Skip to main content

JANGAN CERITA KEBURUKAN SUAMI

Assalamualaikum...



Setiap rumahtangga pasti ada la berombak sekali sekala..
bak kata P.ramlee..
sedangkan lidah lagi tergigit..
ini kan pulak suami isteri...

satu yang menjadi trend isteri2 sekarang
bila menghadapi masalah rumahtangga suka beno cerita
secara terbuka dengan orang lain..
cerita kat facebook..cerita kat blog..kat twitter..
macam tak tau hukum hakam saja..
masa kursus kawen ustaz tak bagi tau ka...

ada perkara yang kita boleh cerita..
misalnya cerita2 yang bertujuan untuk memberi peransang
dan semangat atau untuk menghargai pasangan..
cerita yang berbentuk penghinaan dan
merendahkan martabat pasangan kena dielak kan..
jangan sampai orang nampak keburukan suami kita
bila kita bercerita..

memang la kita tertekan..
tapi apapun yang berlaku kita kena selesaikan dengan suami kita..
berbincang dari hati ke hati..
bila dia tak berubah walau sudah beberapa kali perbincangan
barulah guna pihak ke tiga..
pihak ke tiga itu bukan facebook,blog atau apa2 laman sosial lain ye..

kita ada pakar kaunseling..
kita boleh pergi ke pejabat agama untuk khidmat nasihat..
pergi pejabat agama bukan bermakna bercerai..
pejabat agama tu banyak fungsinya..
bukan semata2 nak bercerai je..

sekian...

Comments

  1. pendapat yang menarik dari kak. kalau kat fb atau blog belum jmpe lagi isteri yang menceritakan keburukan suami. kalau kat luar ni ada juga dengar daripada beberapa orang. Kesian pulak kat suami bila isteri cerita macam tu.

    ReplyDelete
  2. kalau cerita keburukan bekas suami ok dak?? *PANG!

    ReplyDelete
  3. dalam berita...hampir 15mnt penceraian berlaku di Malaysia dan kebanyakkan berpunca daripada status fb..stauts fb yang mereka tulis bukan utk kebaikan malam menambahkan keburukan kerana yang membaca akan membawa persepsi yang berlainan :)

    kalu tak tahan sangat carilah orang ketiga spt mak ayah utk selesaikan...facebook bukan jalan terbaik

    ReplyDelete
  4. betul tu sis... saya pon kadang kala terbabas nak mengarang di blog bila timbul rasa geram dgn suami, tp sy ambil pendekatan cepat2 bertenang...taip je pastu delete...hi hi hiiii

    ReplyDelete
  5. dosa ..dosa!
    citer psl suami dosa...citer psl org len pun dosa gak tau..huhu.jgn jd mulut tempayan sudah~~

    ReplyDelete
  6. pendapat yang bernas kak..skunk ade jer orang yang suka citer keburukan suami/isteri dalam FB ker twitter ker..ini suma start dari zaman bercinta laa gaduh skit post kat FB nk bgtau suma orang yg dia ngah bergaduh..isk..isk..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. sangat betullll...
    kalu kita dok canang2 gak..ibarat bukak pekung sendiri...sapa yg malu..diri kita jugak...

    kat blog atau semua hak maya2 ni..seme org bole access...patutnya kita cerita yg bahagia2 aje..yg bole dikongsi atau diambil iktibar oleh org lain...

    ReplyDelete
  8. kalau kebaikan suami tu boleh kot kak...tapi kalau yang letak status

    "lamanya papa nak balik..mama tak sabar nak jumpa papa..cepatlah balik pa.........rindu~~"

    hehehe agk kesengalan ar skit.

    ReplyDelete
  9. mg tak boleh blah klu cerita keburukan semua kat fb tu..

    ReplyDelete
  10. setakat ini rasanya tak pernah lagi cerita keburukan suami....tp kalau tgh gaduh sikit2..tidaklah sampai burukkan suami..cuma tanya kenapa saja?

    ReplyDelete
  11. tak kira suami ka isteri ka..
    jgn crita la hal dlm kelambu tu..
    kita gak yg dapat malu..

    ReplyDelete
  12. pernah dengar dalam radio kisah isteri cerita pasal tabiat buruk suami dia.. siap gelak gelak kengkonon lawak..

    dia tak sedar ker yang dia cerita tue mengaibkan diri dia sendiri..

    ReplyDelete
  13. Betul tu kak.sy pon x suka.stgh org memaki hamun laki dlm fb.sy xsuka cm tu.pape pon tu laki ko.ingat sket.ich.

    ReplyDelete
  14. berbincang dan face to face dgn suami lagi bagus kan dari terus aibkan suami..jaga aib suami..itu tanggungjawab isteri

    ReplyDelete
  15. dulu saya memang kalau marah je semua saya nk keluarkan. tapi sejak2 dah besar ni, alhamdulillah dah makin tenang, jarang nk cakap lepas dan lebih senang utk diam dari bercakap sesuatu yg mengaibkan org lain.
    Cuma, masih belum bersuami lagi.. =)
    terima kasih utk teguran ni

    ReplyDelete
  16. mesti kena jaga aib orang apatah lagi famili sendiri. memang bahaya kalau semua perkara nak diceritakan.

    ReplyDelete
  17. ayu sokong bab ni..klu blh biar kita ja tau kan

    ReplyDelete
  18. sebaiknya cerita pd Allah jer.. berdoa byk2.. isnyaAllah ad ajln penyelesaiannya

    ReplyDelete
  19. paling bahaya apabila ada 'seseorang' yang berniat jahat yang akan mengambil kesempatan bila dia tahu masalah kita..

    ReplyDelete
  20. suami yang baik adalah untuk isteri yang baik. kalau mana2 pasangan yang buat tidak baik, pasti Allah akan tunjukkan kebenarannya.

    ReplyDelete
  21. Allah lihat apa kita buat...

    ReplyDelete
  22. Isteri aku suka cerita aibkan aku kat kawan2 dia..

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …