Skip to main content

cerita kursus kawen aku::episod 2

Assalamualaikum...

meh baca sambungan cerita kursus kawen aku..
kursus dua hari jadi banyak la benda yang jadi..

hari pertama kursus semua nye ok..
walaupun disoal siasat macam orang buat salah tapi aku tak kisah..
esok nye aku datang lagi..

sampai masa ustaz yang semalam tu masuk lagi..
dah petang masa tu..
dalam jam 3 la..cerita tentang rumah tangga..

dia tanye semua..
"urusan jaga anak,memasak,cari duit,
basuh baju,itu kerja siapa sebenarnye?"

meja aku no 1 masa tu..
depan sekali..ustaz ni pulak bila dia tanye mesti dari belakang..
meja hujung yang belakang sampai la kedepan..
aih..selalu sangat aku jadi orang terakhir yang jawab..

bila dia tanye soalan yang atas tu..
semua orang jawab tugas isteri..
sampai meja depan iaitu meja aku,
aku jawab le tu sebenarnye tugas suami..

ustaz tu cakap..
"nasib baik la tunang kamu tak de.."
lepas tu dia senyum.

"dia tanye..kenapa kamu kata tugas suami..?"

"sebab tugas isteri ialah melayan suami dan menjaga harta nye..
soal rumahtangga cuci baju ke,isteri cuma membantu.."

ada jugak tu lelaki2 yang tak puas hati.
siap batuk2 bila aku cakap gitu..berehem-ehem bagai..
takut betul kalau bakal isteri depa terpengaruh dengan
jawapan aku..

ada yang ketawa pulak tu..
adakah jawapan aku salah??

tak lah..
aku jawab betul pe..
orang lain pun jawab betul tapi depa bercakap dari apa yang depa pandang.
berbanding aku yang jawab dari apa yang aku baca..
hahahahah...

sekian...



Comments

  1. hehe...mmg jwpn awk mengundang emosi kaum lelaki sb dlm soklan tu termsuk jaga anak, memask, bsuh baju..tu tugas bini..hehe

    yg tugas suami mencari duit utk nafkah keluarga..

    tapi seme tu skrg sekali harung iaitu..isteri gak bekerja cari nafkah..jadi skrg si suami ptut gak jaga anak time bini nak memasak ke atau membasuh baju..

    betul dak jwpn saya..ehhe

    ReplyDelete
  2. alamak. ehem2.. aku jugak bakal suami. haha

    ReplyDelete
  3. hahaha,, betul 2 kak,, mmg tu la tugas isteri sbnrnya,, melayan suami,, adeh,, tak sbr nak kawin dah ni,, :p.. yg lain2 cuma membantu je,,

    ReplyDelete
  4. betullah tu..
    melainkan suami arahkan dan tidak bertentangan dengan syarak, baru jadi wajib utk kita laksanakan..
    Sepatutnya mmg lelaki kena sediakan tempat tinggal, makan pakai segala.. Wahaiii suami..

    ReplyDelete
  5. saya dah lama tahu pasal nie.. hahaha

    ReplyDelete
  6. hehehhe...sebagai lelaki saya terpaksa bersetuju...memang tu kerja suami dan kalu suami nak isteri lakukan kerja tu,suami kena sediakan semua kemudahan untuk memudahkan isteri wat kerja tu....

    ReplyDelete
  7. sebenarnya tu tugas kedua2nya.. kan bagus kalau saling tolak ansur n kerjasama.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. @sarah-najwan
    tepat sekali..
    sekarang ni pompuan dah macam lelaki dah..
    malah ramai yang lebih hebat dari lelaki

    ReplyDelete
  9. @Fariq
    hahah..
    dah ada calon ke belum??
    calon ramai la kan??
    yang mencalon kan fariq je belum ada kan????
    ahhahaha

    ReplyDelete
  10. @A.S.T.I.N.A
    betul la..
    nak suruh bini masak,
    tapi beras dan lauk tak beli..
    nak suruh bini basuh baju tapi sabun nak beli pun susah sanagt

    ReplyDelete
  11. @kembatolo™
    bagus2..
    tahu tapi jangan nanti buat2 tak tahu ye..
    ada lelaki yang tak tahu kerja cari duit tu kerja suami tapi masih lagi dok paksa bini kerja..alasan nye tak cukup kalau kerja sorang..
    aih..tak cukup cemana tu ye??
    kerja hebat pun tak cukup lagi ka??
    pelik!!

    ReplyDelete
  12. @ijatnuar87
    alhamdulillah...
    untung sapa yang dapat ijat ni..
    heheh

    ReplyDelete
  13. @Solihin Zubir
    betul..
    baik la bertolak ansur..
    bila isteri dah kena mask membasuh,buat apa nak suruh bini kerja..
    kan??
    bertolak ansur la sikit..
    ni tak,bini kerja,balik rumah nak masak lagi,aihhh!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …