Skip to main content

ajaibnya perkahwinan!!

Assalamualaikum..

selamat malam semua..

nak cerita pasal cinta dan perkahwinan.
masa bercinta waktu bujang2 dulu
aku cepat jemu..
kalau bf aku tu
aku nampak macam tak kena je
mula la aku jemu.dah tu macam2 alasan aku nak tinggalkan dia..
muka berminyak pun boleh jadi punca aku
jemu.

pernah aku tanya pada diri sendiri..
macam mana ada orang yang boleh kawen dan hidup
bersama
sampai 7,8 tahun??
tak de rasa jemu ke??

sekarang ni bila aku dah kawen
baru aku tersedar perkahwinan aku dah nak masuk tahun ke 7.
tapi kenapa masih mampu bertahan.??
kenapa rasa cinta itu masih tebal??

cari kat google pun tak de jawapan.
lama aku termenung..
aku mula berfikir..
mungkin itu lah ajaibnye perkahwinan..

perkahwinan boleh mematangkan pemikiran.
perkahwinan jugak membuatkan kita
lengkap berkehidupan.

dan rasa lengkap itu
yang membuatkan aku selesa dengan perkahwinan ini.
walaupun bukan kaya dan ternama
namun kami selesa dalam bersederhana..

itu lah ajaibnye perkahwinan.
kita seadanya menerima dan memberi
untuk pasangan.

jadi..
tunggu apa lagi..
dapatkan keajaiban itu..!

sekian!!

Comments

  1. betul tu...
    salam maal hijrah diana.
    semoga kita semua akan lebih diberkati dan perkahwinan kita semua akan kekal hingga ke hujung nyawa...

    ReplyDelete
  2. owh,jujurnya....hurm...nak kawen la...hehe..ops...calon lum ada lagi...nanti da ada saya kawen la...=P

    ReplyDelete
  3. keberkatan dari ikatan yang suci...maka terjadilah keajaiban.

    ReplyDelete
  4. salah satu nikmat kehidupan... ;)

    ReplyDelete
  5. tengok kwn2 yg dah kawin, seronok je... bahagia tgk dieorg.... smpi kdg2 rasa nk gak kawin...

    ReplyDelete
  6. sy terlalu frust bercinta dulu dan smpai skrg masih tercari2 pengganti..

    xsabar nak rasa keajaiban perkahwinan tu.. huhu..

    ReplyDelete
  7. hehe...bilalah nak dapatkan keajaiban itu ya..rase xsabar2 lak..;pp

    akk!~echah ade tag akak wat blolarian..harap sudi buat ye..ehhehee

    ReplyDelete
  8. sarah..
    salam maal hijrah..
    semoga rumah tangga kita dirahmati..

    ReplyDelete
  9. cahaya kehidupan..
    jangan tunggu lama2..

    ReplyDelete
  10. kisah mawe..
    ye betul..
    nikmat yng tak terhingga..

    ReplyDelete
  11. shera..
    tak lama la dah tu..
    cepat2 tau..
    jangan lupa jemput ye..

    ReplyDelete
  12. solihin..
    bunga bukan sekuntum..
    bunga jugak ada macam2 jenis..
    jangan la cari yangg nyata layunya..
    cari yang cantik rupanye dan harum ..
    dan yang penting tetap subur walau dicampak di gurun sahara..

    ReplyDelete
  13. betul..perkahwinan mematangkan bagi org2 yg matang fikirannya..masa bercinta dulu kita tak matang pasai kita budak2 lagi :)

    ReplyDelete
  14. aiseh...tetiba trasa nak kawen lak..
    ehek...gatai...!..:PP

    ReplyDelete
  15. Nak kahwin? mmg kearah itu pun...cuma masa je yg dinanti nantikan..ajaib ye LOL....

    ReplyDelete
  16. hehe..betul tu kak..kekadang org yang berkhawin nie lebih berkomitmen dari orang yang bercinta..hehehe..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  17. adoi kak muka berminyak pun boleh jadi punca..lawak lah kak..hehe..

    perkahwinan mmg ajaib kan kak.

    ReplyDelete
  18. moga2 ketemu saat itu dengan lelaki yg tepat :)

    ReplyDelete
  19. memang ajaib. sy setuju dgn kata2 akak. dh kawen baru tahu....hehe

    ReplyDelete
  20. betul..saya dah kawin lama sikit dari k.diana. alhamdulillah blm bosan, tambah syg ada la. ^__~

    ReplyDelete
  21. itulah kuasa dari ikatan yang suci lagi diberkati.

    insyaallah berpeluang merasainya juga, bila sudah tertulis ia tiba. amin. :]

    ReplyDelete
  22. perkawinan itu kan seperti yang dituntut..lagi bahagia bab ada maisara yang comel rasa nak cubit tu..hehee

    ReplyDelete
  23. 7 tahun.ermmm sy 7 bulan pun tak lepas nak cintan cintun ni..hehee

    ReplyDelete
  24. ooo...kalau mcm tu..den ada 3 keajaipan lagik....ahakz....ahakz....

    ReplyDelete
  25. wah..ini betul-betul menarik hati aku dengan citer macam nih.tapi ada juga yang tak mampu bertahan.macam mana dia masa bujangnya,macam tuh lah jugak dia masa dah kahwin.gagal!

    ReplyDelete
  26. rasa kejemuan tu akan datang dan pergi.. saya percaya, kejemuan awal perlu disirna utk mengelakkan perkara buruk berlaku..
    percayalah..

    ReplyDelete
  27. hihi, muka berminyak pun satu alasan nak break-up ya diana?...

    tp betullah, masa kawan-kawan kalau tak suka, cakap je terus terang kan...

    tp saya bila dari mula jumpa suami sehingga sekarang mmg suka dia aje...:)

    Moga perkahwinan kita sama2 terus di rahmati dan kekal hingga ke akhirnya ya diana...

    ReplyDelete
  28. keajaibannya..

    cinta, kasih sayang semakin
    hari semakin menebal
    dan anak2 pula menjadi
    titiannya :)

    ReplyDelete
  29. sebab dalam hati ada cinta kot... tu yg tak jemu2 tu

    ReplyDelete
  30. satu kenikmatan alam rumahtangga...lebih berseri bila punyai cahaya mata

    ReplyDelete
  31. mmg byk bnda ajaib blaku lepas kawen...rezki pun mkin btmbh2...syoknya kawen...hoho

    ReplyDelete
  32. bui pulak tahun depan ni 12 tahun kawen..tp mmg betullah ms bercinta dulu beberapa kali tukar pasangan..cepat jemu..tp bila dh kawen ni,hati tetap pada suami..cinta ttp membara..cehhhh..*_*

    part muka berminyak tu buat bui ketawa sorang2 dekat sini..hahaha

    ReplyDelete
  33. iya benar...
    sy pun pernah terfikir.. tak jemu ke bila kahwin nnt.. sdgkan blum kahwin pun dh rasa jemu..

    wahai keajaiban.. muncullah.. muncul lah...

    ReplyDelete
  34. dah kawen ada arah tujuan....bercinta komitmen dia lain drpd dah kawenkan...:)

    ReplyDelete
  35. emm..
    masa berchenta..kalau tinggalkan pasangan atau pakwe tu bukan dapat gelaran apa2 pun dn yg penting takde hati yg terluka atau terkorban krn tindakan itu

    tapi..

    kalau dah kawen..kalau salah sikit nak undur diri title pun dah lain.itu pun bukan mslh besar ..sbb ada yg lebih bahagia lepas jad J..tapi yg penting anak-anak akan menerima kesannya

    maaf ye kalau komen sy nampak bodoh.

    pstttttt dulu pun masa belum kawen sy pun cepat boring alasan mulut berbau pun boleh putus.kah kah kah

    ReplyDelete
  36. Betul tu kak, bila dah kawen kita bukan jadi jemu malah makin sayang :D

    ReplyDelete
  37. bile baca bab keajaiban camni rasa lain mcm plak.. keh3.. abaikan dulu la.. find a job first... :lari

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …