Jumaat, 15 April 2011

Cara-cara melariskan jualan dan memajukan perniagaan

Assalamualakum..

ni entry sambungan ye...kalau ada makcik pakcik atau adik kakak yang nak memulakan perniagaan mantapkan diri dulu dari setiap segi..rohani dan jasmani..eh!!ayat macam dr.fadhilah kamsah je ni..hahahah..

ok..jom kita baca satu2 ye..kita belajar sama2...

1)Jadilah orang Islam yang benar-benar bertakwa agar mendapat rahmat Allah
Jagalah solat 5 waktu.bukan solat kita je tapi
solat keluarga kita dan pekerja kita..jangan lupa amalan2 sunat.

2)
Belajarlah ilmu hadis tentang perniagaan. Terlalu banyak hukum hakam berkaitan perniagaan yang perlu dikuasai oleh umat Islam. Bolehkah orang Islam berniaga secara memajak buah durian sebagaimana amalan sekarang. Sebenarnya Islam menegah amalan ini kerana kelak ada satu pihak yang mungkin rugi atau kurang untung dari sepatutnya.

3)
jangan menzalimi pekerja dan pelanggan.ni sama la macam kes ludah dalam air soya yang tengah kecoh sekarang ni..bayar gaji sepatutnye pada pekerja.dia pekerja.bukan kuli.masa rehat dia jugak kita kena ambik peduli..

4)tanamkan sikap pemurah..ada untung salur2kan sedikit pada anak yatim dan tabung derma.naik kan gaji pekerja.bayar zakat.

5)
Elakkan memberi rasuah dan menerima rasuah.yang ni ramai betul yang tutup sebelah mata.dah macam virus pulak..

6)
Seimbangkan mencari dunia dan mencari akhirat.bila dah untung lupa dah nak buat amal ibadat.semayang jumaat pun dah tak pi sebab sibuk cari duit.

7) Elakkan sama sekali sifat riak.bila untung tukar2 kereta baru lepas tu menunjuk2 kat orang.sembang je tak habis2 cerita ada projek itu projek ini..takut orang menyampah sedar2 dia doakan tak baik untuk kita.

8)
Elakkan sifat merungut dan mengeluh.sikit2 nak mengeluh.lepas tu putus asa.tu yang ada orang buka bisnes bila lingkup terus gila.

9)
Elakkan sama sekali amalan pelaris termasuk amalan menggantung ayat Seribu Dinar dan Ayat Kursi.gantung saja tapi tak baca nak buat apa.
sepatutnye ayat2 tu kita kena baca.bukan gantung..

10)
Niatkan usaha perniagaan sebagai satu fardhu kifayah yang mana peniaga membantu pembeli dan pembeli pula membantu peniaga, insyaAllah setiap usaha bakal memperolehi ganjaran pahala besar dari Allah.

kalau korang perasan,orang melayu ni kalau berniaga mesti tak boleh pi jauh.tak berkat sebab suka bergantung dengan pelaris.dia kerja siang malam tapi untung tak dak.duit habis gitu je..

sekian...



rujukan..:http://emjayjb.multiply.com/journal/item/162

5 komen disini:

Azlan Hasan berkata...

btul2..ikut cara2 tu plus marketing yang betul insyallah perniagaan kita maju..amin!!

Regards,
-Strider-

adan berkata...

thanks.. perkongsian menarik.. ^_^

Fariq berkata...

tak ingat penah tgk kat tv ke baca entri org.. die jual barang makanan.. sebelum dia buat proses tu semua, dia buat semayang sunat dulu, lepas tu dah settle semua,, time nak proses,, dia pasangkan ngaji lagi.. nak mendapatkan keberkatan dari Allah..

p/s: serius tak ingat kat mana tgk benda ni.. adeh..

latest -
Sebab Perempuan Berpakaian Ketat

sarah-najwan berkata...

betul tu..nk bisnes bukan macam beli barang ajo
kena byk ilmu di dada..

saya hendak buat bisnes juga
bisnes kedai mkn..hehee

Woofer Storm berkata...

no 3 tu sy suka..jgn menzalimi pekerja..

**tu pasal ari tu berhenti kerja,majikan suka bngt nak pilih kasih,siapa yang tak panas hati..ermmmm

Related Posts with Thumbnails