Saturday, 28 May 2011

ambil tahu untuk apa??

Assalamualaikum...

selamat pagi semua..
eh!!aku dah pandai bertwet2 tau..hehheh..

entry pagi ni bukan nak cerita pasal tu.
tapi nak cerita pasal jaga tepi kain orang.
kalau ikut bahasa mudah faham ialah
ambik tahu hal orang.

ambik tahu hal orang ni ada baik ada buruk nya.
bergantung kepada perkara apa yang kita nak ambik tahu tu
dan apa tujuan kita untuk ambik tahu.

memang ada orang yang suka ambik tahu
benda2 yang tak penting.
"peti ais hang jenama apa?"
"hang ada buat personal loan tak?berapa ribu?"
"pak hang bini berapa orang?"

sibuk ja nak tau benda2 gitu.
padahal takdak kena mengena dengan dia pun.
dia nak ambik tau tu untuk suka2 dia ja.
lepas tu jaja la cerita merata kat orang..
bukan dia ambik tau pasal nak tolong ka apa..

"rumah dia pakai peti ais satu pintu ja.."
"dia tu dulu nak kawen pun buat loan.."
"pak dia kawen banyak.apa jenis pak entah.."

tapi ada jugak yang ambik tau dengan niat nak membantu..
contohnya bila dia tanya..

"kamu nampak muram saja.
kalau kamu ada masalah boleh cerita kat saya.
mungkin saya boleh tolong..kalau tak boleh tolong pun
mungkin saya boleh jadi pendengar untuk kamu.."

apa pun benda ni sebenarnya terpulang pada kita.
kalau kita percaya kat orang tu apa salahnya
berkongsi cerita walaupun cerita pasal peti ais..
tapi kalau tak percaya,tak payah la nak cerita semua benda kat orang tu..

lagipun zaman la ni kita kena hati2 sikit..
ramai orang nak ambik kesempatan ja
atas kelemahan,kekurangan dan keburukan kita..

sekian...

14 comments:

  1. biasenye pompuan kot.. laki susah nk cari yg mcm ni..

    ReplyDelete
  2. pasai tu kak ati malas nak kuar
    kalau petang2 tu

    pasai mesti tak leh elak ....depa
    suka tanya itu ini...

    kadang tu perli2 lama tak nampak muka
    bertapa ke dalam rumah tu

    selalunya hubby je yg layan anak2
    main2 luaq rmh...hehe

    ReplyDelete
  3. dia concern tuh.. hahaha

    ReplyDelete
  4. kalau ada apa2 hal berlaku,saya lebih suka mendiamkan diri saja walaupun ada yg tanya kenapa..eh,tak selesalah nak cite2 kat orang..hehe

    tu lumrah manusia..suka ambik tahu pasal kehidupan orang lain..tak boleh TIDAK..mesti nak ambik tahu jugak..lepas tu duk jaja cite kesana kemari..bila sampai menyampai,sikit punya hal pun dah jadi besar..kecoh je..

    ReplyDelete
  5. kdg2 masa kita berckp2 ngan jiran atau kwn kita..kita dpt agak dia tu pesen apa..sibuk jaga tepi kain ke atau mmg nk ambil tahu hal kita yg positif..

    jadi kitalah yg patut beware..nk bercerita pun kene pilih org..dan kita pom jgnlah bersikap mcm suka sgt jaga tepi kain org..mende2 yg xpenting tu..xpyh la nk sibuk2 tahu..

    ReplyDelete
  6. hihhi...kalau ngn best friend x pa kn? hihihi...

    ReplyDelete
  7. akak tinggal 1 ayat tu..

    "mak kamu pakai tudung umo brape?"

    hehehehe

    ReplyDelete
  8. i dont like minah kepoh yg bizibodi. hihi

    ReplyDelete
  9. hehe..btul kak..kita skunk kena pndaikan beza org yang nak amik berat dengan org busybody..kadang2 yang busybody ni suka guna alasan nak amik berat konon..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. orang yg suka tanya macam2 tu memang penyibuk akak.. sibuk je hal orang lain.. lantak ar orang tu nak pakai apa pun.. dia punya hal kan.. lagi tak boleh blah jaja hal peribadi orang lain.. tade keje punya pasal..

    ReplyDelete
  11. ayie xsuka orang jaja cerita dan membezakan taraf pendidikan anak mereka dgn ayie agpon ayie dh pernah kne mase ambik adik kt sekolah diorng dok perbndign..aduyai..makcik2..

    ReplyDelete
  12. ayie xsuka orang jaja cerita dan membezakan taraf pendidikan anak mereka dgn ayie agpon ayie dh pernah kne mase ambik adik kt sekolah diorng dok perbndign..aduyai..makcik2..

    ReplyDelete
  13. kak diana..

    nih semua tipikal orang kita..orang melayu yg suka amik tau hal orang lain yang bukan hak mereka untuk amik tau.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();