Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Maisara::INGAT!

Assalamualaikum...

Sejak bila korang mula ingat??
aku tak ingat la bila aku mula ingat..
heheheh...pening punye ayat..!

hal2 masa kita baby yang tembam2..
yang comel2.yang comot gitu mana kita ingat..kan??
kalau aku memang tak ingat..
hal paling lama rasanya yang aku ingat masa aku
umur dalam 5,6 tahun kot..
yang sebelum2 nya aku tak ingat pun..

Tapi maisara hebat weh!!
dia boleh ingat tau..

Maisara:ibu ingat tak masa maisara kecik2 dulu???

Ibu:tak ingat!

Maisara:maisara ingat!

Ibu:awak ingat apa?

Maisara:masa maisara baby2 dulu ibu tanya ayah.."nama apa nak bubuh kat anak
kesayangan ibu ni..?"

Ibu:ye ke??tak ingat pulak ibu..

Maisara:ye..lepas tu ayah cakap.."kita bubuh nama maisara je la."

Ibu:o..gitu kesah nye...

nmpak beno menipunye..
tu datang time dia
nak merepak la tu..
kalau tak de benda nak cakap
cer duduk diam2 je.ambik bantal tido!


sekian...

SEGMEN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN BERSAMA ADIN !

Assalamualaikum...

Selamat hujung minggu...
nak join segmen ni..
apa salahnye kan..dari tak de update apa2 entry...
lagipun segmen tentang puasa..
jadi semua orang boleh baca...
segmen ni dari Adin..

- Target puasa korang berapa hari.
kalau tanya target berapa hari puasa tahun
ni rasanya memang tak cukup 30 hari..hahhah...
tapi tak pe..nanti ganti la...;p

- Fevret makanan ketika berbuka.
masa buka puasa paling suka makan nasik.
ada nasik benda lain tak payah pun tak pe dah..
air je nak best..
cendol ke..syok weh!!

- Kata-kata semangat untuk Blogger yang berpuasa
untuk semua blogger yang beragama islam..
jadikan puasa tahun ni sebagai yang
terbaik buat kita sebagai tanda rasa syukur
pada Allah memberikan kita nikmat kehidupan di dunia ni..
perbanyak kan amalan dibulan yang
penuh keberkatan ini.

siapa nak join klik banner ye..:)

sekian...

tak siap lagi la..

Assalamualaikum....

Selamat bercuti semua...
cantik tak header raya??
RAFINAMIMI ada tanya buat header guna apa??
aku guna photoscape dan photoshop..

bagus tau kalau pandai guna photoshop.
macam2 boleh buat..
header,watermark,doodle..eik??
tapi aku ni tak la pandai macam apit tu...
setakat untuk kegunaan sendiri boleh la..

tak siap lagi tu..
aku nak ubah warna sidebar
dan apa yang patut..
esok siapla kot..
hari ni nak buat pun macam sibuk je..
nak pi tesco beli barang dapur dulu..

siapa2 masuk sini
jangan pening2 tengok kaler yang macam2 ni ye..
hehehe...

sekian..

Maisara::TELUR

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
kesian tengok jumlah komen dan traffic
hari ni..ekekek..
biasala..hujung minggu..
heheheh
..aku pulak cukup malas nak update blog bila hari cuti..
kepala otak ni ingat nak bejalan je...
heheheh...

naisara pulak bila hari cuti macam tau2
je ibu dia malas serba serbi..
jadi dia memnag baik sungguh..
tak banyak kerenah..

yang penting perut kenyang..
tengok je badan maisara ni kecik..
tapi kalau bab makan no satu..
makan memilih pulak tu...
makanan yang huduh2 ni jangan harap nak makan..

klau makan telur pun nak yang kuning je.
yang putih tu tak mau...

kemarin aku rebus telur nak makan dengan laksa.
baru hidang je kuning telur dah hilang..
tapi yang kelakarnye dia cakap...

Maisara:ibu..tau tak bahasa inggeris cakap telur tu apa??

Ibu:egg!

Maisara:bukan la ibu..bahasa malaysia sebut telur,bahasa inggeris sebut TELOQ!

erm..
sukahati hang la maisara oi...
sekolah nanti kena rotan dengan cikgu
jangan nak gatai2 balik mengadu kat ibu.!

sekian...

Header untuk raya

Assalamualaikum...

Selamat malam semua..
malam minggu tanpa bolasepak
memang tak best..

jadi malam ni aku nak
buat hedaer untuk blog aku ni..
header khas sempena bulan puasa dan nak raya..

jom la ramai2 kita buat header
untuk bulan puasa dan raya..
nanti nak bubuh gambar ketupat..
wajib la kan ada ketupat,ada pelita..
ada bunga api..gambar masjid...

kalu orang masuk blog kita
baru la terasa kemeriahan raya tu..kan??
setakat ni tengok blog
cikgu wan je
yang ada header ala2 raya gitu..kan??
aku pun teringin jugak ni.
tapi aku buat lagi cantik la dari header blog cikgu wan...kan??kan???

ok..belum buat pun lagi tapi
aku berangan je lebih..
jom la buat heder raya tu .rugi tau tak buat
sebab setahun hanya sekali,
merayakan hari yang mulia ini..
hehehehhe

sekian..

Blogger yang hilang identiti.

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu untuk semua..
hari ni nak cerita pasal blogger.
blogger yang semakin hilang identiti..

Dah ramai dikalangan
blogger yang aku kenal identiti nya makin hilang..
tak tau la kenapa.
kalau bertukar kepada wordpress memang gaya penulisan pun
kena berubah ke??

Awal2 berblog dulu bila dia menulis cerita nye
dekat je dengan kita..
seronok baca cerita2 personal dia..
cerita2 luahan pendapat..
cerita tentang adik beradik,haiwan kesayangan dan
apa saja..

Yang komen pun ramai...
yang follow apatah lagi.masa dulu tak pakai wordpress pun lagi..
tak pakai domain berbayar pun lagi..
dulu pakai blogspot je.
tapi sekarang bila dah selangkah ke depan
terlupa terus dulu kenapa orang follow blog dia.
terlupa yang dia ada follower yang suka baca
penulisan dia yang dulu..

alasan:
"sekarang saya utamakan traffic dari enjin carian ."

habis tu yang follower kamu
yang beratus2 sebelum kamu
pakai domain dan hosting ni nak campak kat mana??

jawapan:
"terserah la..
boleh unfollow je kal…

Asah pensil pun nak tanye ke???hallammakkk!!

Assalamualaikum....

Mase aku darjah satu dulu kan,mase tu baru baru nak masuk bulan posa.ustaz pun masuk le dalam kelas nak citer pasal posa.ustad tu pun bagi tau le posa tu apa,niat posa dan segala yang berkaitan dengan posa. bile ujung2 dia,ustad tanye la,"sape nak tanye soalan?"..kami pun ape lagi pakat dok tanya la sampai pening ustad tu..nak tau tanye ape? bulan posa boleh kepit kuku tak? boleh tidoq tak? boleh menjahit tak? boleh menyanyi tak? boleh kentut tak? boleh berbisik tak? boleh mandi sungai tak? jari kena pisau batal posa tak? boleh tengok tv tak? korek tepi2 telinga saja boleh tak? kalau gatai boleh garu tak? boleh batuk tak? kalau demam boleh posa tak? gosok2 hidung boleh tak? kalau mak suruh rasa kuah gulai masin ka dak,batai posa tak?nak rasa saja.. boleh sapu minyak angin kat perut tak? gelak kuat2 boleh tak? dalam banyak2 tu ade satu soalan yang ustad tu senyum.."boleh asah pensil tak?"banyak lagi le sebenar nye soalan yang merepak..agak2 kalau korang jadi ustad t…

WAJIB KE REPLY SEMUA KOMEN?? | SEGMEN CIKGU WAN

Assalamualaikum...
Selamat mlam semua..
wajib ke reply semua komen??
klau tanya aku wajib ke reply semua komen jawapan aku;
tak wajib reply semua komen.

sebenarnya aku kurang suka guna perkataan wajib..
sebab bila wajib maknanye bila tak buat
dan jadi satu kesalahan pulak.

Dulu..
memang aku reply semua komen.
sebab nya dulu komen
paling banyak sepuluh je.
lepas tu bila kita balas komen
terasa la komunikasi 2 hala tu..chewah!
aku pun rasa macam tu dulu..

tapi sekarang sebabkan kekangan masa
dan sehari aku terima 100+ komen
cemana la nak balas ye.
lama2 jejak pun tak dan nak balas disebabkan sibuk balas komen.
walaupun tak balas komen depa
tapi aku baca komen depa semua..
bukan tak baca..
kalau tak baca komen rasa gelisah tau dalam hati ni..hahah

kadang2 aku akan balas jugak kalau
komen tu berbentuk pertanyaan atau
mungkin pembaca tu keliru
dengan entry yang aku tulis..

tapi aku akan sedaya upaya
membalas kunjungan pengomen 2 aku.
Alhamdulillah,pengomen2 aku semuanya
paham la kenapa aku tak balas komen.
sebab tu aku…

hey blogger!!Sila berlaku adil dan bertanggungjawab

Assalamualaikum...

Selamat malam..
kalau aku buat segmen review blog korang nak tak??
mesti tak ramai yang join..
sebabnya aku bukan pandai sangt kritik2 blog
orang ni..
blog sendiri pun comot je nak review blog orang..
hehehhehe...

tapi dulu segmen review blog ni memang popular la..
sekarang tak ramai yang buat.kenapa ye??
sekarang lebih banyak orang buat segmen
bloglist dan segmen yang tak de kena mengena dengan
blog la..kan??..kan??

Kalau sapa ada buat review blogbagitau aku ye..aku nak join..
sebenarnya malam ni bukan nak cerita pasal review.
tapi nak cerita pasal segmen..

Bila kita buat segmen kita kena ada tanggungjawab tau.
aku perhatikan ada blogger yang nak
buat segmen.tapi tak cuba pun nak
hebahkan segmen yang dia buat.
bila yang join tu 5,6 orang je sesuka hati je dia batalkan segmen tu.

Habis tu yang dah join dan submit entry ni apa cerita??
dah buang masa orang..kan??
aku cukup kagum dengan kak liza.
bila dia buat segmen,sorang yang join pun
dia tetap teruskan segmen dia.
tak de putus asa pun..

tak…

LAFAZ NIAT PUASA DAN SEMBAHYANG TARAWIH.

Assalamualaikum...

selamat malam semua..berapa hari je lagi kita nak masuk ke bulan Ramadhan.memang dah rasa tak sabar sangat ni..bila sebut bulan puasa mesti teringat sembahyang tarawih..kan??

siapa yang terlupa apa
niat sembahyang tarawih..??

أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــىNiat di hati: “Sengaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”niat puasa pulak tahu tak??hehehhe
saja tanya...kot2 lupa..:p

anda cari saya bantu!

Assalamualaikum....

Kat atas keywords yang aku print screen dari nuff aku.
kesian jugak bila apa yang dicari
tak de kat blog aku ni..

kebanyakan nye tak de..
jadi entry hari ni aku nak bantu la
mana nak dapatkan punggung Nora Danish dan sebagainya..:p

nak cari punggung Nora Danish??
pi kat sini..
http://www.dianarashid.com/2011/02/tunjuk-punggung-sangat-menarik.html

Nak cari facebook imam muda azhar??
pi kat sini..
http://www.facebook.com/imammudaazhar?sk=wall

nak cari tutorial buat kotak di sidebar??
pi kat sini..
http://princessqish.blogspot.com/2010/12/tutorial-buat-kotak-pada-sidebar.html

nak cari tutorial melukis rambut doodles menggunakan adobe photoshop?
klik kat sini..
http://afiqahbecoolgurlz.blogspot.com/2011/06/tutorial-lukis-doodle-using-adobe.html

Nak cari cemana nak buat love kat facebook??
klik kat sini..
http://sinarraudah.blogspot.com/2011/07/tutorial-cara-menggunakan-karakter-dan.html

nak cari apa kata chealsea?
klik sini...
http://www.facebook.com/ChelseaFC

nak cari info tentang batu meriy…

pengomen jenis apa ni ye???

Assalamualaikum...


Selamat petang semua...
sepanjang setahun aku berblog ni
aku selalu jumpa komen yang lebih kurang gini la...

"ala..benda remeh je tu..
bukan isu besar tu..
tak payah la nak dijadikan isu.."

Agak payah kita nak menulis bila
ada orang2 yang macam ni..
bila kita ketengahkan satu2 isu
dan pendapat dia anggap benda tu
kecik je dan tak payah kita bincangkan..

bila aku buka blog dia
aku tengok benda yang dia tulis lagi
remeh la..
cerita pasal potong kuku.
anak berak,anak menangis berebut beskal..

kadang2kita tak suka dengan satu2
perkara yang orang tulis tapi harus pikir la tak semua
orang tak suka macam kamu..
ada lagi yang suka.jadi jangan la
tinggalkan komen macam tu..

Takde salah pun nak ketengahkan apa
isu pun kat blog ni..
kalau kamu lebih suka entry2 tentang
tudung apa nak pakai pi opis esok..ataupun entry tentang
drama apa nak ganti drama"kawen masal"
itu hak kamu..

blog pun bukan ada satu je.banyak blog lain lagi.
boleh pilih entry mana yang kamu suka dan tak suka..
kalau t…

Dengki sampai bunuh2 ape cer????

Assalamualaikum...

lewat sikit update hari ni..
sebab tadi pagi hati tak seronok untuk mengupdate.
pagi tadi masih dalam mood kecewa.
sekarang dah ok jadi boleh la
update blog..wakakka...

nak cerita pasal dengki..
topik ni boleh kata hari2 ada orang tulis..
Bila cakap pasal dengki
mesti orang kata "perempuan"
betul ke idak perempuan ni suka dengki2..

Betul..
setuju sangat..
tapi percaya lah..dengki orang peremuan
ni tak de bahaya pun macam
dengki orang lelaki..
orang perempuan kalau dengki setakat
juih2 mulut kat belakang je..
setakat kembang2 muka je..
tak mengancam nyawa orang awam pun..

berbeza dengan lelaki punye dengki..
sampai bunuh2..
ada yang santau2..
ei..tak baik la dengki2 macam tu..

lagi satu orang lelaki kalau dengki
dia susah betul nak kata yang dia dengki..
konon nye dia baik benor..tak de cacat cela.

cer kalau orang yang dia dengki tu jatuh
tertonggeng,dalam hati dia tetap ada majlis bertepuk tangan..
usah le nak kata orang perempuan je yang bedengki..
selagi namanya manusia tak de sapa p…

Bila blogger kena hentam.

Assalamualaikum...


Selamat petang...
kalau korang tengok rancangan realiti
sekarang kan,boleh kata semuanya ada pengkritik..
kenapa depa dipanggil pengkritik??
sebab depa mengkritik..
kalau depa maki hamun peserta ,itu baru kita kata "penghentam"
wakakaakaka...

Dalam dunia blog pulak kita ada pengkritik dan penghentam..
pengkritik akan mengkritik walau
perkara2 sebesar kuman sekalipun..
tapi kritikan dia ada point.ada logik.
kalau penghentam???
nama pun hentam kan??jadi sah la ayat pun main hentam je la..

makanya..kita kena pandai bezakan antara
mengkritik dan menghentam.
bila orang mengkritik kita kena la ambil
apa yang orang tu nak sampaikan.
jangan pulak kita buat tak endah je.

Tapi kalau orang menghentam,
buat dekkk je la.lagipun rasanya
blogger sekarang ni kalau dia nak menghentam
dan mengkritik pun
dia tak sebut nama sipolan2 tu..

jadi jangan melenting tak tentu pasal..
takut nanti dari orang tak tau yang buat salah tu adalah kita,
terus orang tahu dek sikap
kita sendiri yang menimbulkan sensas…

Untuk blogger yang nak tau pasal nuffnang.

Assalamualaikum....

Selamat petang adik2 dan kakak..abang2 ada ke yang baca blog aku ni??tak de kot..abang Lan je yang minat baca blog aku ni..tu pun sebab aku paksa..
Pernah sekali dia buka blog aku tetiba kat bawah shoutbox ada tulis "online 18" lepas tu dia tanya aku..18 orang??depa ni cari apa kat blog ni?memang nak kena gigit tau..mentang2 blog aku ni tak de informasi meletup2..sesuka hati dia kata "depa cari apa?"hahahah...

ok lah..aku nak cerita pasal nuffnang hari ni.entry ni untuk adik2 yang tertanya2 nuffnang ni apa.aku tak pandai nak terang kan macam blogger lain buat.jadi aku terangkan apa yang aku paham saja.dan harapnya korang pun paham..ok..kita cerita2 yang asas je la ye...

kenapa orang letak iklan nuffnang kat blog??sebabnya orang nak duit.umpama gini la.korang ada tanah.dan tanah tu korang sewakan untuk seorang peniaga cendol.peniaga tu akan bayar sewa pada korang.maknanya blog korang tu kalau pasang iklan,nuffnang akan bayar la kat korang.iklan …

BLOGGER UGUT NAK TUTUP BLOG

Assalamualaikum...

Berblog ni macam air laut.
ada pasang ada surut nya..
bila ada semangat,siang malam teringat blog.
tapi bila semangat hilang kemana,
ada yang sampai tutup blog terus.

nak tetapkan semangat tu
memang bukan kerja mudah.
kena ada sesuatu yang buat kita semangt nak berblog ni.
duit!kalau dari blog,blogger
tu boleh kumpul banyak duit itu mungkin
salah satu penaik semangt dia.

Tapi ada blogger yang rasa
semua dia buat selama ni tak berbaloi,
terus mood berblog tu kelaut.
atau mungkin ada entry dia yang orang kecam hebat,
terus tutup blog.

"malas nak luahkan pendapat lagi.
bukan orang nak dengar pun pendapat kita..
tau nak lemparkan kata2 kesat je.."

ada masa dan hari2 yang aku
boring dengan blog ni.
apa ingat tak de ke??ada la...
tapi aku tak pernah la nak buat entry sensasi
konon2 nak tutup blog.
tak payah nak tagih2 simpati orang..

lepas buat stetment nak tutup blog
ramai la yang tukang pujuk..terharunya!!
2 hari kemudian selamba je update blog
tanpa rasa besalah..
boleh ka buat gitu.umpam…