Skip to main content

Harimau Muda dan rumput tiruan..

Assalamualaikum....

Selamat malam semua..
Ada yang kecewa ke dengan kekalahan pasukan Harimau Muda tadi??
jangan kecewa.Insyaallah..
pusingan kedua di Bukit jalil nanti mesti
kita menang..hehehehe...

Setiap kali pasukan malaysia
bermain di singapura aku memang tak yakin
pasukan kita boleh menang..
Bukan sebab pasukan kita tak kuat.
siapa kata tak kuat?pasukan kita kuat tau..
tapi aku tak berapa yakin dengan padang dia tu..

Dimalaysia ni ada berapa padang
yang guna rumput tiruan macam kat singapore tadi??
pasukan kita pulak biasa bermain dan berlatih
kat padang yang betul2 rumput.

jangan pulak ada yang kata
padang tiruan bukan faktor kita kalah.
plastik ok..kalau kita berlari tak kesat..
tapi licin..korang ingat boleh berlari ke kat atas padang gitu..?

Pada aku padang rumput tiruan ni memang tak sesuai untuk
digunakan lebih2 lagi untuk bolasepak.
tapi baru2 ni aku ada dengar yang
kat malaysia pun nak guna padang ni
tapi untuk sekolah2 je..

Lagi satu yang korang kena tau
kalau jatuh atas padang rumput tiruan ni
lagi sakit dari jatuh atas rumput yang betul tu..

sekian..

Comments

  1. setuju..! ape pun, tahniah skuad negara. Insyaallah, kita boleh menang di padang sendiri.=)

    ReplyDelete
  2. ayie tadi mcm dah xsemgt nk tgok terus pi kenduri..tpy alhamdulilah dpt keje juga..all the best lh untuk tema malysia kelak..

    ReplyDelete
  3. betulll.. bola cepat sgt melantun... n mungkin susah nak sesuaikan diri kat pdg...

    ReplyDelete
  4. haaa..dgr tuh akak diana dah berkate2 :D

    ReplyDelete
  5. kita sokong pasukan M'sia..ayuuh!!!!

    ReplyDelete
  6. emm..btol2,tp cntik je pdg rput sintetik niekn..=p

    ReplyDelete
  7. btol ler jugak facto padang tue...tp ok ler dpt 3 gol pn puas ati...

    ReplyDelete
  8. yep! sye frust coz awal2 msia nampak hebat. huu. jom g ramai2!! hee

    ReplyDelete
  9. mungkin pasukam malaysia kena berlatih main kat rumput tiruan jugak..

    ReplyDelete
  10. tahniah utk pasukan negara smlm walaupun tewas utk pusingan ini..kita boleh di bukit jalil nati..

    sbenarnya..rumput plastik itu dikira satu cabaran jugak utk pasukan kita..lepas ni pasukan kita kene berlatih atas rumput plastik bg membiasakn diri mereka..

    ReplyDelete
  11. tambahan diana...lawa la template baru ni..lain sket dr yg selalu..saya rasa ini pestime template awk gini kan..

    sesuai sgt ngan biru kat side bar dan latar wall paper yg ade daun2 tu...cantik wey..ehhehe..terpikat ai..hhaahaa

    ReplyDelete
  12. Malaysia akan mengalahkan singapura 3-0 nanti hehe..chaiyok3!

    ReplyDelete
  13. satu memang pasal padang, tapi jangan lupa kalau tengokpertahanan kita memang longgar, masa lawan arsenal ngan liverpool pun dah bolos 10..

    ReplyDelete
  14. tapi lega 5-3..ok dah tu..kita tunggu game kat bukit jalil lak..hehe

    ReplyDelete
  15. 3-5..memang la kiter kalah..tp hakikatnyer kiter menang tau sbb spore ramai pemain import..yg sumbat gol tu geng mat saleh..3 gol kite semo pemain tmpatan..kelas gtu..

    ReplyDelete
  16. Malaysia akan bangkit, Malaysia akan mara ke peringkat seterusnya. Malaysia boleh.

    ReplyDelete
  17. lgkan pdg tiruan pon singapore dah laju dah maen kak..inikan plak padang bese

    ReplyDelete
  18. hrp2 kat pdng kita nnt performance sgpore kureng..huhu..

    ReplyDelete
  19. kalau pasal bola, mmg sedikit tension dengan permainan Malaysia, tp betul lah kot, faktor padang. Tapi kena belajar bermain di kedua2 jenis padang rasanya, jadi takdelah bila main di padang rumput plastik ni, nampak sangat mcm kita lemah...

    p/s: mula2 rasa pelik, apa yg lain dgn blog diana ni, background dia cerialah...:)

    ReplyDelete
  20. malaysia masih leh menang.janji main lagi hebat kat bukit jalil.

    ReplyDelete
  21. lol rumput tiruan ke?ptt lah nmpak cantekkkk je.

    ReplyDelete
  22. padang tiruan tu sy rasa bukan alasan sebab kat sekolah2 private kat KL nie banyak yg pakai padang camtu..patut mereka training lama skit kat situ bg dapat feel..tp sy confident yang 2nd leg kita leh menng sbb dengan sokongan rakyat jelata Malaysia pasti boleh!!!hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …