Skip to main content

Tahap seratos...::PUASA DAH DEKAT NI..

Assalamualaikum...

Janji mesti di kota..
makanya aku join segmen sahabat ku ini..
segmen dari RAFINA MIMI..

Nak cerita ni.cerita sedih ok..hahah..tak de la.ni cerita tentang zaman aku berpuasa kecik2 dulu.bila hujung2 berpuasa atau 2,3 hari sebelum raya Maklang aku sibuk la buat kuih raya.masa dulu kuih raya mana ada beli2.tambah2 orang kampung semua benda dibuat sendiri.

Yang teruknya bila time hujung2 puasa tu makin malas nak puasa sebab kalau tak puasa dapat makan kuih raya yang reject2 tu.maklang aku pulak bila buat biskut mesti nak buat siang2.buat la malam2..kan??tak kesian langsung kat aku yang macam kucing nak beranak bila terbu biskut raya yang sedang dibakar..

Oleh sebab iman yang sangat tipis dan nafsu kuda yang melampau2 aku telah mencilok biskut raya tu.curi satu je..buat lepas gian..lepas tu sorok dalam poket seluar.sekarang nak kena cari port untuk memuaskan nafsu pulak.bukan boleh main suap je.adik aku ada.kang kantoi pulak..

Aku pun berpura2 la,macam orang berpuasa.hati riang sebab biskut raya dah ada lama genggaman.cuma peluang nak masuk kan dalam mulut je tak de.aku pun ambik bantal,baring kekonon letih la puasa.entah macam mana tertidur.

bangun tidur terus pi mandi.terlupa terus kat biskut raya dalam poket tu.esoknya akak aku nak basuh baju biskut dalam poket.kena la marah..tu la padahnya.dah la kena marah,dapat dosa mencuri pulak tu.hahahah


sekian..

Comments

  1. adoii..ada gak rehsia jmn posa eh..hehe

    semoga berjya diana..

    ReplyDelete
  2. diana..thanks support..mencuit hati gak ni..memang hancur la jawabnya biskut duk dalam poket seluar..dah tinggal debu..hehe :)

    ReplyDelete
  3. sis..time2 jahil dulu adlh..mase umur 7tahun..nasib baik tak kne marh kt..tpy still pose..itupon dpt kuih dri guru ngaji..dia ingt ayie blom pandai pose ag..gaga

    ReplyDelete
  4. hehe lawak jugak biskut pun lupa..

    ReplyDelete
  5. hehehehhe...

    mmg kan, kenangan posa melucukan..
    tapi kes diana nie istimewa sbb diana tak berbuka pun..

    apa2pun ayu nak ucapkan good luck..
    rasanya diana ada harapan menang

    ReplyDelete
  6. haha..lawak jer baca..bole lak tertdo..tuhan tak kasi ponteng puasa,,

    ReplyDelete
  7. tak pe kak... selamat satu hari puasa... hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …