Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

jangan seronok sangat !

selamat petang semua..
mana2 blog aku pi semua dok cerita tentang pahit manis 2010.. bagus la sebab korang masih ada sesuatu untuk di kenang.. yang pahit kita tinggalkan.. yang manis kita bawak ke depan untuk kita buat manisan dalam menjalani hidup seharian..

sekarang ni mungkin dah ada anak2 muda yang merancang aktiviti untuk malam nanti..ada yang dah sibuk call member sana.. call member sini..entah apa rancngan nye.. tapi ingat la ye..jangan la buat perkara yang sia2.. jangan melanggar hukum agama dan undang2 negara..

bila melangkah ke tahun baru minda dan fikiran kita pun harus lah melangkah ke depan bersama2.. bukan semakin mundur ke zaman jahilliah..
9 bulan akan datang tak mahu dengar tentang bayi di tangga masjid.. bayi di lubang tandas.. cukup2 lah ..jangan sambut tahun baru dengan cara itu..

pada ibu bapa perhatikan lah anak2.. jangan anggap mereka sudah besar dan tahu mana baik buruk. sekali sekala kurang percaya itu perlu.

tak perlu lah tunjuk kan pada anak yang kita ni berfikiran terbuka …

Ugutan di facebook

selamat pagi...

syoknye cuti..ahahah..boleh ngadap fb lama2.. boleh update entry giler2.. boleh layan twitter sampai lebam.. boleh ber ym dengan kawan2 sampai tengah malam.. eh!!aku tak pandai la ber ym ni.. sapa2 boleh ajar tak?? hahahah

Ada sorang rakan di fb.. aku tengok status dia kat fb mesti macam tak puas hati kat orang itu ini.. kadang2 statusnye berbaur kecewa sebab di kutuk macam2.. hahha.. heran jugak aku.. kenapa dengan dia.. apa masalah dia..

sampai la satu hari aku baru tau patut la dia jadi gitu.. dia selalu di kecam sebab suka masuk campur benda yang tak melibatkan dia.. kalau kawan2 dia ada krisis ke dia tampil la nak belagak prihatin. tapi sebenarnye dia cuma memanaskan keadaan je.. contoh gini la...siti dan aini bergaduh.si puaka ni kenal suam2 je dengan siti.. nak tunjuk dia hero si puaka pun ngutuk la si aini kaw2.. tak lama lepas tu siti dan aini berbaik..maka dalam tak sedar si puaka telah mencipta musuh baru iaitu si aini.. nampak tak berapa ruginye bila kita suka bergaduh tanpa ber…

Batu Meriyan..

selamat pagi semua..

agak perlahan lak aku dalam mengeluarkan entry2.. hahhah.. perlahan ada sebab la.. pertama aku sibuk.. yang kedua aku sakit belakang ni.. mungkin sebab sibuk tu yang buat belakang ku ni sakit. jadi nak hadap blog lama2 tak boleh.
nak berblog sambil guling2 pun tak boleh.. rasa tekanan kat bahu ni pulak.. nak duduk pun tak boleh lama2..sakit macam kena tumbuk. hhahah..mungkin sebab semalam aku angkat barang2 berat. semalam pun dah sakit,hari ni lagi sakit..

ok..nak cerita pasal batu meriyan ni..
korang tau batu meriyan?? aku nak bagitau aku pun tak berapa tau sangat.hehhe.. tapi yang aku tau orang lepas besalin kena jaga baik2 la.. takut batu meriyan turun..
mak aku pernah kata amalan bertungku tu kalau tak pandai jangan la buat sendiri.. bertungku bukan boleh buat asal boleh je.. dia ada teknik tertentu... kalau tak boleh terkeluar batu meriyan.. ha..jadi jangan pandai2 sendiri ye.. lagi satu dalam pantang tak boleh duduk lama2.. kena baring sama..tkut batu meriyan turun..
angkat barang b…

pentingnya mencari follower.

selamat malam semua..

betul kah follower tak penting?ramai orang cakap tak penting.. sebenarnye follower tu penting.. kalau tak penting tak de la pembaca setia..
setuju kan kalau aku kata bila kita ada pembaca setia mesti pembaca setia kita tu adalah follower blog kita..

jangan kita lupa dalam berblog ni bukan cuma ada cerita malah dalam berblog ada bw dan ada follower.
ada blogger yang mula2 berblog mana blog yang dia singgah semua dia akan follow. sebab masa tu macam baru nak membina empayar sendiri.. kena mencari ruang bagaimana orang lain boleh dapat cerita terkini dari blog kita. tapi bila follower dah ramai, tak mau dah follow blog orang.. terlupa pada satu masa dulu kita pernah blogwalking mencari follower semata2 nak perkenalkan blog kita.

ada yang kata. alah..tak payah follow pun tak pa kalau blog dia best orang mesti pi.. tak jugak..berapa kerat ja yang nak pi tu?? agak2 kalau si A update blog dia,si B tau tak si A ada entry baru sedangkan si B tak follow pun blog si A.. nampak tak pentingn…

sayang..sebab tu simpan!

selamat petang semua..

hari ni aktiviti aku dan suami ialah membuang segala barang2 yang saja di tapakan kat dalam stor tu. dah berapa lama entah barang2 yang tak boleh pakai tu di simpan dalam stor.

suami aku ni memang jenis suka simpan barang2 rosak .. bila suruh buang dia kata "nanti abang nak cuba baiki.." tapi dari tahun ke tahun tak de nya dia nak sentuh benda2 tu.

2,3 hari lepas aku ada tonton rancangan bual bicara "oprah". dalam rancangan tu dia kata kalau barang yang kita simpan dalam store tu kita tak sentuh lebih dari 6 bulan buang dan dermakan saja..

sama jugak dengan pakaian.. pakaian dalam almari kita kena susun ikut warna.. kalau tak mesti bila kita keluar kita nak beli baju itu ini.

padahal bila kain baju tu di susun baru kita nampak..
"oh..banyak dah baju aku yang kaler ni..jadi tak payah beli lagi.."
pakaian yang yang kita tak pakai dermakan aja lah.. kadang2 kita beli je..pakainye tak.
masa beli tak pikir habis2.. bila dah beli baru lah rasa nyesal sebab…

yang pink tu..belah kiri tau!

selamat pagi semua...

korang nampak tak???ala... nampak tak ni??? yang kat tepi ni..bukan kanan..kiri la.. kaler pink tu.. Ha...nampak pun.. hehe...

orang lain dah ada lama dah benda tu.. aku je baru nak letak.. tambah2 icon twitter tu.. selama ni bukan reti apa tentang twitter.. habuk betul aku ni.. baru semalam la dok belek2 apa yang ada kat twitter tu.. cemana nak guna.. nak klik tang mana..baru semalam aku tau . jom gelak kan aku beramai2..hahah.. ok cukup..gelak sikit2 dah la..
lagipun bukan reti sangat pun..reti sikit2 ja..
sapa yang teringin nak follow aku jangan segan2 ye.. u follow i.. i follow u..haha

hari ni suami aku cuti.. kebetulan lak esok pun cuti.. berbulan madu la kami..hahahah
berbulan madu kat depan tv la sambil bergaduh dengan maisara..

ok ye..hari ni kalau line tak semput macam semalam aku balas le jejak sapa2 yang tak dan nak balas semalam.. tunggu...!

sekian..

**selamat kembali untuk solihin..:)**

PIALA SUZUKI::juara milik kita~~import dari jepun!!

selamat malam semua...

seronok tak??? mestilah seronok kan.. entah apa pulak tuduhan indonesia pada kita lepas ni. harap2 mereka terima lah kekalahan ini dengan hati yang terbuka.. tak perlu rusuhan segala.. tak perlu lezar melazer.. tak perlu bawak dukun ke stadium... mungkin ini adalah pembalasan untuk rakyat indonesia kerana selalu menghina orang lain. caci maki menjadi darah daging..

kalau orang tanye bagaimana malaysia boleh menang?? kita jawab aja.. pemain malaysia menang kerana mereka layak menang.. kita sebagai penyokong hanya berdoa dan meminta pada NYA.. Malaysia tidak mengguna kan khidmat pemain dari uruguay.. Malaysia juga tidak mengguna kan khidmat jurulatih dari austria..
Malaysia tidak pandai untuk mencaci maki..
tapi Malaysia tetap boleh menang sebab..

KAMI KUAT!!
AAAAAuuuummmmmmmmmmmmmmmmm!!!!!!

**mereka tak tau sebenarnye khairul fahmi tu kita import dari jepun..wakakak**

MAISARA::mainan atau nasik goreng??

selamat petang..

baru sat tadi maisara tanya aku..

maisara:ibu..nasi goreng mahal tak??
ibu:murah je ..kenapa?

maisara:nanti beli kat maisara.

ibu:nanti malam la..tunggu ayah balik kerja dulu.

maisara:ok..tak payah la beli nasik goreng.beli mainan ja.

nampak tak betapa maisara pandai belit.?? selalunye bila dia nak mainan aku akan kata tak de duit nak beli. hari ni dia dah boleh agak aku akan kata tak de duit..jadi dia test dulu, betul2 ke aku tak de duit..dan dia mintak nasik goreng.. bila kompem aku ada duit baru dia berterus terang yang dia nak mainan..

****

utamakan orang lain

selamat petang..

siapa lebih penting??orang disekeliling atau diri kita sendiri?? susah nak jawab kan..?
amalan mementingkan orang lain melebihi kepentingan sendiri adalah amalan yang sangat terpuji.
ianya dituntut dalam kehidupan masyarakat masa kini.. tak kira la dalam keluarga,tempat kerja atau di tempat2 awam.

sifat ini memberi kelebihan dan keuntungan pada orang lain tapi sikap ini lah yang memberi kepuasan hati setelah membantu orang lain...kan??
tapi berpada2 lah ye.. jangan sampai di kata "kera di hutan di susu kan..anak dirumah mati tak makan.."

sekian...

**bila orang memberi kita merasa..**



cinta...

DEMI CINTA..

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis.. debu beralih emas.. keruh menjadi bening.. sakit menjadi sembuh.. penjara menjadi telaga..derita menjadi nikmat.. dan kemarahan menjadi rahmat.

namun berhati2 dengan cinta kerana cinta juga boleh membuat orang sihat menjadi sakit.. orang gemuk menjadi kurus.. orang normal menjadi gila.. orang kaya menjadi ,iskin.. raja menjadi budak... jika cintanya itu hanya cinta palsu..

**berapa ramai kat dunia ni yang pernah gila kerana cinta..aku pun pernah gila jugak..hehhe**


sekian..


kenapa JULIA PEREZ seperti itu??

selamat malam semua..

hari ni panas dengan cerita lazer dan coli julia perez.. mesti ramai yang dah baca surat khabar dan tau cerita nye kan?? aku cuma bagi pandangan aku saja lah..

kita jangan kisah sangat dengan cakap2 mereka ni.. nak tau kenapa??

sebab ini.. klik je tuk tau..

jadi tak heran la kalau selama ini mereka cuma tau bergaduh, maki2 dan dan bercakap tidak mengikut fakta.
dengan tindakan Julia perez ini juga mendedahkan tahap mentaliti rakyat mereka
masa aku duduk di jb dulu selalu jugak la aku tonton siaran tv mereka ni. tak de langsung rancangan yang berbentuk ilmu. semuanye sinetron murahan dan rancangan gosip2 artis. media mereka juga lebih tertarik untuk menyiarkan berita2 yang panas dan mendorong kepada pemberontakan ..

sekian..

FINAL KE-2 PIALA SUZUKI:indonesia bakal merusuh???

selamat tengah hari semua..
hari ni hari selasa kan.... nak cerita pasal piala suzuki jap.. status fb kat atas ni suami aku yang jumpa masa dok online malam tadi..
pelik betul diorang ni kan.. suka betul merusuh.
dalam ramai2 tu tak semuanye berfikiran sempit dan kecik.. masih ada yang tau adab dan berhati besar.

aku ada terbaca,di indonesia ada pihak di indonesia yang menggesa pak menteri sukan mereka datang bertemu pak menteri sukan Malaysia untuk meminta maaf kerana rakyatnye yang tidak menghormati lagu Negaraku masa perlawanan pembukaan yang lepas... alasannye..takut rakyat kita juga membalas dendam dengan tidakmenghormati lagu kebangsaan mereka bila meraka beraksi dibukit jalil.
walaupun mereka tak minta maaf tapi kita tak lah sanggup melakukan seperti yang mereka lakukan.. kerana rakyat negara kita berhati besar dan tidak sukakan permusuhan..

ye kan?? korang baik2 kan masa pi stadium lepas??
hehhe
sekian..

maisara:::anak yatim

selamat malam semua...

harini agak kurang melayan maisara berbual.tengah duduk rehat2 tadi dia datang dan cerita..

maisara:ibu..kawan2 saya tu anak yatim.

ibu:o..ye ke??anak yatim tu apa?

maisara:anak yatim tu ibu dia dan ayah tingalkan dia.

ibu:ibu dan ayah dia meninggal..bukan tinggalkan dia..

maisara:ya lah..

ibu:maisara nanti pun akan jadi anak yatim..semua orang akan jadi anak yatim..

maisara:maisara tak mau jadi anak yatim.maisara nak jadi anak ibu dan ayah.

ibu:ye la..cuma nanti bila ibu dan ayah dah tak dak maisara kena la jadi anak yatim..ibu dah tak boleh suap maisara makan..tak boleh nyanyi lagu lumpy.tak boleh goreng ayam untuk maisara.semua maisara kena buat sendiri..

maisara:maisara tak pandai..dapur tu bahaya.

ibu:tak pe..nanti maisara dah tinggi ibu ajar maisara ye.

maisara:tak payah la.nanti sebelum ibu tinggalkan maisara ibu goreng ayam dulu ya??

ibu:insyaallah...


****

PIALA SUZUKI:stadium daif penyokong mengamuk!

selamat petang...

sedikit masa untuk blog.

petang ni aku nak cerita tentang stadium.. bukan ngumpat2.. ni cerita betul.. keluar berita tadi..heheh

stadium diorang daif giler.. kerusinye dari papan aje tau.. memang tak selamat la stadium mereka.. silap2 boleh runtuh pagar ..

terngiang2 kat telinga aku ni satu masa dulu ahmad dhani vokalis kumpulan dewa,kata negara indonesia ramai orang kaya2.. hehehe..

dalam berita tadi kata..
"penyokong bolasepak indonesia merusuh dan merosak kan stadium gara2 tak dapat tiket masuk untuk final rabu ni.."
ish..ish.. tak dapat tiket pun nak ngamuk... macam la dia yang nak kejar bola kat padang tu.hahha

tu baru kes tak dapat tiket.. kalau kalah cemana la gamaknye.. menakut kan..
nak tau berita lanjut tunggu la berita malam ni.. hahhah

sekian


orang baru dalam hidup kami!

selamat pagi semua...
sempat updete sekejap pagi ni.. lepas ni bergerak untuk kesibukan dalam 2,3 hari.. bukan pergi bercuti.. tapi nak dapat orang baru.. hahahha....

tak..tak.. bukan aku nak besalin.. tak de sape2 yang besalin.. tak lama lagi anak sedara nak datang bersekolah di sini.. sekolah agama kat sg.Bakap ni.. jadi bila dia bercuti dan balik ke sini dah tentu la dia perlukan ruang untuk belajar dan berehat.. jadi aku nak kena la siap kan bilik dia dan sediakan apa yang patut.

lagipun bilik tu kosong. tak de apa2 barang pun lagi. maka banyak la yang perlu disediakan..
nak mengupdate kerap2 macam biasa mungkin tak boleh.. nak bw pun sekejap2 boleh la kot.. wah!!macam la sebelum ni kerap sangat bw nye..kan?? hehhe
kepada rakan2 yang mengunjungi.. terima kasih awal2 untuk yang bakal datang dan telah datang ke blog puaka aku ni.. hahahha..
sekian..


NORSHAHRUL IDLAN TALAHA BUKAN AMRI YAHYA!

selamat malam semua..

sambil menonton bolasepak piala suzuki kita berblog sekejap.. cerita pasal apa lagi.. pasal bola la.. puas hati malam ni bila malaysia berjaya membalas dendam..

sepanjang menonton ni memang terserlah le kekuatan malaysia terletak pada NORSHAHRUL IDLAN TALAHA tak de dia memang sedikit cacat la pasukan kita.
bukan pada AMRI YAHYA.. AMRI YAHYA cuma pelengkap di hujung2 permainan je. heheh..maaf ye penyokong2 AMRI YAHYA..




sewaktu menonton perlawanan malaysia menentang manchester united dibukit jalil suatu masa dahulu ada ternampak kelibat sepanduk yang meminta
Alex Ferguson membeli Amri yahya.. ketawa guling2 aku masa tu..
heheh..


hari ni sebelum perlawanan dimulakan ada sesi temubual dengan penonton di stadium.. wartawan tu tanya lah penyokong malaysia tu siapa agaknye penjaring untuk malaysia malam ni.. tanpa was2 dia jawab Amri yahya.. heheh..sekali lagi



mungkin AMRI YAHYA adalah kekuatan bola sepak malaysia.. tapi tu dulu.. bukan sekarang.. sekarang kita punye NORSHAHRUL IDLAN TALAHA…

SEGMEN ENTRY TERBAIK

selamat tengah hari semua...

aku sedang belajar untuk menghargai.. heheheh tibe2 je kan.. apa kes entah pompuan ni..
ok lah..sebenarnye nak join segmen entry terbaik yang dianjurkan oleh encik belalang. aku tau pasal segmen ni pun pasal cik tom yang tag aku..



dalam banyak2 entry yang aku buat selama ni aku paling suka entry yang bertajuk "rewiew blog:betul ke ikhlas" entry ni tentang ketidak puasan hati sesetengah blogger terhadap blogger yang suka buat segmen "blog review" dengan memberi ganjaran berupa "dapat masuk blog list saya" kepada orang yang membuat ulasan terbaik. ..

nak tau kenapa aku suka dan cik tom suka..?? klik dan baca la..

ok..akhir sekali aku nak tag
sarah najwan dan entry dia yang paling best (klik).
echah mahsuri untuk entry dia yang paling best(klik)
mira ..ini entry dia yang aku suka (klik)
sapa2 nak join sila klik banner ye..!

BLOG REVIEW:blog semak ?????

selamat petang semua...

untuk pertama kalinye aku nak membuat ulasan untuk satu blog yang telah membuka peluang kepada pembaca2 setianye untuk membuat ulasan.blog nana.(dunia ku yang serba kekurangan) peluang yang datang ni kita jangan lepas kan.. apa yang kita tak suka pada blog dia kita luahkan aje.. luahkan sampai dia menangis.. hehehe



ok ..pada pemerhatian aku blog nana ni sangat la cantik. tak de wiget mengarut dan susunan kat side bar tu sangat kemas la.. rasa jeles pulak tengok.. lagi satu yang menarik nye dia sangat rajin mengupdate..
satu hari entah berapa la entry dia.. kadang2 aku tak sempat nak baca dah keluar entry baru..hebatkan???

kalau nak tau nana ni adalah salah seorang crew BPM.. tak heran la dia terplih jadi crew BPM memangdangkan blog dia antara yang terbaik bagi aku.

cuma satu je yang aku perasan nana punye list blog archive sangat panjang.. sebab dia rajin mengupdate jadi senarai tu dah jadi berjela2.. paling mudah dia boleh gunakan scroll untuk itu..

begitu jugak untuk banner2 k…

sahabat,"geng" atau barua??

selamat pagi semua....

eh!!hari minggu kan. hari yang kita semua tunggu2.. oh..baru bukak blog.nampaknye panas betul isu santa tu ye.. ish..ish...kesal betul rasa bila ada manusia yang mengaku diri nya seorang sahabat.. mengaku dia lebih kenal sahabatnye.. jangan kerana dia adalah pengunjung setia blog kamu,dia adalah rakan sebilik kamu,dia adalah sepupu kamu,dia pinjamkan duit untk kamu maka, kamu pekak kn telinga dan butakan mata untuk setiap kesalahan nyata sahabat kamu. oh..bukan sahabat.."geng" apa2 sajalah..mungkin bunyi "geng" lebih menggerunkan dari sahabat..

bukak luas2 mata kamu dn pikir kenapa aku kata itu salah. "dia cuma cakap saja" cakap la benda yang tidak boleh mendatangkan fitnah..

jika kamu kata sahabat kamu tidak melakukan kesalahan walhal kesalahan nya nyata.. percaya lah kamu bukan sahabat yang baik.. sahabat yang baik tak kan membiarkan sahabatnye terpesong walau sedikit..
selamat bersahabat...


**kekalkan gelaran "sahabat" itu..jangan gela…

DERMA PIALA SUZUKI:ambil kesempatan ke?

selamat malam semua..

tadi aku aku baca metro.. ternampak artikal kat atas ini..

boleh sapa2 bagi tau ni derma untuk apa.. untuk tujuan apa? dah tak de FAM ke??
ataupun sekadar mengambil kesempatan??

aku tak kata malaysia akan kalah.. cuma korang sendiri yang memerhati boleh tahu dah apa keputusan nye.. dengan ketiadaan norshahrul korang rasa boleh ke kita jaringkan gol.??

kalaupun malaysia menang.. FAM tak de ke?? selama ni diaorang tak de gaji ke main bola tu??

sekian..





tak best!!

selamat petang..


cerita apa ye yang best untuk di tonton hari ni. . satu pun tak menarik.. korang perasan tak bila hari sabtu dan ahad memang tak de cerita best kat tv..
tambah2 hari ahad. cerita indonesia je kat semua siaran tv. astro pun sama jugak..

agaknye orang yang kerja kat stesyen tv tu ingat orang indonesia dan bangladesh je yang tengok tv pada hari sabtu dan ahad.. orang malaysia semua tak de kat umah.. sebab tu cuma ada filem hindustan dan drama indonesia je..

**hari ni memang hari tak puas hati aku la..** gitu kot!

blog bodoh sombong!

selamat peatng semua..

aku bw kat blog adik2 tadi.. pernah tak korang jumpa blog yang buat korang tertanya2..
ha..meh nak cerita.. aku buka blog dia tengok entry dia la kan..
mula2 ada bagi salam la.. "assalamualikum..." tiba2...bawah salam tu ada gambar yang bertulis "dear santa...i wish bla bla bla..." eh!dia islam ke??aku cari nama dia.. oh..nama islam..sedap namanye..

tengok lak kat bawah..profile dia.. wah!!siap haramkan budak sekolah baca blog dia.. apa puncanye pun tak tau la..

tak payah blogwalking la kalau bodoh sombong macam tu.. eh!!aku pernah jadi budak sekolah. mesti lah terasa..kan?? lain la kalau korang tak pernah jadi dak sekolah.. heheh

maisara:yang paling suka!

sela,mat petang semua...

nak tunjuk gambar2 ni je... dia suka duduk dalam kotak gini bila tengok tv.. apa yang best entah...???

nampak kaki hitam je.. hahahah ikut sapa la warna kulit yang "mulus" tu.?? heheh yang pelik-pelik aja.. heheh

tetibe je rasa nak bergambar dengan mainan kesayangan...
maisara tak de topi.. baldi pun jadi la.. antara bear kesayangan.. tidur malam pun kena selimut tau..guna selimut ibu pulak tu. ibu dia menggigil tengah malam kesejukan.. rupanye selimut hilang.. bangun pagi tengok2 bear yang pakai selimut.. bertuah punya anak!!

sekian...

nenek dan datuk sebagai pengasuh.

selamat tengah hari semua..

ada yang sambil makan sambil ngadap blog..betul2 blogger tegar tu..
harini aku nak cerita tentang "bila nenak dan datuk sebagai pengasuh"
ada yang suka dan ada yang tak suka.. ada orang kata bila nenek dan datuk yang menjadi pengasuh anak2 akan menjadi susah untuk di ajar. kerana kebiasaannya nenak dan datuk akan memanjakan cucunye berlebih lebihan.. bila buat salah tak boleh di marah di depan nenek dan datuk.silap2 kita pulak yang kena. jadi pendam saja lah perasan geram tu.dan terbantut lah impian kita untuk melihat anak menjadi dengar kata dan pintar sejak awal usia.

ada juga yang merasakan dengan cara ini nenek dan datuk akan lebih mesra bersama cucunye.dan merasakan datu dan nenek la yang layak menjaga anak2 kita kerana terbukti mereka berjaya mendidik dan membesarkan kita.

tidak kah kita terpikir di masa tua mereka ini,tak sepatutnye kita membebankkan mereka dengan tugas menjaga cucu.mungkin ada yang kata.."nenak nye yang suruh hantar.."
dah …

SAYA BLOGGER PULAU PINANG

Selamat sejahtera semua...


hari ni aku nak join satu ketegori yang diperkenalkan dalam BLOG PILIHAN MALAYSIA. ketegorinye ialah sahabat blogger mengikut negeri..
sapa nak join sila klik ye untuk tau lebih lanjut apa yang korang perlu buat.. sebab ni terhad tau.. masa nye pun tak panjang macam lain2 ketegori. bila nak join kena la buat entry kan..

********
aku kenalkan,nama aku Diana.. aku dah kawen dan ada seorang suami dan seorang anak. sekarang aku tinggal di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan.
menarik nye tempat aku ni ialah semua rumah banyak lalat..
hhahha..eh!tak menarik ke?? ni kira tarikan utama pulau pinang tau.. sebab boleh dikatakan semua kawasan perumahan ada je lalat sebab tu orang pulau pinang hari2 makan ayam. bukan makan lalat ye..
jadi kalau ada cikgu2 kat sini nak buat rombongan awal tahun untuk murid2 sila la ke reban ayam yang banyak di pulau pinang ni.. selain reban ayam ada jugak kandang2 binatang kemetot yang banyak untuk korang kunjungi.. ahhaha
okey last sekali kalau korang na…

jiran yang baik!

selamat petang semua...

hari nak hujan... cuba pandang ke luar tingkap, mna tau kot2 ada kain baju kita yang belum berangkat.. kalau bukan kain baju kita,mungkin kain baju jiran2 kita.. jadi la jiran yang prihatin..

aku ada seorang jiran yang sangat prihatin..
dia berbangsa cina. peramah dan mudah mesra dengan sapa2 saja.. namanye aku tak tahu tapi kami kat sini panggil dia uncle saja..

bila hari hujan,kadang2 kita yang dalam rumah ni tak sedar kain baju kat luar tu..cepat2 dia akn ketuk2 pintu pagar kita sambil jerit hujan..hujan...!

kalau ada jiran yang tak de kat rumah,dia akan tarik ampaian kita tu letak kan dalam pagar rumah dia untuk sementara waktu sampai la kita balik rumah nanti..

dia jugak suka bertegur sapa dengan orang yang bertembung dengan dia.. kalau tak tegur pun dia setakat angkat tangan dan senyum saja..
bukan dia saja yang macam tu,malah isteri, anak dan cucu2 dia pun semua suka senyum pada jiran tetangga.. tak sombong walau dengan sesiapa saja.


baik kan jiran aku ni..

sekian..

minggu ni punya UV!

selamat tengah hari semua....
hari ni aku nak tunjuk kat korang jumlah pengunjung kat blog aku untuk minggu ni dan minggu lepas.. rasa tergerak hati nak tunjuk sebab ada yang tak percaya bila aku kata jumlah pengunjung kat blog aku sehari cuma lebih kurang 150 uv..
dia ingat traffic kat blog aku sehari 2,3 ribu gamaknye.. hahahah

yang ni minggu ni punye ye..


yang ni pulak minggu lepas..


kepada adik2 yang baru nak berjinak2 dengan blog jangan ikut macam akak ye.. akak ni blogwalking pun malas.. singgah yang ada kat bloglist je..tu pun lambat je.. hehhee.. sebab tu la traffic macam tu je tak berubah2...
itu je la nak cerita..
ha..lagi satu..nak tunjuk ini....


sebelum ni tak tau pun pasal benda alexa ni.. baca kat blog cik tom baru la tau..

pesanan pada adik2 lagi ni.. kalau nak traffic "mantop" macam akak ni. senang je.. sambil berblog korang boleh pi goreng keropok dan layan phineas and ferb..rasa ngantuk je bedal la tidur 2,3 jam.. jangan bw..malas2 kan saja..
hahahahah.....
sekian....

status facebook yang hangit..

selamat pagi semua...

mula kan pagi jumaat yang indah ini dengan senyuman... walaupun terketar2 nak masuk bilik air.. gagahkan jugak.. bukan terketar2 nak keluar bilik air je.. nak masuk pun terketar2 tau.. ahahahah...harus faham itu ye kawan2..
2010 bakal melabuhkan tirai buruknye... nak ganti dengan tirai yang baru dan masih berbau kedai..
korang suka ngadap facebook?? ingat lagi tak apa status paling hangit pernah korang buat tahun ni?? kalau nak tengok sila klik sini..

aku bukan kaki ngadap facebook.. nak mengupdate status pun agak malas.. tak percaya??? sila tengok betul2...5 je yang top.. orang lain seratus pun ada tau..

apa punye status la tu...rasa nak lempang je diri sendiri bila baca status aku yang lepas2 tu..
korang tak payah le nak klik kat gambo tu.. tak de faedah tau tak...
korang yang nak rasa lempang diri sendiri cuba la klik link yang aku bagi tu..

sekian..


blogger perempuan suka edit gambar sendiri..cun woooo!!!

selamat awal pagi...

cerita yang santai2 je la ye pagi ni..
korang perasan tak... blogger perempuan yang anak2 dara ni ramai yang lawa2 kan??? suka je tengok mereka2 ni.. tambah yang muka putih macam anak patung.. comel la.. tak kisah la gamba tu edit2 pun .. yang pasti lawa...
blogger lelaki??? tak nak ke edit2 gambar?? tak suke?? rugi weh..mana tau kot2 ada blogger pompuan yang tersangkut.. boleh jugak diperkenalkan kepada mak ayah masa balik cuti sem akan datang.. heheh

kerana kasih padamu 2..

selamat malam..

hari ni kurang mengupdate la.. sibuk mensolek blog dan sibuk memeluk maisara..heheh.. mai time dia nak peluk memang tak boleh buat apa la.. ambik bantal selimut satu..pastu siap le peluk dia sambil tengok tv.. sambil tu buat permintaan lagu untuk halwa telinga dia.. mana nak cari ibu baik giler macam aku ni.. besar nanti kalau tak bagi separuh gaji dia kat aku tak tau la....!

ok..aku nak cerita tentang pakai tudung.. banyak dah blog yang cerita pasal tudung ni.. ada yang siap keluar hadis bagai kan..

pernah dengar tak dialog gini..
"belum sampai seru nak pakai tudung.. lagipun tak de paksaan dalam agama kita.."
tak tau dia belajar agama kat sekolah mana entah... giler engkau tak de paksaan... maksud tak de paksaan dalam agama tu hanya untuk orang dari agama lain untuk masuk agama kita. tak de kena mengena dengan tudung ye kawan2...

aku cuma pesan saja ye.. cakap lebih2 kang aku buat orang tersentap dah bertambah dosa aku yang sedia banyak ni.. kita hidup menumpang saja di dunia …

dalam bloglist aku ada kamu....

selamat malam...

blog macam mana yang korang nak masuk kan dalam bloglist korang?? blog otai2 saja ke?? atau blog budak2 pompuan yang comel2 je? atau blog yang dah buat review untuk blog korang?? heheh...

masing2 ada pilihan sendiri.. bagi aku pulak,aku cuma akan letak kan blog yang:-

rajin datang blog aku..sebabnye bila dia rajin datang tu maknanye aku pun rajin la pi blog dia.. kiranye macam balas2 mangkuk tingkat le.. kalau 3,4 kali je datang blog aku tak de la aku nak masuk kan sebab sah2 le 3,4 kali je aku pi blog dia..hehehe

yang selalu update..paling kurang 1 entry sehari..sekarang pun ada yang tak update tu. tapi minggu ni aku baik hati sikit sebab tu yang lama tak update tu aku biarkan dulu.

yang senang untuk dikomen..ni pun aku titikberat kan jugak.
mudah..tak payah was2 bila nak klik butang komen. sekali klik je dah kuar.tak payah tunggu loading bagai..
suka blog yang guna tempat komen macam aku ni..heheh ye la..kita mesti la nak nyampuk2 jugak kan bila tengah bersembang..tak kan nak diam je…

sila tegur!!

selamat malam...

cak!!!dah pun berubah... hehe.. biasalah..aku ni kan pompuan.. macam mana pun tetap nak ada jugak pink2 tu sikit kan..

aku ni cepat jemu orangnye.. bukan boleh tengok benda yang sama setiap hari.. nasib baik suami dan anak aku bukan sejenis benda.. hahahah

ok lah.. kita tengok la berapa hari lak aku boleh tahan dengan template dan header gini..
lepas ni nak tukar kaler kotak jerit pulak..
mesti lah ada pink dan pupel..kan???? tunggu...
eh!!kalau ada yang tak berapa berkenan dengan kaler ke apa sila bagitau ye.. blog ni memang blog aku.. tapi untuk korang...
sekian..

sila jadi metered eaning!

selamat petang...

aku rasa pelik la..korang pelik tak...
3 hari lepas aku chek la be aku.

tadi aku bukak lagi .. saja2 nak tengok..sebab rasa2 nak cash out..
nal beli printer..!

eh..eh...pelik betul la.. apasal tak begerak2 3 be aku ni..?? dok macam tu saja.. mesin kira kat nuffnang tu rosak gamaknye..
hehhe...

yang peliknye.. be ada..tapi iklan tu aku tak pernah tengok pun kat blog aku..
kenapa tak keluarkan iklan tu??
nak simpan buat jeruk ye??? ataupun memang dia nak bagi banyak tu je kat aku.. kalau nak bagi banyak tu je cepat2 le jadi metered earning. sakit hati je tengok dia dok situ tapi tak dak hasil..
wah!!stetment berani mati tu... hahahha

maisara::kiasan

selamat malam semua..

korang yang ada anak2 mesti faham benar dengan perangai anak2 kan?? kadang2 penat nak melayan.. tambah2 dengan anak2 yang baru nak bercakap dan mengenal itu ini..
kadang2 mereka berkias je..tapi kita boleh agak apa sebenarnye yang dia mahu..
anak aku pun pandai berkias..tapi aku ni penuh ilmu kiasan didada.. dapat agak dah apa yang dia nak..sebab kerap sangat dah dengar kiasan2 dia ni..

nak kongsikan dengan korang ayat2 kiasan maisara.. dah paham sangat pun...

"ibu..saya rasa rumah ayah ni kotor dan nampak buruk la.." maknanye...nak balik kampung.

"ibu..perut maisara ni macam dah kecik semula la.."
maknanye..sila masak apa2 yang boleh dimakan..

"hari ni badan saya sejuk saja..ibu sejuk tak.?."
maknanye..saya tak mau mandi

"ayah..sayang sayang kan ayah..saya rindu ayah.." maknanye..hari ni ayah jangan pi kerja.

"saya sakit kepala la..tak boleh angkat kepala ni"
((sambil buat mata kuyu dan cakap pun tak berapa kuat))
maknanye..saya ta…

kalau buat entry pasal award.........!

selamat malam semua...
Entry kali ni aku nak cerita pasal award. ramai blogger yang biasa dapat award kan macam2 award ada..award persahabatan la.. award blog cantik la..award itu..award ini

sebenarnye aku bosan bila aku nak blogwalking, buka je dashboard tengok2 tajuk entry yang banyak sangat award nye..
bosan weh bila tengok tajuk gini..
"award dari diana.."
tak pun "hari ni dapat award dari diana.."

kita dah dapat agak entry tu pasal apa..kan??
kalau korang yang jenis suka membaca entry kawan2 agak2 korang akan klik tak tajuk tu???
jujur aku cakap aku tak kan klik..
jadi pada yang nak buat entry pasal dapat award fikirkan tajuk yang paling menarik..
yang boleh buat pembaca tak sabar2 nak buka blog korang..

kalau rasa malas nak buat entry tu bagi menarik.. baik tak payah buat.. lagipun entry pasal award ni tak de paksaan kan?? cuma amat cantik la bila kita dapat award tu kita tunjuk kan tanda terima kasih kita pada pemberi award..
kalau ada soalan2 dalam award tu bagi lah jawpan yang…

review blog::betul ke ikhlas???

selamat petang..

Nak cerita pasal ikhlas..betul ke ikhlas..?? kalau kita memberi ada kah itu bermakna kita ikhlas..?? tak harapkan apa2 balasan??

saje bikin suspen pulak..hehhe semalam aku terbaca la satu komen dari adik kita ni kan.. kata nye nampak tak ikhlas bila nak masuk dalam bloglist pun nak kena buat rewiew psal blog dia tu. korang tak paham??


ok meh nak cerita..
adik kita ni,dia tak rasa blogger tu ikhlas bila nak masuk dalam bloglist satu2 blog tu kita kena buat review pasal blog tu.. kalau masuk kan saje tak boleh ke?? macam ambik kesempatan pulak.. ha..gitu la lebih kurang kan..

bagi aku.. tu mungkin cara dia nak menarik pengunjung ke blog dia.. kita boleh gunakan macam2 cara untuk tarik pengunjung.. kalau ada duit boleh guna la cara yang sahabat kita buat.. sapa yang rewiew blog dia dengan cara yang paling bagus akan dapat ganjaran.. selain tu dapat masuk bloglist dia..
masuk bloglist tu mungkin sampingan saja.. mungkin dia betul2 niat nak bagi ganjaran tu...tapi tak kan nak bagi gitu je kan…

tak de cerita nak ditulis??

selamat petang semua...
hari ni ada banyak benda yang nak diceritakan.. tapi kat lain2 entry la.. sebab aku malas nak taip entry panjang2.. aku tau kalau panjang2 korang bukan baca pun sampai habis.. entah2 ambik tang hujung nye saja.. kan??? sebab aku buat macam tu..ahhahahha

mesti ada yang tanye .. macam mana boleh ada banyak benda nak cerita.. padahal dia dok umah je.. langut tv je..bukan kerja pun.. jalan2 keluar pun time suami cuti je..
eh!!hello... sebab tu la kena rajin blogwalking.. blogwalking cari bahan.. bukan cari shoutbox!

bila pi satu2 blog tu baca la.. tak boleh komen pun tak pe..aku tau musim2 hujan gini memang line slow.. kotak komen payah sangat nak keluar.tapi tolong lah baca apa yang kawan kita tu tulis.. mungkin dari entry dia kita ada bahan untuk buat entry baru..

sebelum ni aku ada bagitau nak cari cerita kena rajin baca suratkhabar.. tengok berita kan.. ha..kali ni kita cari pulak kat entry kawan2.. bukan copy and paste ye.. tu orang malas saja yang buat.

kalau nak copy berita2 best dar…

maisara:::ada bakat tak??

selamat awal pagi semua...
belum tidor ye... apa kata kita tengok hasil kerja maisara untuk hari ni..
semalam aku ada belikan dia plasticine.. oleh sebab dia nak sangat kan.. aku bagi je la.. habis kotor kuku2 dia.. tak pe la anak..asal bahagia sudah la.. semalam aku sempat la tunjuk kan dia cara nak main benda alah ni.. boleh buat meja kerusi.. ada jugak la aku google untuk bagi dia tengok apa yang dia boleh buat..


ni dari google ni pun dari google dari google..

aku beli macam2 kaler la.. sesuai kan untuk kanak2..??yang kat bawah ni hasil kerja maisara.. korang nak tengok ke??macam biasa.. mengucap banyak!!
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

anak gadis suka maki!

selamat malam semua...

entry kali ni cuma nak bagitau sikit je..
pasal anak2 dara zaman sekarang..
bukan bab seksi meksi ye..
ni bab bercakap..

memang bila anak2 dara ni
dalam umur 13-17 tahun suka sangat belagak.
belagak saja tak pa la..
ni jenis yang suka cakap kasar ni.
dengan kawan2 lelaki pun boleh dok sembang maki2..

becakap memang tak dak bunyi lembut pun..tambah2 bila dia ramai.. wah!!masa tu siap cabar mencabar..
masa ni bila becakap main ikut sedap mulut saja. berani la konon..darah muda..kan?? tapi hati2 ye adik2.. bila kita cakap pada orang yang salah takut orang tu bedendam.. masa tu jangan menyesal kalau jadi apa2..
walaupun dengan budak2 lelaki sekelas pun elak kan cakap kasar2 ni.. "alah..diaorang yang cari pasal.." aku ni pun pernah sekolah jugak.. kalau kita tak cari pasal tak de nye depa nak berkasar dengan kita.
tak kan la budak2 laki tu tiba2 je nak cakap kasar2 dengan korang kalau korang jenis yang sopan,lemah lembut.. kan??

aku ni bukan nye apa.. risau la..takut nanti tiba2 ke…

maisara dan kawan baiknya..!

selamat malam semua..


adakah korang kenal lawan2 anak korang??? adakah ibu bapa korang kenal kawan2 korang?? kalau belum kenal.. kenal2 kan lah..kena kenal lah ye.. takut nanti anak hilang ke..tak balik rumah ke.. senang mak ayah nak cari kamu kat mana..

malam ni aku nak kenal kan korang dengan kawan baik anak aku.. mereka ni sebaya.. maisara lahir 26hb 3.. manakala kawan baiknye lahir 13hb 5..
nak tau sapa??

sapa lagi kalau bukan Nurin.. heheh.. ni je kawan baik maisara..yang lain tu kawan jugak.. tapi nurin ni kira kawan sampai bila2 le..tak pernah begaduh! setakat berebut mainan tu biasalah..walaupun berebut tapi..
"maisara sayang nurin tu.."
nurin memang selalu buat senyum arnab tu bila begambar..trademark nurin la tu..hehheh..

nurin tak selalu datang rumah maisara sebab nurin duduk kat taman tasek mutiara.. maisara duduk kat taman belibis. tak boleh selalu jumpa..bila jumpa maisara selalu tak bagi nurin balik.. kalau pi umah nurin maisara lak tak mau balik.. hhheehe

nurin ni kasar sikit..dia s…

terima lah daku seadanya..!

selamat petang..
bila kita berpasangan kita mengharapkan pasangan kita itu menerima kita seadanya. baik buruk kita haruslah dia sedia maklum.. tapi awas..
bukan semua pasangan begitu..

lebih ramai yang mengharapkan kita jadi lebih baik dari biasa.. jika ada sikap kita yang tidak disenangi kawan2, mungkin satu hari nanti pasangan kita jugak tidak senang dengan sikap kita itu.
mula2 memang dia boleh terima kerana fikirnya kita akan berubah.tapi makin lama jika kita begitu juga tak mustahil sikap kita itu akan jadi punca perpisahan dan pertelingkahan

makanye cuba perbaiki diri kita dari masa ke semasa.. bukan untuk pasangan kita saja.. malah untuk orang lain juga...

misalnya jika kita suka melatah dan mengeluarkan perkataan yang kurang enak didengar.. pastilah pasangan kita mahukan kita berubah dari menjadi badut didepan teman2 dan saudara mara kepada sikap yang lebih sopan..

sekian...

kerana kasih pada mu..

selamat petang semua...

adakah korang mempercayai sepenuhnye pasangan korang??
percaya dia walau apa pun yang terjadi??

orang yang terlalu mempercayai pasangan nye adalah orang yang mencintai pasangan nye dengan sepenuh jiwa raga. walau ada yang mengganggu dia tetap teguh mencintai pasangan nye..

selalu kita dengar orang kata..
"tinggalkan sedikit benci pada orang yang kita sayang.." benci disini bukan bermaksud.."aku meluat tengok muka kau.." benci yang dimaksudkan lebih kepada "kepercayaan".. iaitu..kepercayaan mengikut logik akal.

jika benda yang sudah tersurat didepan mata kita, namun pasangan memberi bermacam2 alasan haruskah kita mempercayainye.. waktu ini lah kita gunakan logik akal kita.. jangan paksa diri untuk mempercayai kata dusta oleh pasangan hanya kerana kita mencintai dia.

kadang2 sikap kita yang terlalu mempercayainye jugalah yang membuatkan kita mudah diperdaya..

sekian...





maisara dah besar

selamat pagi...

dah sarapan ke??kerja2 rumah semua dah siap??? bagus... boleh la kita ngadap blog jap..eik??hehhe..

tadi aku lipat kain ..sambil2 tu tengok la tv dengan anak dara ni.. aku pun cakap la kat dia..

ibu:tengok tv saja tau..tolong lipat kain kan bagus..

dia buat tak tau je..ralit tengok pooh.. aku cakap lagi..

ibu:kalau anak2 dah besar dia mesti tolong ibu dia lipat baju..

maisara:ibu..maisara tak boleh lipat baju..

ibu:aik..kenapa pulak..dulu boleh je..

maisara:dulu tangan maisara kecik.sekarang maisara dah besar.tangan pun jadi besar. nak lipat baju pun tak boleh..tangan ni besor sangat la ibu..

ibu:ye la tu...

kecik2 lagi dah banyak alasan nye..

*****



cik tom pening nak jawab..!

selamat pagi..

dah pukul 2 setengah pagi..tak reti2 nak tido?? eh!aku tido lambat sebab nak mensolek blog aku ni jap.. siang2 esok tak de la nak ngadap lama2.. ade je kerja lain nak kena buat.

ok..sekarang nampak tak kelainan blog aku ni.. tak cantik ke?? aduhai..ye aku tau..tak cantik pun.. aku sendiri rasa tak puas hati lagi.. dari tadi aku dok test satu2 code warna apa yang sesuai untuk letak kat background tajuk side bar tu..
test satu2 tau.. semuanye aku rasa tak sesuai..punye la banyak kaler tu satu pun aku rasa tak sesuai..

sebenarnye aku ni bukan arif sangat bab2 kaler ni. kalau suruh pilih kaler mesti aku main bedal je.. mata aku ni sekarang nampak pelangi je.. sebab banyak sangat tengok kaler la ni..hehe
hah!!sebelum terlupa.. kalau korang rasa nak buat background tajuk sidebar tu sila ke blog cik tom ye..(klik le) sebab semalam aku pun rujuk kat blog dia la semua ni..
kotak2 yang kat side bar tu pun dia ajar.. baik kan dia??
lagi satu sebelum tanye apa2 tutorial kat dia geledah dulu blog dia.. mu…

tolong la tolak..!

selamat malam...

bila tengah malam je aku nak menaip panjang sikit la ye..ala..entry untuk bagi mengantuk kena la panjang2..kan??lagipun nak kejar apa malam2 ni..?nak kejar traffic??tunggu esok je la..ye.
meh baca..!

korang pernah jumpa hantu tak??hantu mak limah tak masuk dalam senarai ye..ni hantu YANG BETUL2 PUNYA..cerita ni sebenonye dah lama.zaman aku belum lahir lagi. tapi diceritakan semula dari generasi ke generasi..wah!!macam suspen je ceritanye kan??padahal ni cerita lawak sebenonye..tak payah le takut2 nak baca.. hehhe..

cerita ni berlaku dalam zaman hitam putih..maknanye aku tak pasti la tahun berapa ye.yang pasti tahun dulu2..waktu tu moyang aku naik basikal tengah malam.lalu kat jalan yang sunyi.. dia pun kayuh la basikal dia..tengah2 dia kayuh tiba2 dia rasa berat je basikal dia tu..naik kejang kaki mengayuh.dia pun dapat agak le ada benda tak elok nak ngusik dia..sebab nak tunjuk berani dia pun cakap..
"awat la hang tumpang duduk saja..kalau hang tolong tolak kan baguih..…

maisara nak kawen!

selamat malam...

korang rasa bila anak korang akan kawen?? dengan sapa dia nak kawen?? tak tau??aku pun tak tau.. kita hanya merancang tuhan je yang menentukan..
tapi tak kan lah anak umur 3,4 tahun dah rancang kot.. tunggu la dia besor dah dah kerja.. mungkin lebih baik dia cari sendiri..
nak cerita pasal maisara sebenarnye ni.
petang tadi.. aku tengok la gambar2 masa balik kampung yang lepas.. ada la satu gambar maisara dan sepupu dia..farhan!
masa balik hari tu memang rapat betul dia dengan sepupu dia tu. berdua je kemana2..

maisara:ibu..ni gambar abang..kan??
ibu:ye la..tu gambar abang.balik kampung nanti kita jumpa abang lagi ye..
maisara:ok..maisara suka la kat abang tu..maisara sayang kan abang..
ibu:ye ke??ibu pun sayang abang jugak..
maisara:ibu..awak tak boleh sayang abang.dia abang saya..
ibu:ok..ok..((malas nak bergaduh..sapa hingin abang dia yang bulat botak tu??))
maisara:ibu sayang ayah saja..nanti saya nak kawen dengan abang..
ibu:?????

dia ingat kawen tu apa ye??? suka hati dia je..

sekian..



UNTUK YANG DAH KAWEN SAJA::nak cantik tak???

selamat petang...


aku nak kongsikan dengan korang satu perkara ni.. untuk orang dah kawen saja ye.. yang belun kawen cepat2 kawen..rugi la lambat kawen.. dunia semakin tua tau.. heheh

ok ni yang aku nak kongsikan.. ada kajian yang menyatakan orang yang melakukan hubungan seksual tiga kali dalam seminggu akan dilihat empat hingga tujuh tahun lebih muda dari usia sebenar.

sebabnye ..seks ialah satu bentuk olahraga yang memberikan keremajaan kulit.
hubungan seks yang penuh semangat bererti lebih banyak oksigen yang dihantar ke tubuh melalui darah selain membawa nutrisi ke permukaan kulit
wah...!heran nye bila dah kawen makin banyak pulak produk kecantikan yang kita beli..padahal..
kita boleh cantik dengan sesuatu yang mudah kita dapat..
hehehe...

sekian..

saya janji..!

selamat petang..


dah makan??
aku belum lagi.. tunggu suami balik baru makan...

cerita pasal makan teringat lak cerita kami malam tadi. oleh sebab suami nak tengok bola kat rumah makan kat kat rumah je la semalam. tapi suami beli kat luar.. ahad tetap hari tak boleh masak.heheh

masa suami nak pi beli makan kat luar tu...

Ayah:nak makan apa??abang nak pi beli..

Ibu:apa2 pun tak pe..tomyam pun best!

maisara:nak sup ayam..ayah..maisara ikut boleh tak??

Ayah:(((diam..)))

maisara:ibu..saya janji tak kan mintak aiskrim..

ibu:ye..jangan mintak apa2 tau..nanti tak lalu nak makan nasik aiskrim pun tak boleh.dah malam tak boleh makan aiskrim.. apa pun jangan mintak paham??

maisara:baiklah..saya janji..((sambil angkat ikrar))

dalam 15 minit lemudian... sampai la 2 beranak tu kat umah...

maisara:ibu..maisara tak mintak aiskrim pun..sambil senyum bangga....

Ayah:maisara tak mintak aiskrm pun ibu.. maisara mintak burger ja..

ibu:grgrrgrrrrrr!!!


*************



penjaga garisan yang cedera

selamat malam..

tadi aku tengok bolaliga perancis kot.. suami aku la yang tengok.. aku dok ngadap blog je.. hahah..

tiba2 penjaga garisan lak yang sakit.. selalunye pemain kat tengah padang tu yang cedera kan..? kali ni penjaga garisan lak yang cedera.. sampai kena ganti dengan penjaga garisan lain.. terhenti la sekejap game tu dalam 5 minit..

tu je nak bagi tau.. sebab benda baru.. sebelum ni aku tak pernah tengaok penjaga garisan yang kena keluar padang.. ehheh

sekian..

maisara dan puzzle.

selamat malam semua..


selain dari melukis anak aku si maisara ada hobi lain.. hobi sejak berumur 2tahun. aku tak tau la kenapa dia suka benda ni.. mungkin sebab masa aku mengandung dulu tiap2 malam aku susun benda alah ni.. tapi aku main yang 500pcs tu.. seminggu jugak la nak siap. bila keluar je maisara ni aku stop dah tak layan benda ni.. sebab sibuk.

masa umur dia 2 tahun lebih kami pi jusco dia nak benda ni. yang dia tunjuk tu 200 pcs punye.gamba tom and jerry. aku pun beli la.oleh sebab dia nak jugak kan.. kang menangis tak ingat malas aku nak layan. tak sampai seminggu dia boleh buat benda ni sendiri tanpa bantuan kami.
mula2 terkejut jugak. 200 pcs dalam masa setengah jam je untuk budak 2 tahun lebih. tanpa bantuan sesiapa.

sejak tu kami selalu la beli untuk dia.. mula2 dulu je dia ajak kami susun sama2.. sekarang jangan harap..sentuh pun dia tak bagi.
mula2 beli dia akan pegang je benda ni kat dalam kereta.. dia akan tengok betul2..
sampai je kat rumah terus dia buat. tak sampai setengah jam dah sia…

kain batik!

selamat malam semua...

hari ni hari minggu..hari cuti..jadi aku rasa bradband pun cuti jugak kot.. slow sangat sampai aku rasa benci kat bradband..
ok..habis dah pasal broadband. aku nak cerita pasal kain batik..

bila kat rumah aku tak pernah pakai kain batik. selalunye pakai seluar panjang dan t-shirt je. tidur malam lak pakai baju tidur la.. tapi kain batik ni memang tak pernah la..

bukan tak de kain batik.. ada la 3,4 helai dalam almari tu.. tu pun aku pakai dulu masa dalam pantang bersalin. habis pantang semua kain batik aku biar je bertapa kat dalam almari.

semalam masa dok kemas2 kan bilik dan susun2 baju dalam almari terpandang la kain batik. cantik je belipat. tak pernah berusik.teringin lak nk pakai..
dah siap pakai aku pun keluar ke dari bilik..

maisara tengok dia senyum je..

ibu:awak tengok apa??senyum2 lak..

maisara:saya tengok kain awak la..cantiknya ada bunga2..

ibu:((senyum lagi...)))

maisara:ibu:awak nampak kelakar la..kenapa awak pakai kain opah tu??

ibu:ini kain ibu la..bukan kain opah..

m…

terlalu romantik itu bahaya!

selamat petang..

tadi baca cerita cinta kat blog mek sarah..
teringat pulak cerita masa bujang2 dulu..cerita cinta la..kan...tak kan cerita hantu lak!

aku pun masa tu macam orang lain la.. ada boipren.. walaupun muka tak lawa mana tapi aku ada boipren tau..kahkahkah.. gelak jahat!!ok..stop gelak.. sambung cerita..

boipren aku tu..bila telepon je ayat memang boleh buat korang angau la. aku lak memang jiwang kan.. semua memenuhi ciri2 yang aku nak.. pandai main gitar..cakap pun tak kasar2..

tapi... ha..ada tapi dia.. dia orang susah..sambil belajo dia kerja.. ish..aku ni bukan nye mata duitan.. tapi aku kena la pikir masa depan jugak. dengan adik beradik dia yang ramai tu.. dia pulak anak sulung..tak boleh jadi ni.. last2 aku pilih jalan yang lain..
bila nak putus tu bukan senang.. aku rasa macam nak lari dari hutang along pulak.. siap ugut aku segala.. baru la aku sedar.. lelaki yang tunjuk kan sangat dia suka kat kita itu lah lelaki yang paling bahaya..

aku lebih senang dan selesa dengan lelaki yang macam sua…

buffered earning:iklan syarikat mana yang bayar lebih?

selamat petang...

aku terperasan satu benda la masa dok belek2 bufferd earning aku kat nuffnang tadi..
biasanye kalau buffered earning tu dari syarikat telekomunikasi mesti cepat beranak pinak..

maksud aku dia punye jumlah bayaran semasa tu memang banyak la berbanding iklan lain.. lepas tu iklan tu lama pulak tu duduk kat blog kita..
kalau iklan lain baru nak masuk rm5 dah jadi meterd earning.. tapi kalau dari digi ke...celcom ke.. memang masyuk la..
seronokkkkkkk oi..oi..!
tapi tak tau la kalau2 blog korang lain pulak ceritanye..

biasanye kalau syarikat besar dan terkenal.. memang besar jugak la amaun yang kita akan dapat.. kalau tak percaya .. sila tengok be korang sekarang..
yang ada be la.. yang tak de be tu.. sabor ye... akan ada la sikit hari lagi.. heheh

sekian..

entah apa tajuknye...

tika senja melabuh kan layarnya.. terpancarlah warna keemasan.. dapat aku bayangkan jika engkau ada pasti suasana kan lebih bermakna..

sayangnya terputus tali janji.. satu waktu kukuh termatri.. kata mu kasih sayang tak bererti tidak menjaminkan untuk esok hari..

ku cermin diri ini tertera lah kedaifan yang tak engkau inginkan.. ku melepas keluhan yang panjang menyesali kemiskinan aku ini..

ku mampu petik bintang di langit ku mampu bina jambatan pelangi ku mampu pertahan kan mu walaupun... lawan ku seribu...

itu hanya bisa ku laksana kan bila mimpi mengundang kala malam.. hakikatnya, yang ku ada satu jasad satu nyawa satu cinta..

tidak ku salahkan diri mu kau berhak tentukan nasib mu.. kini aku menggenggam satu azam melempar khayalan bentuk kehidupan..

jangan lak ada yang anggap aku yang cipta lagu ni.. sebenonye aku selalu dengar lagu ni kat dalam kereta.. yang aku tau penyanyi nye amir uk's.. tajuk tak tau..

oleh sebab suami selalu pasang dalam kereta jadi aku pun boleh hafal dah lagu ni..
saja aku kongs…

aku nak nyanyi sat...

selamat pagi.....

aku terasa macam nak nyanyi la pagi ni..eh!!jangan tak tau ye .. suara aku ni sedap tau.. hehe..dulu selalu pi karaoke. ops!!no no...karaoke jamban tak main ye.. tu untuk budak2 sekolah test power je.. kalau berani pi nyanyi depan orang ramai nun..
ada berani??hahha.. ada jugak yang marah bil baca entry ni..

masa aku kat jb dulu.. muda2 dulu la..selalu jugak layan karaoke jamban ni.. dengan kawan2 sekerja je la. masa tu depa dok puji la..suara aku sedap la.. suara merdu la.. suara boleh cari makan la.. bangga la jugak kan..tambah lak masa tu memang kurang sikit rasa malu tu.ahhaha..

kemudian ada la kawan kawen.. dia selalu dengar aku nyanyi.. jadi masa hari dia kawen tu dia mintak la aku nyanyi satu lagu.. takut giler aku masa tu..takut kena booo..

tapi dengan rasa malu2 kambing aku pun nyanyi la.. lagu apa?? heheh..lagu kekal..ala yang ziana zain nyanyi tu.. tu la pertama kali aku nyanyi depan orang..
sekarang dah tak nyanyi dah.. nyanyi sambil masak je.. suara kita ni kan aurat..kena lah k…

saya tak boleh sebut..

selamat malam..

ada satu cerita untuk korang..

10 tahun yang lalu..
kejadian berlaku di tangga sebuah pangsapuri..

sicantik:terima kasih ye sudi hantar saya balik.kalau awak tak de tak tahu la macam mana saya nak balik dalam hujan2 ni..

lelaki:sama..tak de hal la..lagi pun kita satu jalan..

sicantik:eh!lupa pulak saya nak tanya nama awak.. nama apa ye..?

lelaki:er...erm...awak ada pen..?

si cantik:tak de..alah bagitau je nama apa?

lelaki:tak boleh sebut..biar saya tulis je..

sicantik:tak pe la..saya nak tau nama je..tak kan sampai tak boleh sebut?

lelaki:please..ambik pen.biar saya tulis.tak pe saya tunggu ni..awak naik pi ambik pen dulu..

si cantik:(dalam hatii...<,tak kan nak sebut nama sendiri pun tak reti??pelik))

5 minit kemudian..
lelaki:ni la nama saya..kat bawah tu no telefon.apa2 hal telefon la.rumah saya kat Jalan Pinang 22 tu je..

sicantik:ok..bye..

korang nak tau tak apesal lelaki tu malu nak sebut nama dia..?? sebab nama dia ada huruf "R"
banyak lak tu huruf "r"nye..…