah2 lagi cerita bagi sedap dan garing...
"nak tau tak,dia tu kata kat hang... bla..bla..bla..."
kalau ada orang mengata aku.. aku tak suka ada pihak lain yang mai mengadu kata ada orang mengumpat aku... bukan tak suka kat tukang umpat tu ja.. tapi kat tukan…

MAISARA::Bintang

Assalamualaikum....
Selamat pagi semua... lagi 4 hari kan nak raya??
Cerita raya lagi...?? tak nak la..kita cerita pasal lain...pasal maisara. maisara tak bangun tidur lagi time ni.. nak tidur punya la susah.. bila dh tidur susah nak bangun pulak... tambah sejuk2 macam ni lagi la dia syok melayan mata.
bila dia lambat bangun rasa sunyi je rumah ni.. rasa nak kejut je dia bangunn. tapi kalau dia bangun kang mulut dia tak berenti2 bercakap aku pulak yang pening..hahhah...
kalau mandi kan dia macam ada sepuluh orang dalam bilik air.. padahal mulut dia je yang berbunyi.. teringat masa mandikan dia petang semalam..
Maisara:ibu..nanti kita beli ubat gigi oren nak tak?
Ibu:ubat gigi ni kan ada lagi..buat apa nak beli lagi..
maisara:bukan untuk saya.untuk ibu la..
Ibu:ibu tak berminat..
Maisara:eh!!kita ni bukan peminat la ibu..kita ni BINTANG.
Ibu:Bintang apa nyeee???
maisara:bintang yang berbakat.saya nak berada dalam newspaper..
apa2 je la maisara oi.. pening bercakap dengan hang!


sekian...

saya bertudung sebab....

Assalamualaikum...
Selamat pagi semua... kenapa kita orang perempuan pakai tudung??
~tak nak kena cahaya matahari..panas! ~rambut gugur.. ~takut rambut kena habuk.. ~nak nampak comel.. ~kekasih/suami suruh ~takut rambut kena cat(bodohnya alasan artis tu) ~ikut fesyen,...
Korang pilih la yang mana satu jawapan korang.. tanya dalam diri apa sebab utama yang buat korang bertudung.. kalau salah satu jawapan nya ada kat atas bertaubat la sebelum terlambat...
sekian...

lelaki bujang dan kuih raya..

Assalamualaikum....

Selamat pagi sayang...
itu lirik lagu yang aku dengar kat radio tadi..
lagu tu Norkumalasari nyanyi kalau tak salah...

Pagi ni nak cari resepi nak buat biskut raya..
nak buat tengah hari nanti la..
cari biskut yang mudah2 je...
aku ni bukan reti sangat buat2 biskut ni..
kang tak jadi membazir je..
jadi kena cari resepi2 mudah saja..

kalau korang yang bujang2 ni
bila balik kampung nak raya beli kuih untuk
bawak balik kampung tak??
nak buat mungkin tak sempat..kan??kerja..
jadi beli je dan bawak balik ke kampung...

maksud aku yang lelaki tu..ada beli tak??
ke tak pikir langsung pasal nak bawak balik kuih raya??
balik kampung kena beli jugak la
satu dua jenis..
orang kampung pun nak merasa gak
kuih dari bandar ni...
maklum la..kuih bandar mesti nampak moden2 sikit..kan??
tat nenas pun sekarang ada yang bentuk
dah macam2...

Bila orang datang umah
mak kita pun mesti kata...
"tu kuih si mail bawak balik dari kolompo..."
"rasa la kuih dari kolompo ni.."…

TOLONG REVIEW BLOG SAYA

STICKY POST!!!!!
ENTRY BARU DIBAWAH POST INI...





Sapa nak join segmen review blog??
kalau nak join sila ikut syarat2 nye ye...

1)buat satu entry ringkas tajuk "TOLONG REVIEW BLOG SAYA"
2)letak banner kat atas dalam entry.
3)link kan ke ENTRY ni.
4)khas untuk blogger yang ada follower bawah 400
5)tag 2 orang rakan yang follower nya bawah 400 dan pastikan dia tahu dia di tag.
6)tarikh tutup sampai 10/9/2011
7)tinggalkan link entry kat kotak komen di entry ini.


tak payah buat entry panjang2..
review akan bermula 512/9/2011 setiap jam 4 petang
( review dipercepatkan bermula 5/9/2011 disebabkan ramai yang join..)
SENARAI PESERTA..
http://hanyaaku91.blogspot.com

http://bulatitucircle.blogspot.com
http://gilegula.blogspot.com
http://piccioneb-blu.blogspot.com
http://ujieothman.blogspot.com
http://jiwamemberontak.blogspot.com
http://memorikukehidupanku.blogspot.com
http://daffien88.blogspot.com
http://nazhirahmazlan.blogspot.com
http://shafiez-8589.blogspot.com
http://nurulskrip.blogspot.com
http://asyiqin89…

betul ke ada syurga kat situ??

Assalamualaikum....

siapa sekarang tengah rindu kat mak???
kalau duduk jauh2 dari mak
memang terasa la rindunya..kan??
asyik selak kalender je
menghitung hari bila la
nak sampai hari yang ditunggu2 ni..
tak sabar2 nak balik kampung.

Ibu adalah syurga pada kita..
tambah2 kalau anak lelaki..
bila dah kawen ibu tetap
keutamaan dia
selain isteri dan anak2..

syurga itu di telapak kaki ibu..
sebab ungkapan ni
ramai yang ingat syurga tu ada kat
bawah tapak kaki ibu kita.
sampai kan dalam drama2 sedih pilu
kat tv pun tunjuk pelakon tu menyesal
sampai sanggup
cium tapak kaki ibu dia.
(sampai macam tu ye nak menghayati watak..heheh)

tapi kenapa orang kata
syurga di telapak kaki ibu???
itu perumpamaan saja...
makna sebenarnya apa pun yang terjadi
ibu adalah seorang yang harus dimuliakan
dan dihormati oleh anak2nya....
walaupun ibu ada buat salah
kita sebagai anaknya tetap harus hormat dan memuliakan ibu...
sekali ibu terluka dengan sikap kita
tak bau syurga la kita..

kalau ibu kita ada buat sala…

Blogger memilih!

Assalamualaikum...
Ada ke blogger yang memilih??? korang pernah jumpa???
Bila duduk dalam senarai 500 blog2 yang top dia datang la puji kita melambung2.. bila rank turun je pandang kita pun idak??
Itu mungkin cara dia.. bergaul dengan blogger2 yang ada pengaruh dan pembaca setia untuk cungkil2 rahsia berblog.. tapi tak sepatutnya la bila rank jatuh je terus lari. tak mau bertegur sapa dah.. kat situ je dah boleh pertikaikan keikhlasan kamu menjalinkan persahabatan sesama blogger.
lagi satu ada blogger yang tak berminat nak singgah kat blog2 newbie ni.
kita dulu pun pernah jadi newbie kan?? mesti pernah rasa perasaan inginkan blog kita diberi perhatian tu.. jadi jangan la memilih sangat,. tengok blog baru je terus pangkah.. kononnye tak menyumbang traffic yang tinggi.
jom singgah2 blog yang baru2 ni.. blog mereka pun banyak yang bagus... nak tengok senarai blog yang dalam kalangan newbie ni??? apa kata klik sini...
sekian...

Kamu yang kedua..jangan banyak merungut!

Assalamualaikum...
Jangan la merungut... dulu masa kamu ambik dia dari yang pertama, tak kan kamu tak fikir risikonya..
Sekarang kamu jangan nak merungut pulak.. yang pertama tak merungut pun dulu.. dia terima je.. tak kan sekarang kamu tak boleh terima..
kena sedar diri.. kamu tu yang ke dua.. kamu hidup berkongsi.. jadi jangan fikir dia hak kamu sepenuh nya.. cermin2 diri...
kamu ambik hak orang jadi kamu tak boleh buat macam hak sendiri.. dulu kamu ada pilihan tapi kamu ikut kata hati.. jadi sekarang kena terima la semuanya..
jangan sukahati nak salahkan takdir. jodoh pertemuan itu memang takdir.. tapi yang menentukan rentak perjalanan kamu itu adalah diri kamu sendiri..
bermadu itu indah bila kamu jadikan dia indah.. akan jadi buruk bila dalam hati ada rasa dengki dan sakit hati... buang dan kikis sikap buruk itu.. insyaallah..kamu akan lebih tenang..
kamu bagaikan mentimun..dia bagaikan durian.. menggolek pun luka,kena golek pun luka.. jadi baik kamu duduk diam2 je.. lalui ia dengan sabar.
sekian..

Lagi hujung lagi kalut!

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
Bila online je mesti nak buka blog jugak..
padahal tadi masa mula2 buka lappy ni nak cari resepi buat
kuah satey...heheheh...

Mood raya tu sudah mari..kan??
nak update blog pun asyik nak tulis pasal raya je..
padahal banyak benda lain lagi boleh tulis..
tapi sebab nak raya,itu je la yang ada kat fikiran ni..
aku bukan kata korang..aku kata kat aku sendiri la..:p

bila teringat pasal raya je mula la kalut nak membeli..
ada je nak beli..padahal benda2 tu nak pakai sehari je..
dalam fikiran ni tau nak membeli je..

Sepatutnya bila tiba sepuluh malam terakhir ni
yang kita fikir cuma nak melipat gandakan ibadah..
tapi lain pulak jadinya...bila hal2 lain jadi keutamaan..
sibuk buat kuih la..sibuk jahit langsir la..

Awal2 puasa dulu kemain lagi...terawih sampai 21 rakaat..
tapi hujung2 ni baru masuk 6 rakaat dah berniat nak buat 8 je..
kalut nak buat kuih raya..manik kat baju pun tak habis jahit lagi..

kenapa sepuluh malam yang terakhir ni yang kita kej…

kami mai tak mau makan...!

Assalamualaikum....
Entah apasal bila buka blog guna firefox slow melampau2 sangat.. jadi hari ni aku nak guna chrome.. ok je guna chorme..laju je...
Petang ni sebelum bersilat di dapur aku nak cerita pasalduit raya??
wajib ke bagi duit raya ni???

sebenarnya duit raya ni kalau kita mampu
boleh la bagi..tapi kalau kita sendiri pun nak balik
kampung pijam duit kat kawan rasanya tak payah la bagi..

Risau orang kata kedekut???
kebanyakan nya macam tu la..
bagi sebab taknak orang kata kita kedekut.
ada yang bagi duit raya
sebab orang tu bagi duit raya kat anak kita..
jadi tak nak bagi orang tu kecik hati kita pun
bagi la untuk anak dia jugak...

sebenarnya kuih2 yang kita hidangkan
tu pun adalah sedekah kita pada tetamu.
jadi kalau tak bagi duit raya pun
tak payah la rasa bersalah atau malu..

Anak2 kita memang tak paham..
jadi kita sebagai ibu bapa kena bagitau
tujuan sebenar ziarah menziarah tu untuk apa..
Ada anak2 yang datang rumah tapi tak nak makan minum..
alasan:kenyang dah...
nak tunggu …

jangan tangguh-tangguh ye.

Assalamualaikum...

Selamat tengahari...dah siap ke persedian nak menyambut lebaran??? persedian mungkin ambik masa berminggu2.. tapi nak guna tu sehari je.. ekekeekek..
minggu ni dah elok sangat la nak pi servis kereta.. tak kan nak tunggu hujung minggu kot.. nanti tergesa-gesa takut kerja tak sempurna.. jadi baik buat awal2 ni.. bila kerja tak sempurna kesan2 nya pun tak elok..kan??
buat kerja bertangguh ni memang dah sinonim sangat dengan masyarakat malaysia ni.. semua benda nak tunggu hujung2... lepas tu bila hujung2 nya da masalah mula nak salahkan takdir..
banyak faedahnya bila kita uruskan semua perkara awal2 ni.. pertamanya tak payah berebut2... cuba bayangkan kalau servis kereta hujung2 masa semua pi time hujung2 tu.. mau sesak tempat tu..sudahnya masa pun terbuang banyak..
keduanya kita boleh menguruskan duit kita dengan betul.. bila kita buat servis kereta awal2, tetiba kesan kerosakan baru.. sekurang2nya boleh jugak dulukan mana yang patut dan tak patut..

jom servis kereta cepat!!

sekian...


Anak-anak nak raya dia sibuk nak kawen!

Assalamualaikum....
Pagi2 lagi sambil bw aku berceting2 dengan sorang kawan.. dari cerita bab anak2 beralih ke cerita raya.. bila keluar cerita raya,akan keluar jugak la cerita pasal rumahtangga..
Sedih pilu kawan aku tu ngadu katanya raya kali ni tak bermakna bagi dia.. puasa sebulan pun tak terasa laparnya sebab hati terluka lebih terasa dari lapar..
Risik punya risik rupanya suami dia nak tambah cawangan.. tak tahu apa puncanya, anak dah ada 3..isteri tak kerja.. jadi soal terabai tu tak boleh jadi alasan.. tapi suami masih berasa mampu untuk suap mulut ke 5.. padahal selama ni makan dan pakai memang cukup2 saja.. tak de terlebih tak de terkurang..
Jadi si isteri dah berasa lepas ni mungkin ada hal2 yang akan terabai sebab dia paham sangat kemampuan poket suaminya...
teringat masa dia bercinta dengan suami dia dulu selalu dia berbangga punya suami yang kacak.. sudahnya kacak tu la yang makan diri dia.. itu keluar dari mulut dia sendiri tadi.
siapa la yang nak kata suami dia tak kacak..kan??? tapi kalau…

kenapa tak pasang bendera??

Assalamualaikum....

selamat pagi...lepas sahur laju je aku buka blog dan balas jejak kawan2 yang datang blog aku semalam.. semalam aku tak bw pun.. line slow sangat...
Ni baru nak update entry baru.. kita cerita pasal kibar jalur gemilang.. korang nak gantung bendera ke belum?? aku dah..kemarin.. tapi rumah lain tak gantung pun...
sebenarnya tak terfikir pun nak gantung bendera. tapi sebab maisara beriya2 sangat nak pasang bendera jadi kami ikutkan je la.....
setakat ni rumah kami je yang pasang bendera... sebelum ni memang tak pasang pun.. hari tu pun aku tak ingat langsung nak pasang.. tak terfikir langsung pasal nak pasang bendera...
puncanya??? "tak pasang pun tak pe...bukan jadi kesalahan pun.." "tak pasang bukan bermakna tak patriotik.." "tak sempat la nak pi beli bendera.." "orang sibuk nak raya..mana dan nak fikir pasal merdeka.."
Korang pun mesti ada terfikir salah satu alasan kat atas ni kan??? benda ni tak boleh nak paksa2..kan?? dari sibuk buat kempen ki…

BUNUH DAN BAKAR ITU MAINAN KAMI.

Assalamualaikum...

malam2 gini teringat masa kecik2 dulu..
zaman aku kecik2 dulu berbeza sungguh dengan zaman sekarang..
Dulu malam2 tak dak elektrik lagi..
kalau rumah tu ada elektrik,
tu orang senang la...

Umah aku pakai pelita ja malam2..
bangkit pagi memang penuh jelaga asap
kat dalam lubang hidung..hahahah...

masa tak dak elektrik lagi,nak seterika baju pun pakai
seterika arang kayu tu...kalau pakai seterika tu
tak boleh berkipas..sebab takut abu
dalam seterika tu terkena baju sekolah..
dah nak kena basuh lain..
berpeluh2 la seterika baju..
baju sekolah tu pulak belum sampai tengah tahun
dah bertukar kaler jadi kuning.hahahah.

kalau sekarang ni malam2
anak 2 dok main games..tengok tv..
main playstation...
kami dulu malam2 tak dak semua tu...
mainan kami..duduk keliling pelita tu..
lepas tu tampaq nyamuk,bakar...

Boleh kata apa ja binatang serangga yang
lalu time tu habis la kami tangkap..
lepas tu cucuh kat api..
ganas kan???hahahha....

sekian...

K.I.V..k-pop konon...pondan!

Assalamualaikum...


Kemarin aku ada tengok rancangan
K_POP talent show..
ala..projek baru Jehan miskin tu...
ingat tak>??

Mula2 seronok jugak tengok
gelagat peserta2 dia yang kulit koko
berangan nak jadi orang korea tu..
Ada satu group ni memang kelakar la depa
menari,sebab sambil menari depa
gigit bunga rose..
mujur tengah malam..
kalau siang memang aku gelak dekah2 punye...

Ada yang buat persembahan
sambil tayang betis selulit..adoi...
konon2 nak jadi "girl generation" la tu..

Dan yang buat aku hangin sekali bila
hujung2 dia ada satu persembahan artis jemputan...
group ni nama K.I.V..
ada sorang ahli dia yang ada janggut
ala2 imam muda..tapi apa kejadahnya
ko orang menari sambil lentik2 pinggang,
buat muka macam giler sex,ala2 bapok ..
apa kejadahnya semua ini...???

ni la group bapok tu..

Ko orang nak jadi bapok sangat ke??
aku benci betul tengok depa manari..

wajah 4 bapok .

Tolong la...kita jangan terima la artis2 yang
macam ni..
cukup2 la yang dok ada tu,dedah sana sini…

Nak blog korang di review??

Assalamualikum....

Entry kali ni nak jelaskan pasal segmen review
sedang berjalan kat blog aku ni..

Ada yang bertanya kenapa hanya untuk
blogger yang follower bawah 400 je??
jawapan nya senang je..
sebab yang follower ramai2 tu dah
boleh faham jalan2 blogging ni..

yang follower 2,3 ratus ni
masih perlukan bantuan kita2
ni untuk mantapkan lagi blog diaorang..

Aku bukan la pandai sangat bab2 review ni..
aku review pun mengikut apa yang aku nampak saja..
dengan blogger2 adik2 ni kita tak boleh
nak cerita pasal page view pasal alexa dan
benda2 yang jauh lagi untuk depa gapai..
jadi kita bagi tumpuan dulu pada template dan
penampilan blog depa saja...

kita cuma menbantu..
tapi depa sendiri lah
yang kena ubah kalau nak berjaya...

Disamping aku review blog depa
mungkin aku jugak akan belajar sesuatu dari segmen ni..


sekian...


nak blog korang di review??

Bila Lelaki Membeli belah..

Assalamualaikum....

Petang ni kita shopping...
aku dengan maisara dah habis shopping..
suami aku je yang tak shopping2 lagi..
heheh..jadi hari ni nak pi beli baju raya,
seluar raya,kasut raya dia la..:p

Orang lelaki bila memilih pakaian lebih lama dari perempuan..
kalau kita,tengok cantik,ada saiz terus je ambik...
berbeza dengan lelaki...depa ni kalau beli barang,
contohnya kasut la...dia pegang sepasang kasut,
lama di tengok kasut tu..
tak tau la apa yang lama sangat dia tenung..

mungkin dia berharap renungan dia tu
bakal mengubah harga kasut tersebut..hahahah

korang setuju tak dengan pendapat aku ni??
bila keluar beli barang orang lelaki ni
rasa merekah tumit2 kita ni..
nak beli 1,2 barang je tapi masuk sepuluh kedai..
dah masuk sepuluh kedai tu last2 dia
patah balik masuk kedai yang kedua dia masuk tadi..
haruuuuu!!!

jadi hari ni aku kena kuatkan semangat
dan banyak2 bersabar...
ekekekekek...


sekian...

nak blog korang di review??

LUKISAN MAISARA

Buah-buahan..


powerpuff girl



singa


orang salji..


penguin


platipus


ayah


perkemahan

sekian...

nak blog korang di review??

Kita berharap....

Assalamualaikum....
Masa kita kanak2 dulu
kita selalu mengimpi kan
alat mainan dan makanan yang enak2...
kita hanya tahu berseronok saja...

Masa kita sedang muda remaja..
kita selalu berharap
kita dapat gadjet2 terkini...
kita berharap kita dapat berjumpa
dengan artis kesayangan kita...

Masa kita meningkat dewasa
kita mula berharap
kita punya anak2 yang berjaya...
kita berharap rumahtangga kita bahagia..
dan kehidupan kita lengkap sempurna...

Masa kita beransur tua
kita berharap hanya satu perkara..
"ya Allah..ampun kan segala dosa2 ku.."


sekian...



nak blog korang di review??.



Terima kasih

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
dah sahur tadi kan???
alhamdulillah..kalau ada yang nak
sambung tidur pi la...
tapi sembahyang subuh dulu ye...

Pagi ni nak cerita pasal terima kasih...
Bukan mak pak kat rumah je,tapi
cikgu2 kat sekolah pun ramai yang ajar
kita supaya berterima kasih..
Tapi bila dah besar ramai yang rasa tak
perlu berterima kasih..

Ada jugak orang yang rasa bila
menerima saja kita perlu berterima kasih..
sebenarnya tak kira la kita memberi atau menerima
ringan2 kan la mulut untuk ucap terima kasih..

"terima kasih sudi memberi..."

terima kasih kerana sudi menerima..."

kalau masa bercinta pandai pulak ucap terima kasih..
"terima kasih kerana sudi menerima
diri yang tidak berapa kacak ini.."

tapi time bagi sedekah...
keras lidah ni nak cakap terima kasih...
"kenapa pulak aku nak ucap terima kasih..
kan aku yang bagi sedekah kat dia...??."

Ucapan terima kasih ini
sebagai tanda kita menghargai seseorang..
Ajarlah diri kita supaya …

Apa perlu buat bila dapat buffered earning

Assalamualaikum....

Entry penaik semangat malam ni..
boleh tak??

bulan lepas aku dah cashout..
sampai sekarang cuma ada satu be je kat blog aku ni..
tapi tak sangka dengan satu be tu
aku boleh cashout lagi bulan ni..

harap2 lepas ni tetiap bulan boleh cashout.
Boleh la aku tukar tv baru .
heheh...

cerita pasal be..
tak semua orang tau
apa perlu buat bila dapat be..
ada yang bila dapat be sekadar buat
entry ucap terima kasih kat nuffnang.

lepas tu tutup lappy blog terabai 2,3 hari..
cemana nak beranak pinak be yang dia dapat tu..
lepas tu be jadi metered earning..dah rugi..

Pertamanya bila dapat be buat la entry
berkaitan iklan yang kita dapat tu..
kalau kita dapat be pasal olay
cerita sikit pasal produk olay tu..

kemudian korang kena blogwalking
dan rajin update blog korang..
baru la nampak berbaloi pengiklan
pilih blog korang..

dia letak iklan kat blog kita
supaya orang nampak produk dia.
kalau korang tak bw dan update blog
cemana dia nak perkenalkan produk dia..
sebab tu la ada yan…

MAISARA:membazir

Assalamualaikum...

Aku selalu suruh maisara berjimat.
terutamanya dalam bab2 elektrik dan air..
selalu pesan kat dia bila buka peti sejuk kena tutup rapat2..
lepas buka tv kena tutup bila
dah tak nak tengok..

Alhamdulillah dia boleh ikut..
kadang2 aku pun dia
pesan tutup lampu lepas keluar dari bilik..
kalau ayah dia tak tutup kipas lepas sembahyang
dia siap mengadu lagi kat aku..

Maisara:ibu..ayah ni membazir saja..
bukan nak tutup kipas lepas sembahyang..

Ada satu hari tu,
dalam jam 7 lebih suami aku balik untuk
buka puasa..
suami aku buka pintu dan terus ke dapur..
tetiba maisara masuk ke dapur dan cakap..

Maisara:Ayah..lepas buka pintu
jangan lupa tutup tau...membazir saja...!

Ayah:??????

hahahahah...


sekian....


nak blog korang di review??

Maisara:makan

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
tengah makan lagi ke???
sudah2 la tu...heheheh..

gamba ni maisara edit sendiri

selalu maisara cakap kat aku gitu la kalau
ayah dia dah bangun dari meja makan
tapi aku masih dok mengunyah...

maisara:sudah2 la tu ibu..tak takut gemuk ke??

Sibuk je...
mcm la kongsi perut dengan dia...

maisara cukup susah nak makan
benda2 yang selain dari
nasik,sup ayam,udang goreng,sosej,
kek,vitagen,air suam,donut,roti canai,
aiskrim,yogurt.
nampak tak??boleh kira dengan jari je
apa benda yang dia makan..

kadang2 geram jugak sebab kita penat2 masak,
susah payah beli,tapi dia kata "tak mau".
penah sekali aku paksa dia makan sambil terjerit2
macam orang giler.masa tu paksa dia makan donut.
dengan linangan airmata dia suap donut ke mulut dia,
sejak tu la baru dia tau donut sangat sedap..

Tak kan hari2 nak terjerit2 kot.
kang jadi giler pulak aku..
kemudian aku guna cara lain yang di saran
oleh pakar..;p

aku buat gini...

Ibu:awak kena makan tau.kalau ibu ma…

ada yang tutup ada yang private..

Assalamualaikum...

Hari sabtu..
biasala hari sabtu ahad orang kurang berblog.
jadi hari cuti ni aku nak
mengemas kini bloglist aku tu..

Aku perasan ada blog2 yang
dah di private kan..
dan ada yang dah ditutup..
kenapa ye???

jadi blog2 yang di private kan dan ditutup tu
terpaksa la aku buang je dari bloglist aku tu..

yang tak update berbulan2 pun terpaksa aku buang.
jadi kalau nak letak blog korang dalam bloglist aku tu
sila letak blog yang aktif ye..
kalau nak letak blog yang korang buat hanya untuk
2,3 bulan,tak payah la...

klik bloglist kat tab menu
dan tinggalkan url korang kat kotak komen..


sekian...

nak blog korang di review??

Baik dok ceruk dapur je daripada jadi perompak

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
dah sahur..kan??
awat la pagi ni aku susah betul nak buka mata..
jam dah berbunyi jam 4:30 pagi
tapi rasa macam baru lelap 10 minit..
hahahah..tambah pulak sejuk kemain..
malas la jadinya...
jom cari berita best pagi ni...

selak2 suratkhaba ada nampak berita ni tak??
tentang perompak yang merompak kedai emas..
salah sorangnya adalah perempuan..
wah!!!serba boleh orang perempuan sekarang kan??
siapa kata perempuan boleh dok ceruk dapur je..
perompak ni dah membuktikan wanita boleh menggegar dunia..
wakkakaka...

"GURUN: Empat termasuk seorang wanita melarikan lima dulang barangan kemas dari sebuah kedai emas, di bandar baru Gurun di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali berkata dalam kejadian 11.40 pagi itu, kedai tersebut dikunjungi seorang wanita yang berpura-pura sebagai pelanggan.
baca selanjutnya kat sini....

Tapi kan kalau begini caranya nak
menggegar dunia rasa baik tak payah la..kan??
rasanya baik dok ceruk d…

kelakar atau kacak??[maisara]

Assalamualaikum...

lepas dah sasaran komen untuk hari ni..
seratos komen sehari..
orang lain dok kejar traffic..
aku tak..aku kejar komen je...
hahahahah..

korang pernah tengok animasi kinniku mantaro??
citer katon kat astro ceria..
maisara kalau tengok mantaro tak kelip2
mata tu..
siap senyum2 lagi...
padahal mantaro tu tak elok mana pun muka nya...
cer tengok muka mantaro..



elok ke idak???
tapi maisara tetap minat mantaro..
nak tau kenapa???
sebab bagi dia mantaro kelakar...

Orang perempuan memang suka lelaki yang kelakar..
tak kacak pun tak pe la..
lelaki kelakar banyak kelebihan nya..
dia pandai memujuk..
tak payah memujuk dengan pujian..
cukup buat kelakar sikit dah orang perempuan
boleh tersenyum..

kalau serus je muka dan tak boleh
diajak bergurau orang perempuan cepat bosan
dengan lelaki begini..
jadi lepas ni tak payah la nak kontrol2 ensem sangat.
perempuan lebih tertarik pada yang kelakar..
bukan yang muka jambu2..

heheheh

sekian..