Skip to main content

bekas kekasih!

Assalamualaikum...

hari ni boleh kata semua orang ada facebook..
yang tak minat ja tak dak facebook kot..
hehhe

macam2 orang kita boleh jumpa kat facebook ni.
yang kita tak jumpa tapi kita nak cari pun ada..
dengan facebook kita boleh jumpa kawan lama..
cikgu lama..
bekas2 kakak dan abang angkat..
dan bekas kekasih..
hhaah..

bekas kekasih paling bahaya la kalau jumpa kat facebook.
tambah2 bila kita ni dah berkawen.
tak sesuai la rasanya nak mencari semula bekas kekasih.
tapi ada jugak yang gatai2 nak cari semula bekas kekasih.
tak dak kerja..untuk apa nak cari dia..kan??

"saja2 la..nak tengok.."

jangan la cari pasal.bila dah berhubung dengan bekas keksih
tu mesti lah akan terbuka jugak cerita2 lama..
ha..tu la salah satu punca suami isteri berlaku curang.
konon nya nak menjalin semula ikatan cinta yang terputus dahulu..
padahal anak bini dah ada tu..
kalau yang melibatkan isteri orang lagi naya.

jadi..
tak perlu lagi mencari bekas kekasih.
biarkan dia dengan hidup dia dan kita teruskan dengan hidup kita..
aku tak tau la orang lain tapi bagi aku
bila seseorang tu dah jadi bekas kekasih,
maka menjadi kawan untuk aku juga dia tidak layak!

kalau jumpa selisih bahu pun aku buat2 tak kenal saja.
aku pun berharap dia juga anggap begitu.
jangan sekali kali nak sengih ke nak tegur2 sapa..
dan jangan sesekali nak cari2 aku kat facebook.


sekian..!!



Comments

  1. betul tu.. setuju sgt.. bnda mcm ni la yg salu rosak kn rumah tanga... ^__^

    ReplyDelete
  2. huiyo..
    jumpe pon tanak eh? haha
    dahsyat la kak.. =P

    ReplyDelete
  3. Huhu~nasib baik x kwen lg..
    Klu leh sye nie pun x nak jumpe..
    Tp dah terjumpe pun..huhuhu..
    kompius2..

    ReplyDelete
  4. dyana....betul sgt tu...lagi haru..bekas kekasih yang cari kita...tak pasal kita yg kena

    ReplyDelete
  5. tu la prob fesbuk..punca cerai pun byk..berpada2lah guna fesbuk..

    ReplyDelete
  6. pakwe lama MDT baru je kawin ujung tahun lepas.. dia takde Fb pun.. :P

    ReplyDelete
  7. depends pada punca berpisah dulu kot.

    ReplyDelete
  8. sebab tu time berkasih kena sederhana.. kang jadi bekas kekasih mulalah haru biru, lagi2 kalau ada dendam ke apa..

    ReplyDelete
  9. yes!! entry ini saya sangat setujuuuuuu...

    ReplyDelete
  10. jangan cari masalah...nnti mnyesal kemudian hari~

    ReplyDelete
  11. yg cari kekasih lama tu mmg sengaja nak cari pasallah tu.. cuba bayangkan klu pasangan kita yg dok cari kekasih lama.. sentap tak?? klu sentap kita pun jgnlah buat.. eh..eh.. emo pulak akak ni.. he..he..

    ReplyDelete
  12. janganlah ada bloggers yg buat benda2 macam ni... saja je buat pasal nanti...

    ReplyDelete
  13. dari dulu dah add si bekas ni,, tapi mmg layan camtu je,, tak kuasa nak lebih2,, hati terluka susah nak ubat,, ngeh

    ReplyDelete
  14. err.. kedengaran mcm akak sedang memberi amaran pada ex2 akak ni. hehehe.. nasib baik sy tiada kene mengena. kalau tak, tak blh nak komen2 mcm ni dah.. keh2..

    (^____^)

    ReplyDelete
  15. nak cari sis la ni..ngeeeee bhya fb ni kan sis,tu psl deactived fb..heheee layan blog n novel lagi best...

    ReplyDelete
  16. errr... sy x kawen lg.. xpe kot kalau terjumpa bekas kekasih kt fb.. heheh..

    ReplyDelete
  17. sy pun. tp ex tunang yg cari sy dlm fb. sampai kesudah sy tak approve. dah putus gatai2 cari kita pulok.

    ReplyDelete
  18. Huu..bagi Kiz..Facebook ni la benda yang paling merbahaya leh buat macam-macam benda xelok terjadi..

    ReplyDelete
  19. betol tu akak...

    yana jarang bukak fb..lebih banyak masa kat blog jer...hehehe

    ReplyDelete
  20. xde FB jg salah satu sbb x mo tambah dosa kering kak hehehehe

    ReplyDelete
  21. hehehe..FB tu salah satu platform paling senang nak terjumpa bekas kekasih..tapi sebebnarnya kat mana2 pun leh jumpa dan bile jumpa macam akak cakap laaa elok buat tak tau jer..kita pun taktau ape yang bakal berlaku nnt..ntah2 bekas kekasih tu da jadi phyco ker..hahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …