Skip to main content

tip memulakan perbualan

Assalamualaikum...

selamat malam.

malam ni aku nak bagi tip memulakan perbualan..
ada orang yang tak pandai nak memulakan perbualan.
tambah2 pada pertemuan pertama..
mungkin malu..
tapi ada waktunya kita perlu juga
bergaul dengan seseorang yang baru supaya
kita tak di sisihkan dan ia jugak
menaik kan sedikit imej kita..betul tak??

1)puji mengenai sesuatu yang mereka pakai.
contohnye :"saya suka la kamu punye shawl ni..
sesuai dengan kamu..saya tak pandai pakai shawal..bla..bla..bla..

2)pakai sesuatu yang mencetuskan soalan
contohnye:"eh..saya tak pernah jumpa la keronsang yang macam awak pakai ni..
kat mana awak beli..rasa teringin la"

3)sentiasa mengambil tahu tentang apa yang
berlaku supaya dapat memberi komen tentang isu semasa
contohnye: sekarang sedang hangat dengan cerita
tentang piala suzuki.walaupun tak minat ambik tahu la sikit2..

4)bercakaplah tentang perjalanan semasa menuju ke tempat perjumpaan tersebut.
pastikan cerita itu menarik dan ada benda baru.misalnye harga tiket bas yang mahal atau pun kemalangan kecil yang berlaku.

5)bercakap mengenai cuaca.
mungkin boleh memulakan dengan
"musim hujan sekarang ni ye??tempat awak hujan tak??"

6)bercakap mengenai sukan..
kalau lelaki boleh gunakan topik ini..apa lah lelaki tanpa sukan..
betul tak??

7)bercakap mengenai hobi anda..
boleh saja memulakan perbualan dengan menceritakan tentang hobi kita.
memang lah dia tak tanya.tapi mungkin selepas mendengar tentang hobi kita membuatkan
dia ingin bercerita tentang hobi dia pulak..
tapi awas,jika dia hanya mendiamkan diri mungkin dia bosan dengan cerita tentang hobi kita tu.
segera tukar topik perbualan.

8)bercakap mengenai budaya..
contohnye:"saya orang perak..kamu orang mana?"
saya asal dari kelantan..
"oh..kalau di kelantan saya paling suka bla..bla..bla...

topik yang harus dielak kan pada pertemuan pertama

1)agama
2)perbandingan gaji
3)harga barang yang di pakai seseorang
4)politik

sekian..
(entry ulangtayang)

Comments

  1. hehe bagus tip ni bg yang pemalu ..la ni topik hangat bola, cerita bola le senang sikit hehe

    ReplyDelete
  2. info yang bagus...baik utk mereka yang sukar memulakan perbualan...macam, saya...huhu

    ReplyDelete
  3. tegur taik lalat pun ok gak!

    ReplyDelete
  4. ha..betul,betul setuju...kena amalkan selalu, boleh dapat ramai kawan nanti :)

    ReplyDelete
  5. tips yang bagus utk mereka yang kaku bila jumpa kali pertama.. hehehhe

    ReplyDelete
  6. weeeee
    gud2
    walau sy ni byk ckp
    kekadang bole blurr gak nak sapa org wat petama kalinya..hehehe =]

    ReplyDelete
  7. politik tu yg ter best sekali..silap2 bercakaran harimau kat situ..hik3

    ReplyDelete
  8. bagus gak tip2 nie..sememangnya masa first time jumpa susah untuk kita mulakn perbualan..

    ReplyDelete
  9. memang segan nk start ckp dgn org yg xkenal..^^

    ReplyDelete
  10. tips yang bagus ni...heee~
    biasanya kalau first time jumpa ni memang segan2 sikit nak mulakan perbualan...heee~

    ReplyDelete
  11. topik politik mmg patut abai trus.. nanti bole ilang mood nk sembang2, huh...

    ReplyDelete
  12. hohoh...nice tip la kak...mula2 jumpa cakap sal politik?mmg silap la

    ReplyDelete
  13. hehehehe..kena senyum2 dulu..pastu tnye..dh mkn ke belum..jom saya belanja..hahaha..tetibe=.=

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …