Skip to main content

dulu akak sekarang "ko"!

Assalamualaikum...

Adakah "aku"itu kasar pada korang??
pada aku,tak kasar..
"aku" lebih baik dari "kau/ko"..

korang tau tak ada orang dulu2 ada yang cakap
"aku" dengan mak ayah dia..
tapi dia tak kan panggil mak ayah dia "kau/ko"..
sebab tu aku kata "aku" tak kasar pun..

kalau cakap "kau/ko" tu memang kasar la bagi aku..
bagi korang aku tak tau..
sebab tu aku lebih suka panggil "kamu"
nampak mesra sikit kan??

sebenarnye di luar alam blog ni pun aku
tak gunakan bahasa "aku/kau"
kat dalam blog je..

tapi kan,ada la sorang blogger dulu dia panggil aku akak..
macam korang adik2 ni..
tapi disebabkan satu entry aku tu
dan2 panggil aku "ko" je..

tapi aku masih bahasakan diri aku
"akak" jugak..
biarkan lah dia..

korang nak bahasakan diri korang "aku","gua",ceq" atau apa je..
aku tak kisah..
tapi jangan panggil aku "ko/kau"..
kalau dalam entry tu lain cerita la ye..
heheh

sekian...

Comments

  1. may b dia c diana ni friendly so dia leh langgar tembok batu... kadang dimulut jer.. may b hati dia ikhlas...

    ReplyDelete
  2. akak,, saya ke tu??
    kalau saya,, mtk maap la ye,,
    kdg2 dlm berseronok terleka seketika,
    saya tak tau la kalau saya yg terhantar komen camtu,, papepon tetap minta maap,, selmat hari raya,, maaf zahir dan batin,, :)

    ReplyDelete
  3. eh..akak.echah ke?kdg2 kot2 xperasann.heeeee...

    saya pn nk mntk maaf zahir dan batin cm fariq.:)

    ReplyDelete
  4. Btol tu kak. Kawan perempuan sy klau bercakap dgn mak apak die gune 'aku'. Bg sy, amat janggal klau sebut mcm tu. tapi lebih janggal klau dgn mak apak gune 'saya'dan 'awak'. eww.. sy pula menggunakan 'Orang' dgn famili. haha..

    Kadang-kadang kite tak perasan sbb byk memberi komen di sana sini. tapi klau buat akak tersinggung, harap di maafi.

    (^__^)

    ReplyDelete
  5. eheheh...sebab tu ambe guna ambe jek...lembut jek dgrnyer,hehehe...

    ReplyDelete
  6. lebih suka guna panggilan nama atau awak saja.. sbb tahu ada juga yg tak selesa dgn penggunaan kao/ko tu.. klu akak pun rasa tak selesa juga..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. dulu saya panggil akak "ko" atau "diana" kan
    seyes masa tu tak tau umur
    hahahahaha
    lepas tu dah start panggil akak
    hehehehehe

    ReplyDelete
  9. sejk memula mengomen di sini lagi..saya bahasakan awak dgn awk diana..hhee...

    saya pom masa mula2 buka blog dulu thun 2009..bahasakan "aku" jgk..tapi sjk mula aktif tu..tetiba jadi "saya" lak..hehehe..

    tapi dlm n3 saya saya bahasakan pembaca saya dgn uolls..hhehe..manggres tuuu..hahahaha

    terpulang pada pengertian masing2lah..ada sesetgh xselesa dgn bahasa panggilan yg ganazz2 gtu...ada tu xkisah pun..

    ReplyDelete
  10. saya suka bahasa yang sopan.... sangat suka...

    ReplyDelete
  11. Sakura suke bahasa2 kan dengan nama..bolehkan..hehehe

    ReplyDelete
  12. hehe aku bercakap dgn parent aku pun cakap "aku".. tapi xpanggil la "kau/ko" kat diorang, hehehee

    ReplyDelete
  13. betul tu D..dlm ni jer guna MDT..kat luar org panggil MDT siti norhaliza eh!

    ReplyDelete
  14. ku x kesah je....asalkn jgn kurang adab le...

    ReplyDelete
  15. akak maksudkan saya ke tu?
    harap2 bukan.. ehehhe...

    ReplyDelete
  16. dalam family bisk,semua menggunakan perkataan 'aku'..itu kebiasaan.

    ReplyDelete
  17. hehee!! saya pun dah terbiasa guna aku n ko...xtao naperr!!~~ hahaha...rilek kak...saboww!!

    psttt...adakah saya tuh?? ahaks!!~~ jalan2 d petang hari kat sini...!!

    ReplyDelete
  18. @kembatolo™
    boleh saja...
    kamu kat sana cakap "ana-anta" la ye??
    heheh..

    ReplyDelete
  19. @ayu
    entah la..
    sebab sebelum ni dia panggil akak..
    bila sampai satu entry yang dia mungkin tak setuju tiba2 je dia panggil "ko"
    agak pelik la..
    sebab satu isu pun dia nak melenting,..
    mungkin isu tu ada kena mengena dengan dia kot.

    ReplyDelete
  20. @Fariq
    bukan kamu la..
    akak kan boleh tau kalau orang tu cakap "ko" waktu dia marah atau waktu dia suka/bergurau..tapi bukan kamu la..

    ReplyDelete
  21. @echah mashuri
    bukan echah,..
    dia seorang lelaki..
    selamat hari raya jugak..
    raya mai umah na..
    akak buat tapai..
    heheh

    ReplyDelete
  22. @The Crow Empire
    bukan kamu jugak..hehe..
    eh!kalau nak tau maisara dulu selalu bahasakan awak je dengan sapa2 je..
    dengan opah,maklong,tok wan,ibu,ayah..

    lepas tengok katon pines n ferb
    dia tak cakap gitu dah..
    ajaib!hahahha

    ReplyDelete
  23. @ijatnuar87
    betul2..
    tuan hambe pun ok gak..
    hehehhe

    ReplyDelete
  24. @Hanis Azla
    kan kak kan??
    maklum la orang tua macam kita ni cepat sensetip..
    hahahahha

    ReplyDelete
  25. @tim
    masa tu akak rasa macam anak2 dara lagi..
    hahah..
    perasan jap..

    ReplyDelete
  26. @sarah-najwan
    betul tu sarah..
    ada orang yang ok je..
    tapi bagi kita yang dah dia alam rumahtangga ni tak cantik la kan bila ber kau2
    dengan adik2 atau kawan2 kan..
    saya kaat sini bahasakan diri dengan nama sendiri atau pun "kita" je..
    dalam keluarga pun ada panggilan sendiri..
    adik2 panggil kaklang..
    hehhe

    ReplyDelete
  27. @Fatin Sakura
    itu yang seeloknye..
    nampak lebih mesra kan..

    ReplyDelete
  28. @padin
    ramai yang bahasakan aku..
    saya pun ramai kawan gitu..
    sebab tu tak rasa itu kasar..
    tapi kalau cakap mak ayah dia kau/ko memang nak kena lempang la tu..
    heheh

    ReplyDelete
  29. @biskut
    kalau memang dah biasa itu ok saja bisk..tapi jadi luar biasa bila mula2 dia panggil "akak"..
    tapi tiba2 saja dia panggil "ko"..
    rasa terkejut la jugak..
    mungkin marah sangat kot..

    ReplyDelete
  30. @Solihin Zubir
    tak la..
    tak kan la akak nak kata kamu..
    kamu kan blogger kesayangan rakyat malaysia..
    ahahahha

    ReplyDelete
  31. @♥WEIYDAWEINGWAFFA♥
    kalau dah biasa itu lain la waffa..
    yang pasti bukan kamu..
    dia lelaki..
    seorang pelajar..
    harap2 dia berjaya mengawal amarah nye..suatu hari nanti!
    heheh

    ReplyDelete
  32. @diana

    dlm dunia blog ni x leh terasa sgt.. cause yg trsurat @ trsirat kita x tahu... menulis n bercakap lain nadanya... lain dicakap lain penerimaan... lain tujuan lain terjemahan...
    x semua org leh ikut cara kita n x smua org kita leh ikut...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …