Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

padan muka Amiza adnan!

Assalamualaikum....

Dulu aku memang meluat betul kat Amiza Adnan ni..tapi sekarang ni rasa kesian pulak kan.. dalam kesian tu ada lah sikit rasa nak padan muka kan dia.. hahha....

ye lah.. dulu dia kan curang.. mengabaikan suami dan anak2.. sangat kesian pada suami dan anak2 dia..

sekarang ni,sejak dia lumpuh dia curiga pulak pada kesetian suami dia.. tambah perit bila anak2 menjauhkan diri .. berpunca dari kesilapan lalu dia, maka itulah hukuman dia diatas dunia..

hidup tak tenang dan merasakan orang sekeliling ingin mencampak kan nya ke tepi... merasakan diri nya tiada kepentingan lagi..

iah!!sangat sedih bila waktu ini dia merayu2 pada anak nye..
"adik..mari lah kat ibu.." boleh menitis airmata..kan??
sebenarnye masih dalam mood 'trilogi cinta'.. drama kat tv1.. best la drama ni..
banyak pengajaran2 untuk isteri2 curang ni..
sapa yang tak pernah tengok malam esok jangan lupa tengok tv satu jam 1o malam.. okey!!!

sekian...

maisara::telor atau buah pinggang??

Assalamualaikum...

selamat malam semua..
agak lama tak tunjuk kan lukisan maisara.. bukan tak nak tunjuk tapi sekarang ni maisara sibuk mewarna je.. boleh kata seminggu sampai 2,3 kali beli buku warna.. jadi kurang sikit melukis tu.. lagipun buku dia banyak yang dah habis di lukis.. bila keluar nak beli nampak buku mewarna je.. terlupa nak beli buku untuk dia melukis..


tapi hari ni maisara ada la melukis sikit2.. tekun betul dia melukis sampai tak mau mandi.. (sebenarnye dia memang tak mau mandi kalau sejuk2 ni..heheh)

cer tengok apa yang maisara lukis ni..?? ha..dapat tak?? kera??bukan.. kura2??bukan....

jawapan nye ialah.....



kucing..heheh

gambar yang atas tu ialah gambar kucing sedang berdiri.. aku tak pasti apakah benda bulat2 yang tergolek di kaki kucing itu.. adakah buah pinggang?? telor kucing jantan mungkin..

sekian...

lelaki anak emak.

Assalamualaikum...


hari ni kita cerita pasal lelaki la.. best la mengata2 lelaki ni..hahahah

kita cerita pasal "anak emak" ye.. ada setengah perempuan yang merasakan lelaki yang tionggal dengan emak ni adalah seseorang yang anak emak yang tentunye lemah, tidak bertanggung jawab dan perlu sentiasa di bimbing! betul ke??

korang pernah jumpa tak lelaki yang begini? dah ada kerjaya sendiri tapi masih 'tinggal dengan emak.. baju pun emak yang basuh, boleh dikatakan keseluruhan hidupnye mesti mengikut telunjuk emak.

macammana kalau korang adalah lelaki yang begitu.. dah ada kekasih tapi kekasih tak suka korang tinggal dengan mak ayah dan terlalu bergantung pada mereka.. sebab dia mesti mengharapkan korang mampu berdikari sedanglan korang memang tak boleh duduk asing2 denagn mak ayah?? korang nak tinggalkan ke kekasih korang tu??

sekian..
**pengalaman aku..lelaki yang tinggal dengan mak ayah ialah lelaki yang tidak bertanggung jawab**

lelaki yang menjaga penampilan diri=lelaki lembut?

Assalamualaikum...

hari ni dah hujung bulan..esok masuk la kita ke bulan yang baru.. seronok kan sebab masuk2 je bulan baru terus dapat cuti 3,4 hari... aku balik kedah cuti ni.. best2 sebab dapat jalan2.heeee :)

ok la..aku nak cerita tentang lelaki yang suka merapikan diri.. pelik ke bila ada lelaki yang cerewet tentang penampilan diri .. macam pompuan pulak,..kan??

merapikan diri bukan sesuatu yang memalukan bagi lelaki.. macam wanita la..lelaki pun kena jugak bagi perhatian pada pakaian,wajah supaya penampilan dan imej tu terjaga.. kan?

bagi aku bagus la kalau lelaki ramai yang macam ni.. sebab sekarang ni aku tengok tak ramai yang ambil berat soal merapikan diri.. pakai asal boleh je.. muka pun cuci dengan sabun mandi saja..

tapi... harus berpada2 lah..jangan sampai merapikan diri,berhias macam perempuan pulak.. dengan lipstiknye.. dah berlipstik pakai maskara pulak.. tak cukup gitu perfume pun pakai yang perempuan punye.. aih!!tu dah lain macam je ..

sekian..





tau tak??

Assalamualaikum..

korang ada bela kucing???singa???ada tak?harimau..ada sapa2 bela harimau???

saja je aku tanye.. korang biasa tak nampak ada jalur hitam kat tepi hidung haiwan2 tersebut? jalur hitam tu kat bawah mata dia orang.. eh!!diaorang pulak... diabinatang..heheh...

tau tak apa fungsi jalur hitam tu.. ha..ni nak bagi tau.. jalur hitam tu untuk mengurangkan silau mata haiwan2 tersebut..

info ni untuk orang2 yang tak tau je.. mana yang dah tau tu sila buat2 tak tau..

sekian..

Maisara::haiwan peliharaan.

Assalamualaikum...

tadi aku tengok tv dengan maisara.. tengok cenel nat geo wild (550)..

tiba2 maisara cakap macam ni..

Maisara:ibu,maisara nak haiwan peliharaan..

Ibu:ok..nanti kita suruh ayah carikan kucing ye...

maisara:saya tak mau kucing..takut!

ibu:ok..kita cari rabbit..

maisara:tak mau la..dia suka duduk dalam tanah..

ibu:habis tu nak apa??burung?/

maisara:saya nak gajah..

ibu:ha?????

suka hati hang la maisara oi...

*****

tom yam!

Assalamualaikum...

korang suka tomyam??tomyam udang??ayam??daging???

aku suka tomyam.. tapi tak boleh makan selalu.. sebab cepat jemu..heehe..

kalau korang biasa makan tomyam mesti korang tengok dalam mangkuk yang dia hidang tomyam tu.. bawang dengan serai je yang banyak,..
udang ada la 2 ekor.. ayam lak ada la dalam sepuluh ketoi.. tu pun besar taik idung je..
tomato ada la dalam suku potongan..
sekali harga nye rm5.00..

lebih baik masak sendiri kat umah..kan?? lebih jimat dan boleh makan banyak2..

ni bukan harga kat restoran mewah2 ye.. ni cuma kat kedai biasa je.. kedai tepi jalan..kat tempat korang pun banyak restoran gini kan..?? tukang masak nye orang petani..

kalau restoran mewah mau harga dia lagi mahal ..kan?? dulu masa kat jb aku selalu jugak makan tomyam.. kat sana banyak yang jual tomyam kaler putih.. aku suka sangat tomyam yang kuahnye putih tu.. tapi sejak dok penang ni tak jumpa dah.. semua kuah tomyam nye kaler merah..

sebenarnye entry ni cuma nak bagi tau hari ni aku masak tomyam.. heheh..

se…

lupa.

Assalamualaikum...

pernah kah korang mengambil kesempatan di atas kelemahan seseorang??mesti lah pernah kan.. hidup kita ni ada yang lemah ada yang kuat..

misalnye dalam sukan.. bila kita masuk satu2 pertandingan,kita mesti nak memang kan.. kita berharap kita boleh mengalahkan mereka.. bila kita dah menang mesti lah sebab lawan kita tu ada kelemahan.. kan??kan?? hehhe..

sebenonye nak cerita tentang suami aku ni.. mengambil kesempatan diatas kelupaan aku ni.. semalam..sambil belek2 katalog produk kecantikan...

Diana:abang,kita nak beli la produk XYZ ni..harga dia rm399 ..mahal ni..mesti berkesan ni..

Abang Lan:hari tu kata tak mau guna produk mahal2..kata membazir..

Diana:eh!!kita ada kata gitu ka??

Abang Lan:ya la..abang ingat lagi sayang cakap macam tu dulu..

dalam hati aku ni tertanye2 je, biar betul aku ada cakap gitu.. tak mungkin!!!!
nanti dia..nak kena kan aku ye... aku nak kena kan dia balik..!!

Diana:ye ke kita cakap?tak mungkin la..cuba abang ingat betul2 pompuan mana yang cakap macam tu kat aban…

baru!!

Assalamualikum...

Selamat berhari minggu..setelah menyepi semalam..
hari ni aku kembali dengan baju baru dan semangat yang baru..

entry memula hari ni cuma nak kenal kan adik aku je.. nama dia suhaiza.. panggil eija saja..pada yang tahu eija dan kami adik beradik yang lain dah terpisah sejak eija lahir lagi.. jadi baru ni la kami dapat beramas mesra.. hhehehhe..

kalau sapa 2 nak kenal ieja pi kat sini..

blog dia pun baru lagi.. entry pun belum ada yang hangat. semua cerita tentang diri sendir je.. nak gelemer la tu.. hahhaha

pesanan untuk eija.. selamat datang ke dunia blog.. dunia yang sentiasa panas..hahahah
rajin2 balas jejak orang yang datang blog kita dan cari tips2 berblog . tip untuk meningkat kan traffic,tip untuk dapatkan ramai follower, tip untuk dapatkan banyak komen dam macam2 tip lagi la..

kalau tak tahu apa2, sila lah bertanye.. sebab semua orang sudi membantu.. :)

**kadang2 tengok muka dia macam muka aku lak..hehhe**

adik,blog dan aku!

Assalamualaikum..

hari ni aku ingat nak tukar kaler blog ni..asyik baju pink je.. sesekali nak jugak pakai kaler lain.. dok pikir ni kaler apa lak aku nak bubuh..

selain tu aku ingat nak tukar la sikit apa2 yang aku rasa boleh tukar.. maklum la ..dengan pengetahuan yang kurang banyak ni apa lah sangat yang aku boleh buat.. kalau orang lain,nak edit2 blog dia akan private kan untuk sementara waktu..
tapi aku tak.. blog aku sentiasa terbuka untuk korang.. dalam keadaan buruk atau sangat buruk.. hahahha..

nak mencari tutorial la lepas ni.. lagipun hari ni aku sedang berkelapangan.. boleh hadap blog lama2.. lama2 sebab line slow.. kena la hadap lama2.. hahhahah

eh!!lupa nak bagitau.. adik aku pun dah ada blog.. adik yang ni.. tapi link nye belum aku berani nak sebar2 kan.. takut dia marah pulak..! heheh

**line sangat slow la..mencik!!! :(

nak vote ke tak nak??

Assalamualaikum..


tadi ingt dah nak tulis apa.. tetiba lupa lak..

ha..ingat dah.. korang akan vote tak kalau tiba2 ada orang entah sapa2 tinggal kan link kat korang dengan pesanan "tolong vote saya"..

aku malas nak layan benda gitu.. kalau kenal nak jugak la tolong2 vote.. ni tak.. entah sapa2 je.. kan??kenal tu bukan la bermaksud dia datang umah dan bawak mangkuk tingkat yang ada isi.. tak...
bagi setengah orang dia akan kata "tak pe la..vote je lah dia.." tapi aku tak nak la gitu..
datang la komen2 ke.. beramas mesra 2,3 hari kat blog kita kan..?? kemudian baru la cucuk2 jarum suruh vote..

tambah2 yang suruh vote entry dia.. entry dia pun kita tak baca lagi.. tiba2 je tinggal kan link untuk vote tu kat shoutbox kita , suruh kita vote.. boleh gitu??

kan bagus kalau dia kata gini..
"tolong baca entry saya ni,kalau suka sila vote saya di link ini." ha..kan sedap gitu kan..

ni tak..semalam entah berapa ramai yang tinggal kan link untuk vote je.. link ke entry depa tu depa tak letak …

mesti dari tokai!!

Assalamualaikum....
dapat award oi... sebenarnye aku tak tau award ni untuk apa?? untuk orang yang follow kita atau kita follow orang..
apa pun yang aku tahu aku punye follower yang semuanye sangat baik.. dan blog yang aku follow pun semuanye best2..
{aku suka kipas}

aku di tag oleh tuan punye blog ini:-
http://akujerit.blogspot.com/

ada soalan jugak yang kena jawap.. aku tak nampak apa kaitan follow memollow dengan soalan2 ni...

1)bagi ucapan:
terima kasih sayang ku ucap pada mu.. kerana menyambut tangan ku yang hampir layu..(lagu terima kasih:awie)

2)berikan 4 ciri lelaki/wanita idaman untuk dijadikan suami/isteri:
~nama dia mesti Lan
~nak yang sebaya..mesti lahir pada 30hb10 1980
~dia mestilah berasal dari pendang kedah,mesti orang tokai na..tempat lain tak mau!
~dia mestilah seorang yang pergi kerja naik motor.ujan je dia naik kereta..

3)berikan 1 tips untuk mengekalkan hubungan dengan pasangan
~tiap kali dapat gaji jangan sorok dari bini..

4)pernahkah anda terjumpa doa pendekat jodoh dan putus cinta.

macam mana nak follow???

Assalamualaikum..

selamat petang semua...sapa tak suka orang follow blog dia??mestilah suka..kan?? ada yang lepas follow akan tinggal kan jejak di shoutbox.. tapi kebiasaan nye pemilik blog akan terlepas pandang benda2 di shoutbox ni.. kalau buka2 blog je dia tak tengok pun kat shoutbox..mesti dia tengok jumlah follower dia dulu.. lepas tu dia akan klik kat gambar orang follow tu..kan??ke korang tak buat macam tu??lantak la..hehehh
sangat geram bila kita klik kat gambar tu yang keluar begini..
nak follow dia balik macam mana ye?? tak tinggal apa2 pautan pun..


ha..kalau macam kat bawah ni sangat senang kita nak jejak dia semula.. sebab ada pautan tu

jadi hari ni aku nak korang semua2 ni check balik profil korang.sebab benda ni kita tak sedar pun..kita kata "ye la..saya pun tak suka la jumpa macam ni..susah nak jejak balik" padahal dia sendiri pun macam tu jugak.. jadi check la semula ye..
mula2 pi kat dashboard dan klik edit profil..


lepas tu keluar benda ni..klik kan general.. dalam bahasa …

aaarrrrgggghh...kedutan???

Assalamualaikum...

selamat tengah hari semua..
hari ni dah hari jumaat..cepat je masa berlalu.. bila cepat,rasa diri cepat tua pulak.. kalau boleh nak hentikan masa ni .. tapi henti kan masa tak bermakna kulit pun berhenti berkedut.. hahha.. ada tak orang yang kulitnye tak berkedut sampai bila2?? mana ada.. mesti ada kulit kedut jugak...

kat tempat2 tertentu je kita boleh kawal kedut ni.. cuma boleh kawal.. bukan boleh halang kedutan..okey? kedutan tetap terjadi..

bila bergambar tunjuk muka je.. amalkan gaya hidup sihat,lambat la kedutan tu nak datang.. cuma lambat,bukan tak datang kedut langsung.

tapi kat leher,bawah lengan ,kat dada.. dah ada tanda kedutan tu.. biasanye umur 50 dah ada kedutan ..kan??

korang guna produk apa ye?? lepas sekolah dulu aku guna fair n lovely.. sebab masa tu kulit itam.. tak jaga langsung..

sejak kawen sampai sekarang masih percaya pada olay.. ((walaupun kadang2 pakai jugak produk lain untuk test2 saje..hehhe))

sekian..


cerai

Assalamualaikum...


nak cerita tentang cerai..hari2 ada orang bercerai. orang perempuan suka mintak cerai,yang lelaki pulak suka2 hati je bagi cerai.. bila dah mintak suami pulak bagi. rasa tercabar je bila isteri jerit2,
"'ceraikan aku!!!ceraikan aku!!" macam di sampuk hantu..

lepas tu bila dah bercerai cakap pulak suami kejam ceraikan dia .. padahal dia yang nak bercerai..hehhe

korang biasa kan baca dalam surat khabar dalam ruangan soal jawab, ada yang tanya pada ustaz tu..
"saya melafazkan cerai dalam keadaan marah.. adakah boleh jatuh talak?"

tak tau la masa kursus kawen dia buat apa. tidur kot..

talak tetap jatuh walaupun dalam keadaan marah atau tanpa niat jika dilafazkan dengan jelas..
tapi kalau suami korang giler ke,belum baligh ke, talak tak jatuh ye kawan2..
masa tu sila rujuk kat mahkamah..!

tapi kalau pun laki tu tak baligh lagi jangan la mulut tu dok sebut cerai saja.. satgi benda tu jadi dah terbiasa pulak.. bila dah baligh,ada isteri mula la sikit2 nak cerai. sikit2 jat…

hitam atau biru??

Assalamualaikum..

korang ingat tak yang aku cerita cincin aku hilang??dah jumpa dah..semalam! kan dah cakap kan.. hilang sekejap.. pastu mesti jumpa balik..
hilang tu sebab nak bagi aku runsing dan tertekan je..
aih..marah kat diri sendiri je ni.. aku yang cuai..

nak tau jumpa cemana?? semalam selepas maghrib..

Lan:jom kita pi makan.

Diana:jom.... :))

Lan:lekas siap..

aku pun siap2 kan maisara dulu.. pastu baru siap kan diri sendiri..

buka almari nak ambik jeans..

Diana:((dalam hati))mana jeans biru tu???
oooo..jeans tu dah pakai masa pi tengok adik nurin semalam..

ha???jeans biru?? cepat2 cari jeans biru tu dalam mesin basuh.. mujur la kain baju dalam mesin tu belum berbasuh.. hehe..

seluk poket jeans dan..... jumpaaaaa!!!heheh..

patut la masa aku cari semalam tak jumpa.. rupanye silap jeans.. aku pi cari dalam jeans yang kaler itam hahah..

apa yang aku pakai pun aku tak ingat.. pelik!

sekian..





mana ada hukuman gantung!tipu saja..

Assalamualaikum..

sebenar nye entry ni aku nak buat dari semalam lagi..tapi tak dan.. banyak sangat benda nak publish sampai ada je yang tak sempat nak di utarakan.. wah..gitu...

surat khabar semalam ada cerita tentang Nurul Syuhada yang terlepas hukuman gantung atas tuduhan membunuh bayi.

agak terkejut sebab dia didapati tak bersalah>> apa??? tak bersalah??
ya kawan2..dia didapati tak bersalah atas tuduhan membunuh. agak pelik ye.. walaupun dia mungkin tak bunuh tapi dah nyata yang dia buang bayi tu kat dalam lubang tandas..
kenapa dia tak di dakwa atas kesalahan buang bayi tu??

tak kan la bayi yang baru lahir tu merangkak masuk dalam lubang tandas..??

konon2 nye sapa2 yang buang/bunuh bayi akan di dakwa mengikut seksyen 302.. sampai sekarang tak dak sapa yang kena gantung pun.. yang buang bayi semakain ramai.. bila nak di laksanakan entah..


sekian..

tip dapatkan komen yang super banyak.

Assalamualaikum...

sepanjang aku berblog ni selalu aku tengok blog yang ada banyak komen.. satu entry dia ada lebih 30 komen.. tu bagi aku satu yang sangat menyeronok kan.. jadi aku pun tertanya2 la jugak macam mana diaorang buat ye..

kadang2 aku tengok entry simple2 je.. cerita tentang anak tengok tv je.. tapi komen mak iah.. 30-40 komen..

orang kata kalau nak orang komen entry kita.. kita kena rajin komen entry orang.. betul la tu.. cara tu memang sangat2 berkesan..
semua blogger dah tau cara tu..

tapi ada satu lagi cara yang aku tengok memang menjadi la.. caranye ialah.. satu entry satu hari.. hahahah...
bangun pagi2 jam 9 tu buat la satu entry.. buat 2,3 perenggan..
dan siap publish.. apa lagi start la bw.. tinggal komen dan jejak kat blog kawan2 yang lain.. dari pagi sampai petang bw je..

malam buat entry ke dua.. pastu bw lagi.. bw sikit je sebab malam ..kan??? nak layan drama korea lagi.. mana dan nak bw lebih2..hehhe

kompem la entry tu belambak2 la komen nye.. sapa tak seronok kan?? heheh>>
tapi aku tak…

kenapa takut???

Assalamualaikum...

aku tak tahu la korang tahu atau tak..ingat tak dulu nuffnang ada keluarkan notis tentang fraud click..
sejak nuffnang keluarkan arahan gitu. ada blogger yang takut klik iklan.. heheheh..


sebenarnye klik iklan tu boleh .. cuma jangan suruh2 orang klik iklan.. itu yang tak boleh nye.. kalau korang nak klik iklan,klik je la.. apasal lak nak takut ,kan???

patut la la duit aku tak bertambah.. rupa nye korang dah berenti klik iklan... huh!!! wakakakka...

sekian...

kunci kebahagian

Assalamualaikum...

Bila tengok pasangan yang punye anak yang baik.. yang tidak terlibat dengan masalah sosial.. yang patuh pada ibu bapa.. mesti kita tertanya2 bagaimana dia mengasuh anak2 nya.. kan??

nak tahu apa kunci rahsia mereka??
"kemesraan suami isteri"

sekian..

tolong klik iklan???

Assalamualaikum...

korang pasang iklan heartbeat kat blog tak?? ramai la aku tengok yang pasang.. bagus2.. menambah pendapatan.. aku??? bukan tak nak pasang cuma nuffnang yang ada tu pun korang tak klik ni kan pulak nak letak iklan lain.. nak suruh orang klik kang jadi haram pulak. heheh>>

tadi aku jalan2 la kat blog solihin.. saja la selak2 entry dia yang lama2 dan berkarat tu.. aku buka entry tajuk Duit hasil iklan nuffnang haram..

aku copy sikit.. tak mintak izin ni.. tapi dia mesti bagi aku copy..berani marah?? aku jegil mata sikit je dah menangis tu..

baca ni..

Pendapatan dari iklan nuffnang boleh jadiHARAMjika anda menyuruh pelawat blog anda klik pada IKLAN anda. Contohnya :
" SINGGAH KLIK2 KAT SINI! TOLONG KLIK SAYA BALIK! "

" TOLONG KLIK IKLAN! SAYA NAK GUNA DUIT TU NAK KAHWIN! "

" U CLICK ME, I CLICK U! "

dan bermacam-macam lagi cara nak suruh orang klik iklan kita untuk dapatkan duit tu.

ha..baca dah.. aku bw tadi tengok ramai sangat yang suruh klik iklan heartb…

gula jeruk.

Assalamualaikum...

korang kenal gula jeruk tak?? korang kenal dia,dia tak kenal korang??

tau tak gula jeruk.. gula yang di campur kedalam buah2 untuk buat jeruk.. entah kenapa gula tu aku cari tak jumpa kat kedai2 ye?
padahal aku tengok ramai je orang jual jeruk.. mana dia orang dapat gula tu..

menurut mak aku.... wah!!macam baca berita lak..
menurut mak aku dan orang2 tua kat kawasan umah aku ni,gula jeruk tak boleh di jual di malaysia..
bia betol mak aku ni.. dah macam candu la pulak taraf gula jeruk ni..

aku try google tapi yang banyak resepi buat jeruk guna cuka dan gula tu.. aih..tu tak mau..dah cuba.. sangat tak sedap..

aku suka jeruk kelubi.. buah kelubi tu tak buat jeruk pun aku makan,ni kan pulak kalau buat jeruk.. heheh

sekian..!

Ben Ashaari tag aku!

Assalamualaikum..


hari ni aku telah di tag oleh Ben Ashari untuk join satu kontest yang sangat menarik dan meletup2 ni..



peghhhhh!!giler best la kan kalau blogger ternama tag kita untuk kontest atau GA.. rasa bangga tu lain macam je..
siap buat sticky pos 48 jam..

tuan punye kontest atau GA tu bertambah la kembang hidungnye sebab kontest dan GA yang dia buat berjaya menambat hati blogger ternama..

bila buat senarai list peserta kat sidebar mesti nama blogger ternama kena letak kat atas sekali.. senang orang nak nampak..
bila orang tengok je blogger ternama join mesti la yang lain2 pun akan join jugak kan...

walaupun kontest tu tak la hangat mana pun.. suam2 pun idak..biasa2 saja.. tapi tetap meletup2 sebab blogger ternama yang ikut sama..
selain tu akan ada la pihak2 yang nak menaja hadiah2. ikutkan kita memang nak bagi pensil 2b dan kotak pensil bermegnet je.. tapi disebabklan penangan blogger ternama ada yang sanggup taja pemenang dengan hadiah 3 hari 2 malam kat hotel bajet di langkawi..

makanya.…

cincin tunang!

Assalamualaikum..

aku sangat cuai..cincin tunang hilang la.. entah hilang untuk yang ke berapa kali..
sebelum ni pun hilang jugak.. last2 jumpa dalam beg tangan..

semalam pi rumah kawan suami.. tengok dia dapat baby baru... aku nak dukung la anak dia.. jadi aku buka la cincin tu takut kena anak dia.. aku letak dalam poket seluar belah kanan..

baru kejap tadi pi blog ijat nampak dia cerita yang dia suka pakai cincin.. baru aku teringat kat cincin aku tu.. mengelabah giler.. cepat2 cari dalam poket jeans yang aku pakai malam tadi.. tapi tak de dah..

aih..sedih betul la.. aku suka pakai cincin tunang tu sebab dia kecik dan ada batu. tak berapa suka cincin nikah sebab besar gedabak macam makcik tua..

benda yang aku suka tu la yang nak hilang pun.. geram dengan diri sendiri yang cuai dan pelupa ni..

setiap kali hilang mula la dengan mood aku sekali hilang. jadi aku malas dah nak pikir. kalau jumpa pun cincin tu aku malas dah nak pakai. simpan buat pusaka je..

sekian..

nak beli perabot tak??

Assalamualaikum...

korang berniat nak tukar perabot??ini lah masa yang sesuai.. heheh.. macam iklan pulak..

korang tau tak harga perabot kat kedai2 mesti akan turun bila tiba musim perayaan tahun baru cina.. betul.. tak percaya?? kat pulau pinang biasanye begitu.. tempat lain tak tau la..

biasanye kalau nak dekat2 tahun baru cina taukey2 ni bermurah hati je nak turun kan harga perabot diaorang. kalau korang mintak kurang pun mesti dia bagi..
tapi ingat ye.. lepas dia bagi diskaun tu manis2 kan lah mulut ucap selamat tahun baru cina ke.. semoga bisnes makin bagus ke.. semoga lu punye keluage ade ong ma.. heheh..

tapi kalau taukey tu tak bagi diskaun sah le dia kelekut punye olang! hehehhe

sekian..

1st GA Pearl by mOoN

Assalamualaikum...



hari ni aku nak join GA..
sebenar nye di tag oleh fariq..
hehhe....(tadi lupa nak bubuh))

tengok banner dia tu... simple je kan??klik situ ye kawan2 kalau nak join..

Aku nak join GA ni sebab GA ni simple sangat2.. lagipun ni sebagai tanda sokongan untuk kawan2 blogger.. lagi satu sebab dah kena tag kan.. heheh
kalau di beri pilihan Antara putih,peach dan hitam, dah tentulah aku pilih putih.. sebab putih boleh suai padan dengan kaler apa je.. semua boleh masuk.. kan??

untuk GA kali ni aku nak tag
astina, ijat
wooferstorm
ok..yang lain tu pun boleh join jugak.. lagi ramai lagi bagus.. kita bagi cik moon pening kepala sikit.. hahahha

tarikh tutup 14 feb 2011.. cepat2 jangan terlambat..

sekian..

wanita yang menjijik kan!!

Assalamualaikum..

selamat pagi semua..
kita mulakan hari ni dengan menguap panjang dulu.. eh!!mengucap panjang la.. lailahaillallah.............

ok dah.. korang dah baca surat khabar?? mengucap panjang aku pagi ni.. bila baca tentang ibu tikam bayi tu.. giler ke apa..
tak mau anak bagi kat orang je la.. yang tikam dia nak buat pa.. zaman sekarang ni manusia semakin kurang rasa kasih dan sayang..
bila kita baca cerita artikal ni 'sah la dia menghadapi tekanan jiwa.. dia tertekan sebab dia melahirkan anak sapa entah.. tak pelik ke suami kat penjara dah tiga tahun.. dia mengandung..

sebab tu dia bunuh anak tu untuk menutup salah dia.. aih..akal pendek.. dia tak sedar dia menambah lagi masalah.

muka dah tak cantik, perangai biar lah molek..

dah jadi isteri orang kenapa perlu berselingkuh.. rasa tak tahan hidup sendirian mohon la cerai dari suami.. kawen dengan kekasih tu dan hidup lah serupa orang..
sekian..

maisara::iklan

Assalamualaikum

korang nak tau dak..masa aku mengandung dulu aku cukup suka tengok risalah2 iklan dari tesco,carfour,econsave..dll.. hehhe..

sekarang pun suka.. walaupun tak de benda nak beli tapi nak jugak selak2.. lepas tu berkira2 la boleh beli ke tak.. korang macam tu ka?? kalau sama macam aku,meh calit skrin beramai ramai..

sekarang ni tabiat aku tu dah turun kat maisara.. pantang ada iklan kat pintu pagar tu...

maisara:wah..yang ni cantik ni ibu..

ibu:erm...(sambil tengok iklan)
maisara:yang ni..yang ni..murah ni..

ibu:erm...

maisara:ibu..yang ni sesuai untuk saya ni..

ibu:erm...

maisara:eh!!ni lagi cantik..saya suka la yang ni..

ibu:erm...

maisara:wah..warna merah jambu la ibu..cantik!!

ibu:erm...

aih... tak tenang la nak melayan iklan2 ni.. pot pet pot pet..mulut dia..! tapi maisara bukan saja iklan pasaraya dia layan.. iklan bawah ni pun dia layan gak.. tengok nih!!!


lelaki sangat aneh!!

Assalamualaikum...

Ada tak lelaki yang nak mengaku dirinya tak matang?? mana ada..

mereka sangat ego tau.. aneh!!! hhhahahahah

berbeza dengan wanita .. tak kisah di label tidak matang..
ada yang sendiri mengaku sangat boros,pelupa..
ada yang tidak kisah di gelar "gedik" kerana walau apa pun kami.. kami cool!!
hahahaha sekian!!




ciri2 lelaki tidak matang??

Assalamualaikum...

meh2 nak kongsi satu benda menarik..
ni aku dapat dari mulut beberapa orang lelaki.. tak tahu la betul atau tak,korang je lah 'yang tentukan ok..


ciri2 lelaki tidak matang:-

HIBURAN
~meminati artis wanita kerana kecantikan nye.
~suka rancangan nyanyian realiti tv seperti mentor dan AF.
~tidak gemar membaca surat khabar. ~lebih tertarik kepada berita hiburan
~kurang gemar menonton berita.
~setiap ahad wajib menonton melodi.
~pi mana2 mesti nak dengar lagu.

TELEFON BIMBIT
~suka bertukar2 telefon bimbit
~suka menunjuk2 telefon bimbit pada kawan2 walaupun kawan2 malas nak tengok
~duduk saja2 asyik belek enpon..
~selalu tak de duit nak topup

KEKASIH/PEREMPUAN
~suka bercerita pada kawan2 tentang kekasih yang baru dikenali
~hubungan cinta tak kekal lama.
~selalu menetapkan syarat kepada kekasih.
~bila bergaduh dengan kekasih tak pandai sembunyikan muka kecewa di depan kawan2.
~bila putus cinta suka memburuk-buruk kan bekas kekasih kepada kawan2.

KEBERSIHAN
~basuh baju …

nak jadi artis!

Assalamualaikum...

wah!!pecah rekod la aku hari ni..kembali rajin meghapdet.. setelah hampir sebulan kesibukan melanda.. hahhaha.. tak pe..sekali sekala..kan??

dah lepas2 makan ni mata pun mengantuk.. jadi jom kita cerita tentang gosip2.. gosip sapa??sapa lagi kalau bukan keluarga aku..hahahahahahah..

eh!!korang percaya tak kalau aku kata bila mak suara sedap,anak2 pun mesti dapat gak tempias2 suara sedap tu??betul weh.. kalau korang nak tau mak aku dulu hampir2 nak jadi penyanyi tau.. di lamar M.Sharif gitu.. M.Sharif tau..buka Sasa Al-syarif..okey!! tapi opah aku tak bagi la..giler la... opah aku guru mengaji kat kampung kota nun.. tak kan la anak dia nak di bagi jadi penyanyi..

kemudian pakcik aku lak.. merangkap adik mak aku.. nak jadi penyanyi jugak..pun ditentang habis habisan oleh opah aku tu..jadi pakcik aku mampu jadi penyanyi umah orang kawen je la.. dulu siap ada nama kumpulan lagi..Maya band..hehhe
walaupun anak dah 4 tapi kegilaan pada guitar dan menyanyi tu masih ada.. cuma tak dapat jadi a…

halal ke???

Assalamualaikum...

dah makan tengah hari?? apa menu??aku dok memasak ni...aku kan isteeri yang baik.. tak mau suami makan kat luar..kalau aku nak makan kat luar baru ajak suami pi makan..heheh

sebelum ni kan ada aku buat entry pasal tapai..kan?? nak cerita ni..kat simpang Ampat ni,tepi masjid dulu ada la orang jual tapai dan cendol..sedap oi.. cendol dia memang terbaekkkk la..hehhe boleh kata hari2 aku beli tapai kat situ..

sekarang dia tak meniaga dah..pelik.. dia kata mesin kisar ais tu rosak jadi tak boleh nak meniaga cendol dan tapai lagi.. ish..sikit punye hal pun tak nak meniaga.. tapi kita bukan tau cerita sebenar..kan tak pe2..

yang aku nak ceritakan ni ialah apa yang peniaga tu pernah cerita kat suami aku. ceritanye gini.. satu hari tu gerai dia ada la datang pelanggan satu keluarga.. suami,isteri dan 3 orang anak.isterinya berjubah tutup habis muka2 ni.. nampak bijik mata ja..

depa oder cendol la dan tapai.. dah habis minum kat situ si suami tanye la berapa harga semua.. tak sampai 12 hinggit pun…

tapai

Assalamualaikum..

selamat pagi semua.. korang suka makan tapai?? aku suka betul makan tapai.. tak kira la tapai ubi ka.. tapai pulut ka?? ada tapai lain ka selain ubi dan pulut?? setakat ni aku jumpa dua tapai ja.. yang lain2 tak tau..

masa kecik2 dulu opah aku pernah buat tapai.. sedar2 je dah ada tapai.. bila masa dia buat entah la..

opah aku kata kalau nak buat tapai tak boleh bising2.. nanti tak jadi.. ye ke?? macam tapai tu boleh dengar lak kan??
tak tau la betul ke idak..

aku tak pernah buat tapai.. sebab pegukus rosak..hehhe...

nanti dah beli pengukus baru nak cuba la buat tapai.. aku tengok cara buat nye macam senang je..
eh!!orang mengandung tak boleh makan tapai.. air tapai lagi la tak boleh. jangan la minum walaupun sikit..okey.. sangat tajam airnye..kesian kat baby..

sekian...

kemalangan depan sekolah!

Assalamualaikum...

selamat pagi semua..ada yang dah nak bergerak ke tempat kerja?? keluar la awal sikit.. untuk mengelak kan kesesakan..
maklum la..pagi2 macam ni semua orang ada hala tuju masing2.. ada yang nak ke pasar.. ada yang nak pi kerja.. nak balik kampung pun ada.. sapa tau..??

bila keluar awal tak la kita memandu dalam keadaan tergesa2.. bercerita tentang memandu aku nak cerita tentang kenangan masa aku kecik2 dulu.. tak la kecik sangat,dalam umur 8 tahun la..

jam 7.15 pagi tu waktu paling sesak kat depan sekolah kebangsaan kampung kota.. tu sekolah rendah aku dulu.. lagi 15 minit nak memulakan seisi persekolahan tiba2 je dengar satu dentuman kuat..
semua orang kat depan sekolah tu terkejut
peliknye pemandu berkereta kuning tu terus meluncur laju tanpa mempedulikan nyawa kanak2 yang dilanggarnye tu..
melambung kawan aku tu..

cikgu yang bawak pi hospital. dekat setahun Ayu nak sembuh.. koma beberapa hari.. sebab kecederaan teruk di kepala..

masa dia dah sembuh dan kembali bersekolah semuanye berubah.…

hantu!!hantu!!hantu!!

Assalamualaikum..

Malam ni menonton drama korea di KBS.. best jugak.. drama dream high.. aku ni minat drama korea..
lepas abis drama tu aku buka la tv Prima..
iklan drama hantu..
buka pulak tv3.. layan sekejap dah iklan pulak.. iklan drama hantu ...
alih lagi Ria..
drama hantu...

aduhai.. banyak nye drama hantu.. dah la aku ni ada anak kecik.. tak nak aku tunjuk drama2 gini.. sekarang ni tiap2 malam maisara mengigau..

lagipun drama2 seram dan filem2 seram ni tak elok di tonton.. bukan penakut.. kalau la nak tau google la sendiri.. rasanye dah belambak ustaz2 yang pesan jangan tonton drama2 dan filem2 bergini..

kita yang tua ni pun tak di galak kan tonton .. apatah lagi anak2..

kadang2 sehari entah berapa kali iklan2 macam ni di siarkan.. malam2 kan masa untuk keluarga menonton.. tak elok la siarkan terlalu kerap..

kalau yang muda2 remaja tu mungkin tak kisah.. tapi nanti korang dah ada anak, korang tau la betapapayah nye menghadapi situasi bila anak mengigau meracau tengah2 malam..

sekian..


suka hati aku la..ni blog aku!

Assalamualaikum...

semalam aku dah cerita tentang orang paksa2 follow..kan??hari ni aku nak cerita satu lagi tentang karenah blogger..
kalau korang nak tahu aku sendiri pun dulu pernah buat apa yang aku nak ceritakan ni.. mujur lah suami menegur itu sangat tak cantik..

semalam aku ternampak satu mesej kat s/b aku.. lebih kurang gini la mesej dia.. "saya follow ye..hit me back"

okey..aku kena la tengok dulu blog dia.. singgah le tengok2 kan.. alamak..baru buka je aku dah sakit mata ..
aku di sambut dengan kata2 aluan yang tidak mengalu2 kan.. hehehh..

aku tak berapa ingat ayat alu-aluan dia.. tapi yang paling terkesan ialah,lebih kurang gini..

"kepada orang yang baca dalam diam,tak suka toksah la masuk..jangan nak kutuk2.. apa yang aku tulis tak de kena mengena dengan korang, aku tak jemput korang baca blog aku ni..sedarlah diri sendiri..awak tu baik sangat ke"

gitu la lebih kurang..

aduhai akak..jangan la buat kata2 aluan gini.. orang yang tak de salah pun boleh kecik hati tau..

tapi…

best nye nak tukar kereta!

Assalamualaikum...

tak sabar2 nak tunggu suami balik jam 4 petang ni..
di kata nak bawak aku pi tengok kereta..
wah!!pakai kereta baru la kami nanti.. suami kata dia teringin nak pakai BMW 5 series sedan. baru ni la kami nak merasa ada kereta best.. hehhe..tak nak dah pakai kereta malaysia ni..

berkat kesungguhan suami aku akhirnye kami berjaya la mendapat pulangan yang lumayan.. jadi ni lah masa nye untuk kami merasai apa yang kami usahakan..
raya cina ni kami nak balik kampung.. kesian tengok mak mertua aku tu.. dah berapa lama barang kemas tak berganti.. jadi nak la bawak dia pi beli apa yang dia nak.. nanti lain minggu nak bawak mak aku pulak.. hasil yang kami dapat ni nak la kami kongsi dengan orang2 yang kami sayang..

suami pun dah bersetuju nak besarkan rumah mak kat kampung.. tahun lepas memang dah besar kan.. tapi keluarga semakin membesar..lagipun senang nak berkenduri kendara..

untuk tahun ni kami suami isteri dah rancang nak hantar mak aku dan mak mertua pi mekah.. bukan melalui tabung haj…

khas untuk semua penggemar kontest!!

STICKY POS!!!!ENTRY BARU DI BAWAH ENTRY INI.. JIKA ADA LA..HEHEH



Assalamualaikum>>
adakah anda seorang yang giler kentang?? eh!!giler kontest?? apa kata korang join kontest ini...



dia seorang lelaki macho dari utara.. korang tau la kan.. lelaki utara memang semua macho2.. dia bukan saja macho.. malah single lagi...

dia tengah anjurkan satu kontest minum2.. korang hari2 minum kan..jadi apa lagi.. terjah lah...

klik banner untuk terus ke blog de'din! tarikh tutup sampai 1/3/20111..
**aku tolong promot je..hehhe**

awak bila nak follow saya??

Assalamualaikum..

apa perasaan korang kalau dapat mesej gini..
"saya dah follow awak.. awak bila nak follow saya?"

terkejut betul aku.. aku tak tahu pulak bila orang tu follow blog kita maka WAJIB bagi kita follow blog dia jugakk.

aku pun selalu jugak follow blog orang.. "akak follow kamu..jemput singgah kalau kamu sudi.."

selalu aku tinggal kan pesanan gitu.. tapi tak de la pulak, bila aku dah follow,esok nye aku tengok dia tak follow aku, aku tanye dia.. "saya dah follow awak.. bila awak nak follow saya ni??" aih...

ada jugak blogger yang aku tak follow.. tapi tak de pulak depa nak tanye gitu kat aku..

aku ni blogger baru.. jadi tak tahu pulak bila dah di follow kita wajib follow balik..

tak pe dik.. jap lagi akak pi blog kamu.. akak follow ye.. walaupun akak tak tengok lagi blog kamu tu tentang apa..
akak follow pun sebab kamu suruh..!
puas hati..?

sekian..

dulu akak sekarang "ko"!

Assalamualaikum...

Adakah "aku"itu kasar pada korang??
pada aku,tak kasar.. "aku" lebih baik dari "kau/ko"..

korang tau tak ada orang dulu2 ada yang cakap "aku" dengan mak ayah dia.. tapi dia tak kan panggil mak ayah dia "kau/ko".. sebab tu aku kata "aku" tak kasar pun..

kalau cakap "kau/ko" tu memang kasar la bagi aku.. bagi korang aku tak tau.. sebab tu aku lebih suka panggil "kamu"
nampak mesra sikit kan??
sebenarnye di luar alam blog ni pun aku tak gunakan bahasa "aku/kau" kat dalam blog je..

tapi kan,ada la sorang blogger dulu dia panggil aku akak.. macam korang adik2 ni.. tapi disebabkan satu entry aku tu dan2 panggil aku "ko" je..

tapi aku masih bahasakan diri aku "akak" jugak.. biarkan lah dia..

korang nak bahasakan diri korang "aku","gua",ceq" atau apa je.. aku tak kisah.. tapi jangan panggil aku "ko/kau"..
kalau dalam entry tu lain cerita la ye.. heheh

se…

pilih kasih,mentor,AF bla..bla..bla..

Assalamualaikum..

suka menonton pilih kasih??
malam ni aku ingat nak tonton pilih kasih.. buka2 je sekali keluar lagu siti nurhaliza.. macam menarik je..

sebelum ni aku tak pernah menonton pilih kasih.. aku rasa macam dengar tajuk pun tak best..
tapi makcik2 yang aku jumpa selalu cerita tentang rancangan realiti ini..


memang ada yang suka menonton rancangan realiti.. pantang ada akademi fantasia,siang malam asyik ingat Af je.. datang pulak musim mentor, sampai kan wallpaper hp pun ada gambar peserta mentor..
tiba musim rancangan idola kecil,habis sampai ke blog pun dia sibuk kempen untuk peserta kesayangan dia..

itu hak masing2.. suka hati dia lah..cuma orang akan jadi menyampah bila kita terlalu teruja dan fanatik kepada perkara2 begitu..

bila tiba malam minggu semua temujanji ditolak.. kalau ada kelas tambahan pun tak mau pi.. adik2 yang mengaji malam pun tak senang duduk asyik nak balik rumah cepat. takut terlepas persembahan peserta2.. sembahyang isyak pun tak khusyuk..

siapa yang salah.. media atau k…

Faizal Tahir:kat mana rock dia??

Assalamualaikum..


satu petang di satu kedai makan.. ada 2 orang sahabat sedang menjamu selera... tibe2...

bunyi ringtone telefon bimbit ((mengapa kau pergi di saat begini ... di kala hati ku...))

Mat:hello..ye..ye..okey..bye..

Abu:hek elleh..ko pakai ringtone kumpulan spoon ke??tak rock la beb..

Mat:ringtone apa yang ko rasa rock tu?

Abu:ambik lagu faizal tahir la..baru rock!

Mat:lagu rock dia tu tentang apa??aku nak dengar la.

Abu:tentang dia tak boleh hidup tanpa kekasih dia..dia sayang sangat kekasih dia ni..tajuk lagu dia 'hanyut'..

Mat:abis tu..apa bezanye dengan lagu kumpulan spoon ni??

hehehhe.. penampilan rock..lagu tak semestinye rock.. tangkap leleh jugak..!!

sekian..

cerita kursus kawen aku::episod 2

Assalamualaikum...

meh baca sambungan cerita kursus kawen aku.. kursus dua hari jadi banyak la benda yang jadi..
hari pertama kursus semua nye ok.. walaupun disoal siasat macam orang buat salah tapi aku tak kisah.. esok nye aku datang lagi..

sampai masa ustaz yang semalam tu masuk lagi.. dah petang masa tu.. dalam jam 3 la..cerita tentang rumah tangga..

dia tanye semua.. "urusan jaga anak,memasak,cari duit, basuh baju,itu kerja siapa sebenarnye?"

meja aku no 1 masa tu.. depan sekali..ustaz ni pulak bila dia tanye mesti dari belakang.. meja hujung yang belakang sampai la kedepan.. aih..selalu sangat aku jadi orang terakhir yang jawab..

bila dia tanye soalan yang atas tu.. semua orang jawab tugas isteri..
sampai meja depan iaitu meja aku, aku jawab le tu sebenarnye tugas suami..

ustaz tu cakap..
"nasib baik la tunang kamu tak de.." lepas tu dia senyum.

"dia tanye..kenapa kamu kata tugas suami..?"

"sebab tugas isteri ialah melayan suami dan menjaga harta nye.. soal rumahtangga …

berani kah??

Assalamualaikum..

KORANG BERANI TAK BUAT ENTRY YANG BERTAJUK:


"APA PENDAPAT KORANG TENTANG ENTRY2 KAT BLOG AKU"

hahah..ada yang berani.. ada yang tidak.. kalau berani pun mungkin sebab kotak komen dia, dia dah set kan tak kan keluar komen tu selagi dia tak tengok.. ahhaha

ataupun dia berani sebab blog dia cuma tentang resepi2 masakan dan lirik2 lagu..

ataupun dia berani sebab blog dia cuma tentang aktiviti harian dan topik2 yang ringan je..

kalau aku??? tak nak la.. sah la ramai yang hentam aku.. ahahahh

sekian

*aku cuma berterus terang!*

orang utara giler glemer!

Assalamualaikum...

selamat malam semua.. korang tengok raja lawak tak?? aku tengah tengok la ni.. entah kenapa aku tak rasa kumpulan "kami" tu layak masuk rancangan ni..
pada yang tak tahu kumpulan "kami" tu diwakili oleh 2 orang pompuan.. tak lawak langsung..

korang perasan tak, setiap musim raja lawak ni mesti ada peserta dari utara.. dengan loghat utara yang pekat melekat.. hehhe..

betul ke orang utara pandai melawak.. orang pantai timur tak pandai melawak ke?? tak kan Amir i'm sorry je yang ada kan?? orang terengganu??mana..??
orang selatan??

memang la ada jugak kan.. tapi tak ramai..macam orang utara ni..
apakah kerana orang utara memang ramai yang nak jadi artis??


aih!!jangan la marah ye kawan2..
aku memang suka membakar.. hehe..



biawak ke buaya??

Assalamualaikum...

hari ni entry aku banyak tentang kenangan je..banyak ke..?? baru ada 2,3 entry dah rasa banyak.. hampeh!!hahaha

ok kali ni nak cerita tentang buaya .. aku kompius buaya ke biawak...

satu petang dalam tahun 1990.. aku sedang main tumbuk2 inai dengan ..dengan sapa ye?? tak de dengan sapa2..aku memang main sorang2 je masa kecik2 dulu..

kat bawah pokok rambutan .. aku pun tumbuk2 inai tu sambil berangan2 kat sekolah esok mesti budak2 lain dok jeling2 jari merah aku ni..

aku tumbuk beralaskan tempurung dan guna batu je.. bukan lesung batu ye.. batu aku jumpa tepi jalan.. heheh..

tibe2.. aku rasa tempat duduk aku tu bergegar.. aku takut giler masa tu.. aku pun cepat2 panjat pokok rambutan tu..

sangat terkejut aku nampak punye la besar.. macam buaya dok berlari.. bukan berlari macm kita ni.. dia bergerak laju tau.. melintas betul2 bawah pokok rambutan tu..

bila dia dah hilang masuk dalam hutan aku turun cepat2 lari naik atas umah..
agak heran sebab kawasan umah aku tu bukan ada sungai ke.. laut ke.. sun…

cerita kursus kawen aku

Assalamualaikum...

sedapnye udang...!!!
(^~^) okey,hari ni aku nak cerita kat korang satu cerita masa kursus kawen.. aku kursus kawen kat ipoh..kat belakang megoplax.. betui ke ejanye gitu..gasak la!

masa kursus kawen tu aku pi sorang je.. orang lain semua pi berpasangan.. mula2 tu pelik jugak kan..memang kena pi dengan pasangan ke??? aku siap call member aku ni.. "da..kena datang dengan pasangan ke?aku datang sorang ni.. kalau tak de pasangan dia halau balik tak?" hahahah..bongok betul masa tu...

masa kursus tu ustaz tu tanye pulak sorang2 yang mana satu pasangan kita.. aih!!ni yang aku malas nak jawab ni.. sampai turn aku..

"saya datang sorang je.."
" tunang kamu mana" "kat pulau pinang.."
"dia orang pulau pinang?" "tak la..orang kedah..kerja kat pulau pinang"
"kamu duduk perak..dia kat pulau pinang..bila deting2 nye?" "sebulan sekali je deting.."
"kamu ke sana ?"
"tak..dia datang sini."
"balik hari?&quo…

terlelap!!!

Assalamualaikum..


pening la..tak tau nak masak apa.. dekat jam 1:00 dah ni.. 1:30 suami nak balik makan. satgi dia balik
tak kan nak jamu biskut tiger je.. tu kan biskut maisara.. lagipun suami tak makan biskut tiger tu..
aku jalan2 ke dapur untuk kali ke 469.. buka peti es untuk kali ke 503.. ada ayam.. santan.. ah!!nak masak apa ni??
kari??semalam dah buat?? asam pedas?? kemarin dah buat..

eh!ada telur masin la.. rebus dulu la...

(sambil tunggu telur siap direbus)

guling2 depan tv...

ya allah.. terlelap la pulak..
nasib baik periuk tak meletup.. sampai kering air dalam periuk yang aku rebus telur masin tu..


ha...lagi sepuluh minit nak jam 1.30.. cemana ni.. suami aku nak blik makan dah ni..


ok..bertenang..!! ambik enpon..

"abang,kita tertidur la.. tak dan nak masak.. abang makan kat kedai je la ye.."

"wokey..."

kenanagan beberapa bulan yang lalu..!!
sekian...

blogger yang hilang!!

Assalamualaikum..

kenapa semua yang kat bloglist aku ni , malam ni macam tidur je semua..?? amboi..mentang2 malam jumaat semua pakat dok cuti berblog ya.. ni yang aku jeles ni.. hahaha...

selalunye malam2 sampai aku tak terkejar nak baca entry2 menyengat depa ni.. yang bujang2 pun tak kan cuti malam jumaat kot.. jangan dok buat pasai na..
oh... baca yassin kot.. tak pa2.. baca bagi peghabih dulu..satgi jangan lupa sambung berblog na..

kalau ada yang nak pi lepak2 ka.. clubbing ka..lupakan ja la.. bahaya tengah2 malam ni..

ni entry nak bubuh tajuk apa entah.. hentam saja lah ...


sekian...

**entry buang masa..hahah**

jumpa duit seratus!!!

Assalamualaikum..

kalau la... kalau korang jumpa duit seratus kat tepi jalan apa korang akan buat?? masa sekolah rendah dulu soalan ni cikgu mesti ada tanya kat korang kan?? jawapan yang cikgu sematkan dalam kepala kita ialah sila hantar ke balai polis.. ye kan??

tapi tu masa kita kecik.. lagipun masa kecik jangan harap le nak terjumpa duit seratus.. seringgit pun payah bebeno..

masa korang beso ni apa la gamaknye yang korang akan buat bila jumpa duit seratus..?? tanye kawan..
"aku jumpa duit seratus le.. nak buat cemana ni?"

korang yang jumpa,tapi korang tanye kawan..
sah la kawan tu jawab..
"pi hantor ke balai polis le.."
jawapan lain..
"kesian le sapa yang empunye duit tu..tak baik kamu makan duit tu tau.."
jawapan lain..
"kalau tak de sapa2 yang punye letak je dalam tabung masjid.."
jawapan lain..aih!!sudah le..

tapi ..nak tau tak..? kalau kawan korang tu yang jumpa dia masuk poket dia je.. tak de nye dia nak hantor ke balai polis la.. tak denye dia ingat makan duit…

Akukah Tanggang?

Assalamualaikum..

selamat petang semua..
aku sedang menonton drama "aku kah tanggang?"..ni drama lama kan?? tak pernah tengok pun sebeelum ni.. ni la baru berkesempatan nak tengok.. sebenarnye semalam pun ada tengok..best jugak.. lagu tema cerita ni memang Adi Putra yang nyanyi ye??oh..sedap jugak suara dia..

si tanggang.. masih wujud sebenarnye manusia seperti ini... bukan dalam drama dan filem saja.. dalam realiti kehidupan ni entah berapa ramai yang sudah menjadi tanggang.. tanpa kita sedar..

ada orang yang merasakan dia sudah cukup memberi pada ibu bapa.. tapi kenapa ibu bapa masih mengeluh.. masih rasa tak cukup.. kenapa?? sebab bukan harta benda yang mereka minta.. mereka ingin kan perhatian.. belaian..kasih sayang... sebagaimana mereka membelai,melayan kita medakap kita waktu kita kecil dulu sebegitu jugak la yang mereka mahu..

ada orang yang bila sudah berkahwin, rumah tangga adalah keutamaan dia..itu memang patut la.. tapi selain rumah tangga,keluarga dia juga adalah keutamaan.. keluarga…

Maisara::KFC

Assalamualaikum...

hari ni sapa yang kerja semua cuti kan??? oh..tidak!bukan semua ye.. suami aku kerja hari ni.. tapi tak sedih sangat la sebab ada maisara..kan?? ceh!!konon..

selalu jugak aku ngusik2 maisara ni..
macam tadi la.. aku nak tengok ape kata dia kan..

ibu:ibu sedih la..ayah awak kerja pulak hari ni..

maisara:ayah pi kerja sekejap je tu..

ibu:ibu rasa macam nak menangis la..(sambik buat muka sedih sebik2 )

maisara:ibu,awak jangan la sedih..pukul 5 nanti ayah balik.. kita pi kfc ye..(sambil tepuk2 belakang aku..)

ha..sudah!nak pi kfc oi.. ayah dia sah balik malam kang.. kfc apa nye???
memang la dia pujuk aku tapi dia betul2 maksud kan nak pi kfc tu.. ingat kfc duduk kat sebelah umah aku ke?? kalau sebelah umah nak pi hari2 pun aku bawak..

nyesal lak aku buat2 sedih tadi..

*****



ApEw ar akak niEw..TeRuK aN??

assalamualaikum...


hai..kitew rAsA aN kitEw nak taip giNie r.. rasA CaM bEz r..
jenuh oi...baru pendek tu aku rasa nak taip pun agak membeban kan.. ni kan pulak kalau aku jadi tukang baca.. memang boleh gila la aku..

kalau blogger pompuan yang taraf adik2 di sekolahan itu kita faham la..kan? pelat2 gedik gitu memang ntuk buat2 comel..(^0^) ye kan?? tu pun ada yang menyampah.. ingat tak de ke??

tapi kalau yang menaip gitu adalah seorang blogger lelaki apa kah perasaan anda??chewah!anda pulak..

mata jadi kabur.. otak beku dengan tiba2..dan nafas berdegup kencang.. jari jemari sudah bergerak ke tanda "x" di hujung sana..

tolong la ye.. tolong sedar..!
"alah..akak ni kecoh la..orang lain tak kesah pun.."

orang lain tak kisah sebab dia tak baca pun blog hang.. yang baca memang ada.. tapi depa tak berani la nak habaq..satgi hang tak mau mai dah blog depa. tu pun tak paham ka...

sekian..!

live traffic feed!perlu kah??

Assalamualaikum....

selamat malam kawan2.. mesti korang nampak je ada entry baru dalam blog aku ni terus pikir.."entah sapa la pulak diana nak mengumpat ni.." kan??tak baik tau tuduh gitu..aku tak suka mengumpat2 ni.. aku cakap terus terang saja tau... tipu pun salah.. terus terang pun salah... huhu...

okey..sudah habis segmen meratap hiba.. malam ni aku nak tanye korang apa kah fungsi benda alah ini?? yang kat sebelah ni.. namanye live traffic feed ye???
penting sangat kah dia?? kalau penting kenapa kat blog fariq tak de pun.. kat blog encik ben lagi la tak de.. kat blog aku pun tak de.. blog engkau ada??? kalau ada letak untuk apa?? sebab orang lain letak??

ye..aku tau benda ni untuk kita mengetahui jejak pengujung blog kita.. kalau kita tau pun boleh buat apa?? pi ke rumah dia???nak datang beraya?? tak ..kan?? jadi tak payah la letak.. hahahhaha...

bukan apa weh!!korang kata nak ringan kan blog kan.. jadi buang la benda 2 yang tak pakai tu..
gambo tu ambik dari blog budak sombong ni.. hahaahha


menyeng…

hang ada duit ka??

Assalamualaikum..

selamat malam semua...mak aku pernah kata.. orang pompuan kalau tak dak duit tak pa lagi.. tapi kalau orang lelaki yang tak dak duit,habis lah...

orang pompuan kalau tak dak duit boleh mintak kat laki.. pada yang dah kawen lah..yang belum kawen dia boleh mintak kat mak ayah sebab masih dalam tanggungjawab keluarga.. kalau susah sangat pi la kerja.. untuk buat belanja sendiri..kan??

kalau lelaki.. tak dak duit nak kawen macm mana?? kalau pun bakal mak mertua kata
"tak payah la hantaran apa..bayar mas kawen ja.." duit kena ada jugak oi.. duit kadi pun kena bayar tau..borang nikah ingat free ka?? duit jugak.. nak pi kursus ingat bawak diri ja ka?? kena duit tau tak..
masa hari akad nikah tu.. ingat boleh pakai t-shirt dengan jeans lusuh ja?? kalau tak malu muka pakai la lagu tu.. tapi kalau rasa nak jaga air muka mak ayah dan diri sendiri beli la baju melayu..elok sikit kan??

lepas akad nikah.. nak buat kenduri.. dah tak dak duit tak mau buat mewah2 sangat.. hidang bubuq kacang ja.. i…

besaq nya punggung!!

Assalamualaikum..


Apa perasan bila tengok pompuan punggung besaq?? gelihati??tak patut... mereka pun manusia jugak.. kenapa mesti rasa perkara tu kelakar?? rasa nak lempang je manusia yang macam ni.. mungkin kat tempat asal dia tak de pompuan yang punggung besaq.. semua yang punggung ada tulang saja..jakun sikit bila nampak pompuan punggung besaq ni.. biasalah..miskin!! ambik kau!!

nak cerita ni.. baru2 ni aku pi ke pasar raya krico.. kat pulau pinang ni la.. jalan2 kat tempat jual henpon tu,kat situ ada la 3,4 orang warga asing duduk .. bukan duduk saja tapi memerhati kan gelagat manusia..
sebab mereka adalah beberapa ekor lalat,jadi agak jakun memerhatikan gelagat manusia.. datang seorang pompuan... badan agak besar,pakai jeans dan punggung di besaq..
lalat2 ni tengok pompuan tu sambil gelak2.. ada sorang tu siap buat jilat2 bibir lagi tu.. nampak macam gila seks..

aku dan suami naik menyampah memerhatikan lalat2 jakun tu.. memang rasa nak lempang je.. tapi bila fikir yang mereka cuma lalat, aku nak pesan …